part 72

2.3K 234 0
                                    

Head of Eagle Headquaters
Seavierra

Mel melangkah masuk ke dalam sebuah bilik mesyuarat yang agak suram itu. Bilik itu tidaklah besar tetapi masih mampu memuatkan sebuah meja panjang. Di setiap sisi meja itu duduknya Kolonel Kunyit, Kolonel Coral, Kolonel Gusai, Kolonel April, Kolonel Zafrine, Kolonel Aeros, Chief-chief commander serta komander-komander mereka yang lain. Kelihatannya seperti sebuah persidangan yang agak besar. Mel mengambil tempat di antara Kolonel Aeros dengan Commander Emmer. Lieutenant Blayze masih belum kelihatan di tempat duduknya di hujung meja.

"Kenapa lambat?" Soal Kolonel Aeros.

"Maaf kolonel. Aku ada urusan sikit." Kolonel Aeros memandang ke arah Mel dengan satu pandangan yang agak sukar untuk ditafsir.

"Aku harap kau dah selesaikan urusan kau. I don't think Lieutenant Blayze will like it if he knows." Mel menjeling ke arah Lieutenant Blayze yang baru sahaja sampai dan mengambil tempat di bahagian meja paling hujung. Lelaki itu berpeluk tubuh.

"Baiklah Kolonel." Ujar Mel.

......................................................................

Dari kejauhan kelihatan sebuah kapal berwarna merah telah diikat kemas pada sebatang tiang yang sangat besar tidak jauh dari perlabuhan Seavierra. Di situlah terletaknya kediaman seorang pembina kapal yang sangat tersohor di Seavierra. Kata Mel, Ibis dihantar ke situ untuk diubah-suai menjadi kapal Eagle. Ini langsung tidak boleh dibiarkan. Jadi, malam ini, mereka perlu menyelamatkan Ibis dan terus keluar dari Seavierra.

Theo, Xara, Xavier, Ken dan Aigle menyusup di tepi dinding batu. Di sebelah dinding batu tersebut terdapat sebuah bengkel yang besar di tebing yang menghala ke laut. Dan, Ibis dilabuhkan betul-betul di hadapan bengkel itu. Nasib mereka agak baik apabila bengkel itu kelihatannya sunyi tanpa penghuni. Mungkin masing-masing sudah tidur.

Theo, Xara, Ken dan Aigle pantas berlari ke arah Ibis lalu melompat naik ke deck kapal merah kecil itu. Xavier mengeluarkan sebilah pedangnya lalu tali yang mengikat ibis ke tiang besar di hadapan bengkel itu dipotongnya. Pantas dia melompat naik ke deck. Layar dilabuhkan dan sauh dinaikkan. Dan Ibis pun bergerak perlahan tanpa ada sesiapa pun yang perasan.

Mereka mula meninggalkan Seavierra perlahan-lahan. Cuma yang menjadi masalah sekarang adalah, bagaimana mereka hendak menembusi gerbang besar lebih kurang 2km dari pulau itu. Mereka tidak boleh keluar dari Seavierra tanpa melalui gerbang besar tersebut kerana seavierra dikelilingi oleh pagar batu yang sampai sekarang tiada yang mampu dan sanggup untuk menembusinya.

.................................................................

"Satu dunia sudah kecoh. Dia berjaya melepaskan diri dari Irongate." Ujar Lieutenant Blayze dengan suara garaunya. Para kolonel dan anggota-anggota tertinggi mereka mula berpandangan sesama sendiri.

"Keberadaannya kini masih belum diketahui. Dengan bebasnya lelaki tu, keselamatan dunia bakal tergugat. Kita tak boleh biarkan dia kumpul semula anak-anak kapalnya." Sambung lelaki berpangkat Lieutenant Commander itu.

"Tuan maksudkan siapa?" Soal Kolonel Coral.

"Satu dunia sudah heboh, Jiaa. Ianya Devil's hand Godfrey Ridley." Ujar Kolonel Gusai. Kolonel Coral dan beberapa orang anggota lain tersentak mendengar nama itu. Satu nama yang sudah lama hilang ditelan zaman. Nama yang telah dilupakan oleh penduduk dunia. Nama yang agak ditakuti. Sama seperti Izarus.

Beberapa dekad yang lalu, terdapat 5 orang lanun yang telah berjaya menakutkan semua penduduk dunia. Mereka digelar sebagai The Ruthless. 2 dari mereka, iaitu Izarus dan Godfrey Ridley telah berjaya diberkas dan dimasukkan ke dalam Irongate dan Lethal Isle. Sehinggalah beberapa dekad lalu, Izarus berjaya melarikan diri dari Lethal Isle. Dan sekarang, tersebar pula berita yang Godfrey Ridley juga telah berjaya melarikan diri dari Irongate. Namun begitu, keberadaan 3 orang lagi the ruthless masih belum diketahui. Dan sekarang bounty mereka telah pun mencecah 100 juta coins.

"Macammana Ironguard buat kerja sampai dia boleh terlepas?" Ngomel Kolonel Kunyit.

"Ini menunjukkan yang sistem keselamatan di Irongate dan Lethal Isle sudah tidak boleh dipakai lagi." Ujar Kolonel Gusai.

"Irongate adalah penjara yang tak dapat ditembusi dari luar atau dalam! Tak mungkin dia boleh terlepas." Ujar Kolonel April.

"Dia dibantu oleh orang dalam." Ujar Lieutenant Blayze membuatkan semua yang berada di situ terdiam.

"Orang dalam? Ada Ironguard membelot?" Soal Kolonel Zaffrine.

"Bukan. Aku yakin yang dia adalah penyamar." Ujar Blayze lagi.

"Aku nak, kalian teruskan memburu dia. Juga 3 the ruthless yang lain. Kalau kita yang terlebih dahulu menangkap mereka, pemerintahan dunia mungkin akan jadi milik kita." Sambung lelaki itu lagi. Mel gang masih setia di sisi Kolonel Aeros itu kelihatan terpinga-pinga. Pemerintahan dunia?

"Kolonel. Apa maksud Lieutenant dengan pemerintahan dunia?" Bisik Mel. Kolonel Aeros hanya sepi memandang Mel. Mungkin masih belum masanya untuk gadis itu mengetahui soal itu. Satu-satunya perkara yang hanya diketahui oleh pegawal tertinggi Eagle.

"Tuan!!" Jerit seorang kadet berseragam merah dari muka pintu besar bilik itu. Blayze memandang tajam ke arah kadet itu. Mungkin bengang dengan lelaki itu yang menerjah masuk ke dalam bilik mesyuarat dan mengganggu persidangan tersebut.

"M-maaf tuan. T-tapi.. The beast pirates. Diorang dah larikan diri." Ujar kadet itu dalam tergagap-gagap. Terus Lieutenant Blayze dan Kolonel Kunyit bangkit dari kerusi.

"Apa!?"

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Donde viven las historias. Descúbrelo ahora