part 61

2.4K 235 5
                                    

Para penduduk memerah kudrat untuk memperbaiki rumah-rumah dan bangunan-bangunan yang telah roboh. Peter juga sudah sedar. Dia menangis-nangis sebaik mengetahui yang Izarus dan para pengikutnya sudah tumpas. Theo, Xavier, Ken, Aigle dan Xara masih belum dapat meninggalkan pulau itu lagi. Fifth pieces masih belum ditemui. Rata-rata penduduk Liberie tiada yang tahu tentang serpihan kelima Urre Gold. Walaupun sudah ditunjukkan rupa serpihan itu yang masih melekat pada kompas lagenda, tiada yang dapat mengecamnya. Jadi, mereka sendiri sudah buntu.

"Macammana ni? Kita tak boleh keluar dari sini selagi kita tak dapat serpihan kelima." Ujar Xara. Dia hanya menatap kompas emas di tangannya. Jarum masih dalam keadaan yang sama. Langsung tidak bergerak.

"Aku pun tak tahu. Tapi, buat masa ni, lebih baik kita tolong orang ramai bina semula bandar ni." Ujar Ken sambil mengangkat sebatang kayu yang sangat besar di atas belakangnya lalu beredar dari situ. Xara yang masih duduk di atas batu-batu di sisi sebuah rumah yang sedang dibaik pulih itu hanya mengangguk lemah. Rakan-rakannya yang lain juga sedang membanting tulang membantu orang ramai.

Tiba-tiba, salah seorang pemuda kampung berlari-lari ke dalam bandar dari perlabuhan Liberie. Dia menjerit-jerit memanggil Datuk Bandar Clayton. Pantas lelaki itu menghampiri pemuda tersebut.

"Datuk bandar!" Pemuda itu termengah-mengah.

"Kenapa Glen? Kenapa kau termengah-mengah ni?" Bahu pemuda bernama Glen itu dipegang Clayton.

"Saya nampak Kapal Eagle! Sedang menuju ke sini!!" Jerit Glen. Clayton memandang ke arah laut. Benar, sebuah kapal Eagle besar sedang menuju ke sini bersama beberapa buah kapal lain yang bersaiz lebih kecil dari kapal induk.

"Tak.. apa yang mereka buat kat sini?" Soal Clayton.

"Kau pergi bagitahu Theo dan yang lain-lain. Biar aku berurusan dengan mereka." Arahnya lagi. Glen hanya mengangguk sebelum berlari ke dalam bandar. Clayton dan beberapa orang penduduk mula berjalan merapati perlabuhan Liberie. Kapal induk Eagle berlabuh di sisi jeti kayu yang berlumut. Masih belum dibersihkan lagi.

Dari kapal induk, sebuah papan yang lebar dibentangkan dari deck kapal ke jeti kayu. Seorang lelaki berkot putih dari atas ke bawah berjalan turun sambil tersengih. Belakang badannya tersangkut kot labuh berwarna merah. Rambutnya diikat ekor kuda. Dia berjalan mendekati Clayton bersama-sama para pengikutnya yang setia di belakang.

"Apa yang Kolonel Kunyit yang terkenal ni buat dekat pulau kami?" Soal Clayton dengan penuh sopan. Dia tersenyum mesra. Cuba menyembunyikan perasaan gementar di dada.

"Datuk bandar Liberie.. serahkan mereka pada aku." Ujar Kolonel Kunyit. Arahannya ringkas sahaja.

"Kalau Izarus yang tuan nakkan, dia dan pengikutnya masih lagi dekat Bukit Pemisah." Kolonel Kunyit tersentak. Lain yang dikejar, lain pula yang dapat.

"Izarus? Izarus dari kumpulan lanun Dyr?! Dia ada dekat sini?!" Soal Kolonel kunyit. Clayton tersenyum sebelum mengangguk.

"Dia dah lama dekat sini, tuan. Dia jadikan Liberie sebagai markas utama dia tanpa ada sesiapa yang tahu siapa dia sebenarnya." Kolonel Kunyit berdehem.

