part 51

2.4K 220 0
                                    

"Urghhh!!" Ken menjerit kuat saat dia berpegang pada palang besi untuk bangkit. Kakinya langsung tidak boleh bergerak, apa lagi untuk berdiri dan berjalan. Tangan diperkemaskan lagi.

"Apa kau buat, Ken? Sia-sia saja." Ujar Peter.

"We can't just give up! I'm not going to die here!" Ujar Ken keras. Xavier, Xara dan Aigle juga turut sama mencuba. Walaupun badan mereka seperti sedang ditolak ke bawah, tapi mereka berterusan melawan.

"Kita kena keluar dari sini!" Ujar Ken beserta keringat yang keluar terus-menerus membasahi badannya. Kelihatan urat-urat tersembul keluar saat mereka cuba untuk bangkit. Peter dan Coda berpandangan sesama sendiri. Apa yang mendorong mereka untuk tidak mengalah seperti itu? Apa yang membangkitkan semangat mereka?

"Kalau korang nak mati kat sini, aku tak peduli. Kitorang masih ada perkara yang belum selesai. So we can't die. Not now. Not here." Ujar Xavier. Mereka masih cuba untuk berdiri sebelum kembali jatuh ke lantai. Masing-masing sudah kehabisan tenaga. Sudah kelihatan termengah-mengah. Peter meraup wajahnya sambil menggeleng perlahan. Coda pula menggenggam jeriji besi sambil termenung ke luar. Matanya terpandang ke beberapa susuk tubuh yang muncul dari kegelapan bilik itu. Susuk-susuk tubuh yang tidak kelihatan wajahnya. Semuanya ditutupi kerudung hitam dan topeng pelbagai warna.

"Guys.." panggil Coda tanpa memandang ke arah rakan-rakannya. Mereka yang lain terus mengalihkan pandangan ke arah yang dipandang oleh Coda. Sekumpulan makhluk berkerudung sedang mendekati sangkar mereka. Salah satu dari makhluk itu saiznya 2 kali ganda lebih besar berbanding makhluk-makhluk lain yang sememangnya sudah 2 kali ganda dari mereka. Makhluk yang paling besar itu mendekatkan wajahnya yang bertopeng putih itu ke sangkar mereka. Bunyi nafas kedengaran kuat.

"I smell fresh blood." Ujar makhluk itu dengan suara yang garau dan kuat. Aigle pantas mengensot mendekati Ken.

"Lepaskan kitorang." Ujar Xavier.

Makhluk itu ketawa perlahan.

"Alright. Release them." Ujar makhluk itu seraya berdiri. Konco-konconya yang lain terus mengerumuni sangkar sebaik sahaja ketuanya beredar dari bilik itu. Sebaik sangkar dibuka, seorang demi seorang mula ditarik kuat oleh pengikut-pengikut berkerudung hitam. Disebabkan racun yang masih tersisa di dalam badan mereka, tiada yang mampu melawan. Sebaliknya mereka hanya menurut sahaja.

Mereka diheret keluar dari bilik kurungan. Dan dibawa ke sebuah bilik lain. Bilik yang lebih besar dan luas. Terdapat sebuah kerusi yang besar di situ. Dan ia sedang diduduki oleh makhluk besar tadi. Mereka ditolak ke tengah-tengah ruang yang luas tersebut dengan tangan masing-masing diikat ke belakang. Rupanya mereka sedang dikelilingi oleh ratusan makhluk yang turut sama berkerudung dan bertopeng. Yang lebih aneh, makhluk-makhluk itu kelihatannya ada yang bertangan 4 dan 6. Ada juga yang kaki 4 dan berkepala 2.

"So, you're the god?" Soal Xara sambil merenung tajam ke arah si ketua yang sedang duduk di atas takhta. Si ketua tersengih di sebalik topengnya. Sengihan yang sangat menyeramkan.

"Apa yang kau nak dari kitorang?" Soal Ken pula.

"Apa tujuan kalian ke Terror Line?" Soal si ketua dengan suara yang lebih mendatar dari sebelum ini.

"Kalian datang untuk mencuri harta aku?" Soalnya lagi.

"Kitorang nak kau lepaskan penduduk Liberie! Stop this bullshit curse and get the hell out of here!" Ujar Peter. Si pengikut-pengikut 'dewa laut' itu mula ketawa dengan kuat sekali. Sehingga bergegar tempat itu.

"Apa yang buatkan kau fikir Kapten akan dengar kata-kata kau, manusia jijik?" Soal salah satu makhluk bertangan 4.

"Kapten adalah Dewa Laut. Dia boleh buat apa sahaja yang dia mahu!" Ujar yang berkaki 4 pula.

"Kau nak bangun pun tak mampu, inikan pula nak halang Kapten. Dasar manusia lemah." Ujar makhluk lain pula.

"Silence!!" Jerkah si ketua dengan kuat sekali. Mematikan suara-suara para pengikutnya sehingga mereka mula kecut perut. Si ketua bangkit dari kerusi.

"Kau nak aku pergi dari sini?" Si ketua merapatkan wajahnya yang besar itu ke wajah Peter. Topeng dia cabut perlahan. Maka terserlahlah wajahnya yang hodoh lagi buruk itu di hadapan Peter dan rakan-rakannya yang lain. Terus mata mereka terbutang luas. Dan Aigle mula mengensot menjauhi makhluk itu dengan wajah yang pucat lesi. Belum pernah seumur hidupnya melihat wajah yang begitu menyeramkan. Makhluk itu tersengih menampakkan giginya yang semuanya bertaring panjang dan tajam.

"Cubalah.. aku nak tengok." Ujarnya dengan nafas yang berbau hanyir darah. Peter bernafas laju. Matanya masih terbutang luas. Dia cuba berundur ke belakang namun pantas ditarik oleh makhluk itu.

"Aku Izarus! Dewa Laut! Raja Pulau Liberie! Jangan harap yang kau boleh halau aku dari sini!" Lalu badan Peter diangkat oleh Izarus dengan hanya sebelah tangan. Peter menjerit kuat. Izarus kemudiannya mencampakkan badan milik Peter ke dinding. Darah mula merecik keluar dari bibir lelaki itu saat badannya menghempas dinding bilik itu.

"Peter!!!!"

................................................................

Sorrylah gais kalau setiap part yang sis karang ni pendek je.. huhu. Sis tak mampu nak karang yang panjang2. Sebab semua idea yang keluar time sis karang setiap part ni on the spot punye idea. Huhu. So harap korang boleh terima cara penulisan sis. Tapi, jangan risau, sis akan cuba try test yang semampu sis untuk karang dengan lebih panjang lagi. Thanks semua. 😉😉😉

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now