part 104

2.3K 227 15
                                    

"Apa kena-mengena dengan cebisan Urre Gold?" Soal Xara.

"Iyalah. Tadipun lelaki gergasi tu ada cakap benda yang sama." Sambung Ken. Rosel menelan sebiji pil berwarna putih yang dihulurkan oleh anak gadisnya. Mungkin untuk memberikan tenaga. Atau hanya sekadar menahan sakit.

"Berapa cebisan yang kalian ada dalam simpanan?" Soal Rosel.

"Ada 6 pieces." Ujar Xara.

"Apa yang kalian tahu tentang Urre Gold?" Soal wanita itu lagi. Dia sudah kelihatan semakin baik. Peluh juga sudah berkurangan. Mungkin kesan dari pil yang ditelan tadi.

"Untuk gerakkan jarum kompas lagenda." Ujar Theo.

"Untuk dapatkan lokasi harta tersembunyi dan bongkarkan rahsia dunia seterusnya tamatkan perang 5 benua, cebisan-cebisan Urre Gold perlu dikumpul di setiap pulau yang ditunjukkan oleh Kompas lagenda." Seperti biasa, penjelasan dari Xara lebih terperinci berbanding Theo.

"Apa kalian tahu.. kuasa yang tersembunyi di sebalik cebisan-cebisan itu?" Soal Rosel lagi. Dan mendapat jawapan dari 4 sahabat itu dengan hanya gelengan kepala.

"Sebaik sahaja cebisan-cebisan itu bersatu, akan terdapat satu kuasa yang luar biasa terhasil dari gabungan setiap cebisan-cebisan tersebut. Dan kuasa itu akan diserap oleh mereka yang telah menyentuh setiap cebisan-cebisan tersebut. Semakin banyak cebisan dalam simpanan si pemilik, semakin kuat kuasa yang akan disalurkan oleh cebisan-cebisan itu kepada si pemilik." Jelas Rosel. 4 sahabat itu tekun mendengar.

"Pulau Alexander adalah sebuah pulau istimewa. Percaya atau tidak, kalian sedang berada di 1/3 jalan untuk ke destinasi terakhir Urre Gold." Dan 4 sekawan itu tersentak dengan fakta yang batu diberikan oleh Rosel.

"1...1/3???" Jerit Theo.

"Kitorang dah 1/3? Betul ke ni mak cik?" Soal Ken. Rosel mengangguk perlahan. Theo, Ken dan xara mula melompat keriangan. Siapa sangka, mereka sudah 1/3 jalan. Sedikit sahaja lagi mereka akan sampai ke 1/2 jalan. Sedikit sahaja lagi mereka akan menjadi manusia terkaya di dunia!!

"Sebab itulah, air di sekeliling Alexander kenal akan kuasa yang kalian ada. Dan membenarkan kalian untuk ke sini tanpa sebarang masalah. Cuma..." Rosel terdiam sebentar. 4 lanun itu mula mendiamkan diri dan kembali fokus.

"Ballad.. tidak senang akan kehadiran manusia di pulau ni. Pulau ni untuk kaum kami sahaja, katanya. Jadi, semua manusia yang sampai ke sini dibunuhnya." Sambung wanita itu lagi.

"Tapi dia tak boleh bunuh abang! Sebab abang ada Urre Gold!" Ujar Laura.

"Kenapa dia tak boleh bunuh kitorang sebab Urre Gold?" Soal Ken. Rosel menggeleng perlahan.

"Kami pun tak tahu kenapa. Tapi, kami pernah tengok dulu. Ada sekumpulan lanun, sama macam kalian singgah di pulau ni. Mereka pemilik cebisan Urre Gold. Ballad nak bunuh mereka. Sama seperti manusia lain. Tetapi kuasanya langsung tak beri kesan pada lanun-lanun tu. Dia sendiri nyaris dikalahkan sebelum lanun-lanun tu membuat keputusan untuk tinggalkan pulau ni. Tanpa cebisan yang mereka cari." Jelas Rosel.

"Dan sejak hari tulah, Ballad sentiasa memakai perisai emas di badannya. Untuk mengelakkan perkara yang sama terjadi lagi." Sambungnya lagi.

"Aku teringin nak tahu, siapa lanun-lanun tu." Ujar Theo.

"Aku pun." Balas Ken.

"Jadi sekarang, mesti diorang tengah buru kita. Macammana kita nak cari 7th pieces ni?" Soal Xara.

"Apa-apa pun, aku nak cari Golden Lily dulu. Kan Laura." Theo tersengih memandang Laura.

"Mestilah!" Balas si gadis cilik berkulit hijau kemerahan itu.

.......................................................................

Siang berganti malam. Dan malam di Alexander Isle semamangnya cantik dan menenangkan. Pada langit pulau itu jelas kelihatan bintang-bintang di angkasaraya yang penuh dan berwarna-warni. Sebenarnya ianya bukanlah bintang sebenar. Tetapi kerlipan pada siling batu yang terletak tinggi dan jauh di atas buih yang melindungi pulau itu. Namun cahaya bulan yang asli tetap kelihatan merembes keluar dari celahan-celahan lubang yang diterjun oleh 5 sekawan siang tadi.

Theo beristirahat di luar rumah batu milik Rosel dan Laura. Dia berbaring di atas rumput berbantalkan kedua-dua belah lengannya dengan kaki bersilang ke atas. Sedikit sebanyak menenangkan fikiran.

"Hei Canavar." Gumam Theo perlahan. Sepasang mata merah yang sedang tertutup kembali terbuka saat namanya dipanggil oleh si pemilik tubuh.

"Kau rasa Ballad tu kuat ke?" Soal lelaki yang memiliki sebelah dari matanya.

"Entah." Balas Canavar pendek.

"Aku rasa aku nak lawan dia."

"Eloklah tu. Apa kata kau bagi aku lawan dia. Boleh aku tambah kuasa aku ni."

"Ceh.. jangan haraplah. Aku nak kuat dengan usaha aku sendiri. Aku tak perlukan bantuan kaulah."

"Sombong." Ujar Canavar sebelum menutup kembali matanya. Dan tidak lama selepas itu dia kembali membuka mata. Begitu juga dengan Theo. Theo pantas berdiri. Buku limanya dihalakan ke arah pokok-pokok yang merimbun di sisi rumah batu. Keluar seorang lelaki berpakaian hitam dengan 2 bilah pedang tersisip di pinggangnya. Lelaki itu tersenyum. Dan senyumannya agak menyeramkan.

"Kau cakap dengan siapa tadi?" Soal lelaki itu.

"Xavier? Kau buat apa kat situ?" Soal Theo.

.....................................................................

Nah double update. Buat bekal. Nanti lepas raya author update lagi yee.. stay tune and Selamat hari Rayee 😉

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now