"Izac!" Jerit Kolonel Kunyit memanggil Chief Comandernya. Seorang lelaki berpakaian lengkap seragam Eagle mampir ke hadapan.

"Tuan?"

"Take the men with you. Arrest Izarus and his crew! Standby your weapon. Izarus is not an ordinary pirates!" Arah Kolonel Kunyit.

"Jangan risau, Tuan. Mereka masih belum sedarkan diri." Sekali lagi Kolonel Kunyit tersentak dengan kata-kata Clayton.

"Macammana semua tu boleh jadi? Ada kena-mengena dengan gegaran yang berlaku semalam?" Clayton mengangguk perlahan. Kolonel kunyit terdiam. Dia menganggukkan kepalanya sebelum Chief Commander Izac dan para tenteranya berlari ke arah bukit pemisah di belakang bandar.

"Jadi, siapa yang dah tewaskan Izarus? Jangan bagitahu aku, pemilik kapal tu?" Kolonel Kunyit menunding ke arah sebuah kapal lanun berwarna merah yang mempunyai kepala seekor burung di hadapan kapal itu. Jolly roger berwarna hitam berkibar megah ditiup angin. Clayton menelan air liur. Mereka tidak sempat untuk menyembunyikan kapal milik Theo dan rakan-rakannya.

"Emm.. emm.. hmm..." clayton mula menggelabah. Tidak tahu apa yang patut diperkatakan. Semuanya sudah terang lagi bersuluh.

...............................................................

"Itu Kolonel Kunyit." Ujar Xavier.

"Kolonel yang serang kita hari tu." Sambungnya lagi. Mereka sedang bersembunyi di atas bumbung sebuah bangunan 2 tingkat yang sedang dibaik pulih.

"Dia ikut kita sampai sini ke?" Soal Aigle.

"Yang pasti sekarang kita kena keluar dari sini." Ujar Ken pula.

"Mana boleh! Kita tak jumpa fifth piece lagi!" Ujar Theo kuat membuatkan rakan-rakannya menolak kuat kepalanya sambil meletakkan jari di mulut masing-masing. Bunyi syhhh keluar serentak.

"Habis, kita nak buat apa sekarang? Takkan nak sembunyi kat sini je?" Soal Xara pula. Masing-masing mendiamkan diri. Mereka melirikkan pandangan ke arah Clayton dan Kolonel Kunyit yang masih di perlabuhan. Tiba-tiba mereka berjalan merapati Ibis.

"Alamak.. diorang pergi dekat Ibis." Ujar Aigle. Mereka memerhatikan apa yang bakal dilakukan oleh Kolonel kunyit. Seorang lelaki yang pakaiannya sedikit berbeza dari kadet-kadet Eagle yang lain datang mendekati Kolonel Kunyit. Kelihatannya mereka sedang bercakap-cakap. Tentera-tentera Eagle yang lain sedang mengusung Izarus dan para pengikutnya. Semuanya masih tidak sedarkan diri. Mereka kelihatannya mengalami kesukaran untuk mengusung Izarus yang saiznya 4 kali ganda dan para pengikutnya yang 2 kali ganda lebih besar dari mereka. Aigle, Theo dan Ken ketawa perlahan melihat para tentera bersusah payah membersihkan kekacauan yang telah mereka cetuskan.

"Padan muka." Ujar Aigle.

"Guys.. apa diorang nak buat dekat Ibis?" Soal Xara tiba-tiba membuatkan semua mata memandang ke arah Kolonel Kunyit di perlabuhan. Beberapa orang tentera kelihatannya sedang memanjat ke deck Ibis sebelum sauh diangkat naik. Layar Ibis dilabuhkan dan Ibis mula bergerak perlahan menjauhi perlabuhan Liberie. Clayton, Milea, Coda dan penduduk-penduduk lain kelihatannya cuba melawan dan membantah tetapi semuanya dihalang oleh tentera-tentera lain. Kolonel kunyit tersengih sebelum bergerak ke kapal besarnya.

"Mana diorang nak bawak Ibis!?"

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now