part 20

2.9K 282 5
                                    

Pagi-pagi di tengah laut kelihatan sebuah kapal nelayan sedang berlayar ke satu arah. Semua anak kapal masih lagi lena dibuai mimpi. Yang masih segar sambil berdiri memandang ke arah laut luas adalah Xavier. Dia tersenyum. Segar sekali udaranya. Sebenarnya, sudah lama dia berhajat untuk keluar dari Kepulauan Rossenate. Keluar mengembara. Tapi, tak sangka pula hajatnya menjadi nyata. Jadi lanun pula. Satu-satunya yang langsung dia tak pernah terfikir.

Dalam sedang dia mengamati laut yang agak tenang pada pagi itu, matanya menangkap satu objek sedang terapung-apung di tengah laut tidak jauh dari kapal mereka. Xavier berkerut dahi. Matanya disepetkan. Untuk melihat dengan lebih jelas. Kelihatannya seperti sebuah tong kayu. Dan di atasnya terdapat seorang lelaki. Ya! Seorang lelaki sedang berpaut pada tong kayu yang terapung-apung dipermukaan air.

Pantas Xavier mengejutkan rakan-rakannya. Theo memandang Xavier dengan air liur basi yang masih melekat pada pipinya.

"Kenapa? Ada apa?" Soalnya dalam keadaan mamai.

"Theo. Kalau ya pun kesatlah air liur kau tu. Gelilah!" Ujar Xara sambil membetulkan rambutnya. Ken hanya tersengih. Cepat-cepat Theo membersihkan mukanya menggunakan air laut.

"Ada apa Xav?" Soal Ken.

"Tu. Kau nampak tak?" Soal Xavier sambil memuncungkan mulutnya ke arah objek terapung di permukaan laut.

"Apa tu?" Soal Xara.

"Aku rasa tu orang. Nak tolong tak?" Soal Ken.

"Hahh? Orang? Mana? mana?" Theo memandang ke arah yang sama.

"Eh.. cepat! Tolong dia! Nanti dia jatuh dalam laut!" Ujar Xara. Ken pantas membuka bajunya lalu dia terus terjun ke dalam laut. Tong kayu bersama seorang lelaki lebih kurang sebaya dengannya diheret merapati kapal mereka. Xavier dan Theo membantu mengangkat lelaki itu naik ke deck kapal. Lelaki itu kelihatan seperti tidak sedarkan diri.

"Macammana dia boleh ada kat tengah-tengah laut macam ni?" Soal Ken.

"Hei.. kawan.. Bangunlah.." Theo menampar-nampar perlahan pipi lelaki itu membuatkan Xara geram. Lalu bahu Theo ditamparnya kuat.

"Adoi! Kenapa kau tampar aku pulak?" Soal Theo dengan muka yang tak puas hati.

"Janganlah tampar dia macam tu. Kesian lah dia." Theo mencebik. Tiba-tiba lelaki itu membuka matanya perlahan. Mulutnya terkumat-kumit menuturkan sesuatu.

"Apa kau cakap? Cakap kuat sikit. Tak dengar." Ujar Ken. Kini giliran Ken pula ditampar oleh Xara. Aduh. Pedih rasanya.

"A... air..." ujar lelaki itu perlahan.

"Air.. dia nak airlah." Ujar Theo pula. Xara bergegas bangkit lalu berlari masuk ke dalam kabin. Ken, Xavier dan Theo hanya memerhatikan lelaki yang kelihatan tak bermaya itu. Sambil berfikir, siapa dia? Dan dari mana datangnya? Dan macammana dia boleh ada kat tengah-tengah laut ni?

Xara kembali membawa sebiji kelapa yang sudah dipotong. Air kelapa dituangkan ke dalam gelas lalu disuakan ke mulut lelaki itu. Lelaki itu meneguknya dengan rakus. Sebaik air di dalam gelas habis, dia mencapai pula kelapa muda di genggaman Xara lalu air di dalam kelapa itu pula diteguknya. Bagi menghilangkan dahaga yang sedikit sahaja lagi mampu membuatkan dia kehilangan nyawanya.

Sebaik selesai minum, dia termengah-mengah.

"T-thanks.. for the water.. huh huh.." ujar lelaki itu dengan suara yang agak serak.

"No problem.." ujar Xara sambil tersenyum.

"So, mind telling us who you are and why you were floating in the middle of the sea alone?" Soal Xavier. Lelaki itu bersandar di dinding deck. Dia bersila.

"Maaf.. nama aku Edd. Aku sebenarnya, tukang masak kat kapal Eagle." Kata-kata dari Edd membuatkan keempat-empat sahabat itu terperanjat beruk. Beruk pun tak terkejut macam diorang. Ehh..

"Eagle???"

"Ya.. Eagle.."

"Tapi kau tahu kan, ni kapal lanun?" Soal Ken. Edd memerhatikan sekeliling.

"Tak nampak macam kapal lanun pun. Jolly roger pun korang tak ada." Ujar lelaki itu membuatkan Ken tersenyum sinis memandang Theo. Theo mencebik.

"Iyee.. sampai di Azuris nanti kita beli kapal lanun.. sekali dengan jolly rogernye." Uajr Theo.

"Azuris? Korang nak ke Azuris Enclave? Boleh aku ikut?" Soal Edd dengan mata yang bersinar-sinar.

"Tapi kau Eagle. Dan kami lanun. Macam tak kena je." Ujar Xara.

"Tak.. sebenarnya, aku dah larikan diri dari Eagle. Sebab tulah korang jumpa aku terapung dekat tengah-tengah laut tu.. aku main terjun je dengan tong kayu tu." Jelas Edd sekali lagi membuatkan mereka terkejut.

"Tapi kenapa kau lari dari Eagle? Bukan ke Eagle tu baik ke?" Soal Theo. Edd menggeleng laju.

"Kalau mereka baik, tak adanya aku nak lari." Ken, Xara, Theo dan Xavier berpandangan sesama sendiri.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now