part 43

2.5K 231 2
                                    

"Ini lanun baru yang dah tewaskan Kolonel Vox?" Soal seorang lelaki di meja bulat kayu di dalam sebuah bar. Rakannya tersenyum sinis.

"Dia tak nampak kuat langsung. Aku rasa Eagle dah salah orang ni."

"Tengok bounty dia.. 100k coins."

"Apa nama budak tu?"

"Theo Atlas."

Perbualan 2 sekawan itu mendapat perhatian seorang lelaki yang sedang meneguk segelas besar arak berwarna kuning di meja panjang bersebelahan mereka. Gelas kayu diletakkan ke meja lalu dia berpaling ke arah 2 lelaki itu.

"Theo Atlas?" Soalnya.

"Ya. Kenapa?" Soal lelaki yang sedang memegang wanted poster di tangannya.

"Bagi aku." Lelaki di meja bulat itu terus menyerahkan wanted poster tersebut kepada lelaki itu. Wanted poster itu ditatap dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir. Lama dia menatap kertas berwarna coklat itu.

"Kau kenapa diam Coda? Kau kenal dia ke?" Soal lelaki itu memandang Coda aneh. Dia memandang temannya pula. Lelaki itu hanya mengangkat bahu.

"Theo?" Soal Coda.

"Kak Ferra! Selamat petang!" Ujar seorang gadis memasuki bar tersebut dengan senyuman manis dan sebiji bakul di tangannya. Rambut hitamnya mengurai cantik. Semua mata mula menumpu ke arah gadis itu.

"Milea.. selamat petang." Balas seorang wanita berumur dalam lingkungan lewat 30-an dari belakang meja bar iaitu berhadapan dengan tempat Coda sedang duduk. Gadis itu mengambil tempat di sisi Coda lalu meletakkan bakul yang penuh dengan buah epal di atas meja.

"Ini buah epal yang akak pesan." Ujar Milea. Bakul itu disambut oleh Ferra.

"Terima kasih. Sekejap ya. Akak nak kamu bawak balik keju untuk ayah kamu." Milea hanya mengangguk sambil menyoroti langkah Ferra yang menghilang ke dapur. Pantas dia beralih pada Coda yang masih lagi sedang menatap kertas berwarna coklat itu.

"Hei Coda." Panggilnya. Senyap. Tiada sambutan dari lelaki di sisinya.

"Coda!" Bahu Coda akhirnya dipukul kuat membuatkan lelaki itu terkejut beruk.

"Eh. Milea. Bila kau sampai?" Soal Coda.

"Hei! Aku dah nak balik pun. Apa yang kau tengok sampai aku datang pun kau tak perasan?" Soal Milea sambil menjeling ke arah wanted poster di tangan Coda.

"Hah. Tak ada apalah. Wanted poster je ni." Coda tersengih.

"Iyalah. Hei. Malam ni, boleh tolong aku lagi?" Soal Milea. Coda mengeluh perlahan.

"Entahlah sampai bila aku boleh jadi rakan subahat korang ni. Kalau bapak kau tahu, mati aku." Coda melipat wanted poster berkenaan lalu memasukkannya ke dalam poket seluar.

"Alah, Coda. Tak ada siapa akan tahu kalau kau tak bagitahu. Bolehlah. Kau kan kawan baik aku." Milea memegang lengan Coda sambil menggoyangkannya perlahan. Coda akhirnya mengeluh.

"Fine. Tapi kalau kau kena tangkap, jangan babitkan aku, faham?" Milea tersenyum gembira lalu lengan lelaki itu dipeluk kuat.

"Terima kasih Coda!!"

..................................................................

"Darat!!" Jerit Ken kuat. Hari dah hampir senja saat mereka tiba di sebuah pulau di tengah-tengah lautan yang luas itu. Dari Pulau Azuris, mereka memakan masa 5 hari untuk sampai ke pulau berkenaan. Pulau Liberie tidaklah sebesar Azuris Enclave. Tetapi ia tetap juga besar. Theo dan Aigle merapati kepala burung yang diperbuat dari kayu berwarna merah di hadapan kapal mereka sambil tersengih. Mereka melabuhkan Red Pigeon di sebuah perlabuhan yang sunyi. Tidak banyak kapal berlabuh di situ walaupun perlabuhannya agak luas.

Sauh di jatuhkan dan layar diikat ke tiang. Xavier menjatuhkan tangga tali. Mereka mula menuruni tangga tersebut ke jeti kayu.

"Jadi, kemana kita?" Soal Ken.

"Aku nak makan!" Ujar Theo.

"Tadi kau baru makan kan?" Soal Aigle.

"Tapi aku dah lapar balik." Balas Theo.

"Kau ni perut ke tong sampah? Badan saja keding." Ujar Xara.

"Eh. Suka hati akulah. Lagipun duit kita banyak lagi kan? Red pigeon pun kita dapat free."

Xavier hanya menggeleng perlahan sebelum dia melangkah masuk ke perkarangan bandar kecil yang dipenuhi rumah-rumah kayu diikuti oleh rakan-rakannya dari belakang. Di kiri dan kanan bandar itu dipenuhi dengan bar, gerai-gerai jualan, rumah tumpangan dan banyak lagi. Walaupun sudah senja, kedai-kedai di situ masih lagi rancak beroperasi.

"Singgah sinilah dulu. Aku nak rasa arak kat sini." Ujar Xavier.

"Aku pun!" Jerit Ken perlahan. Mereka yang lain hanya menurut sebelum melangkah masuk ke sebuah bar yang agak ramai pelanggannya. Mereka mengambil tempat di sebuah meja kayu bulat yang masih kosong.

"What can I get for you guys?" Soal seorang wanita mendekati meja mereka bersama sebuah buku nota kecil dan sebatang pensel. Dibadannya disarungkan sehelai apron berwarna merah jambu.

"Kitorang nak arak yang paling special kat sini." Ujar Ken sambil tersengih. Ferra tersenyum sebelum mengangguk.

"Sudah tentu."

"And lots of lots of foods." Ujar Theo pula membuatkan Ferra ketawa perlahan.

"Alright. I can make something for you." Ferra beredar dari situ.

"Macammana kita nak cari 5th pieces?" Soal Aigle.

"Entahlah. Yang pasti kita kena cari runah tumpangan dulu. Hari dah nak malam." Ujar Xara. Yang lain hanya mengangguk setuju.

Dari meja bar yang terletak tidak jauh dari meja mereka, seorang lelaki sedang khusyuk memerhati. Mata lelaki itu hanya tertumpu kepada Theo. Tangannya mengeluarkan sehelai wanted poster yang disimpan di dalam poket seluar. Kedua-dua wajah Theo dan wajah di dalam wanted poster itu diperhatikan. Sememangnya mereka adalah orang yang sama.

"Theo... Atlas." Gumamnya perlahan.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now