part 34

2.5K 249 1
                                    

Dia berlari laju ke arah rumah agam milik Lord Eishin. Dia tahu kerana dia pernah ke sana dulu. Dari kejauhan kelihatan Xavier sedang bertarung dengan kadet-kadet yang jumlahnya beratus-ratus orang. Bediri di sampingnya adalah seorang gadis yang pakaiannya sama seperti Xavier cuma berwarna putih dan juga menggunakan pedang sebagai senjata. Tidak jauh dari situ pula kelihatan seorang lelaki sedang berbalas tumbukan dengan Chief Commander Ginger.

Dia tidak pasti siapa mereka, tapi melihat daripada kekuatan mereka, dia yakin yang mereka adalah rakan-rakan Theo dan Xavier. Mungkin saja kawan lanun mereka. Tapi, takkan 3 orang saja? Mana lagi crew mereka? Dalam tertanya-tanya itu, Aigle mengeluarkan senapangnya lalu dihalakan ke arah kadet-kadet yang sedang menyerang Xavier dan gadis itu tanpa henti. Goggle dipakai ke mata. Sebaik menbidik sasarannya, Aigle melepaskan tembakan. Kali ini, dia menggunakan peluru hidup.

Satu demi satu lawan mereka mula rebah ke tanah. Xavier yang perasan akan situasi itu memandang ke luar pagar rumah agam tersebut. Kelihatan Aigle sedang berdiri di situ sambil berterusan menembak lawan mereka. Dia tersengih sebelum meneruskan perlawanan yang sememangnya sedang mereka menangi.

..................................................................

Ginger berundur ke belakang. Dia kelihatan termengah-mengah. Mana tidaknya, sudah setengah jam dia cuba menumpaskan lelaki itu, tetapi, semakin dia serang semakin lelaki itu menjadi kuat.

"Cik adik manis. Kenapa? Dah penat ke?" Soal Ken. Ginger merengus marah. Dia mengeluarkan sebiji bola sebesar guli berwarna hitam dari sebuah beg kecil pada tali pinggangnya lalu dilemparkan ke arah Ken tanpa lelaki itu sedar. Ken yang terperasan akan balingan bola itu terus mengelak. Sebaik bola itu mengenai tanah, tanah tersebut membentuk satu kawah kecil. Ken tersentak. Nampaknya, ia bukan bola biasa. Fikir Ken.

Ginger mula mengeluarkan beberapa biji bola yang sama sebelum ia dilemparkan ke arah Ken tanpa henti. Ken melompat-lompat ke belakang. Kini dia sudah jauh di hadapan Ginger. Sebaik Ginger berhenti membaling, Ken terus meluncur laju ke arah gadis itu. Ginger tersenyum sinis sebelum mengeluarkan beberapa batang besi kecil. Besi-besi sepanjang jari telunjuk itu tirus di bahagian hujungnya. Besi-besi itu dilemparkan ke arah Ken secara tiba-tiba. Pantas lelaki itu mengelak. Malangnya, salah satu dari besi tersebut mengenai tepat ke bahagian bahu kirinya. Ken rebah ke tanah. Terasa bahu kirinya perit. Dia cuba bengkit. Peluh mula menitik. Bahunya mula berasa panas. Ginger tersengih.

"Ianya dipanggil Duri berdarah. Besi yang telah disaluti racun dihujungnya. Dan racun itu mampu melumpuhkan setiap anggota badan yang kau ada. Walaupun dalam kuantiti yang sedikit." Ujar Ginger. Ken kembali rebah ke tanah. Darah tersembur keluar dari mulutnya.

"Damn it!" Gumamnya kuat. Ginger melangkah perlahan ke arah Ken.

"Satu lagi tusukan akan mengundang maut yang amat menyeksakan." Ujar gadis itu dengan tangannya diangkat ke udara. Di tangannya itu terdapat satu lagi besi yang sama cuma saiznya lebih besar dan ianya berwarna emas. Ken cuba berdiri. Nanun dia gagal. Racun itu sudah mula melumpuhkannya.

"Matilah!" Jerit Ginger sebelum sebutir peluru meluncur laju ke arahnya tepat mengenai lengan gadis itu. Ginger menjerit kuat. Besi tadi terjatuh ke lantai. Dia rebah ke belakang. Sambil menekan bahagian lengannya yang terkena tembakan. Dia memandang ke arah si penembak.

"Kau!" Jerit Ginger.

"Hai bitch! Remember me?" Soal Aigle sambil menghalakan senapangnya ke arah Ginger.

"I'm here for revenge!" Ujar Aigle lagi. Ginger mengetap giginya. Tangan kanannya sudah cedera tetapi tangan kirinya mula menyusup perlahan ke dalam beg kecil di tali pinggang. Aigle melepaskan tembakan kedua. Kini di bahu kanan Ginger.

"Jangan ingat aku tak tahu apa yang kau nak buat. Kau bunuh ayah aku dengan cara yang sama. I won't fall for the same trick. Again!" Dalam kesakitan Ginger tersenyum.

"Your father deserve to die! Berani dia cuba melawan Kolonel Vox. He's just a small dumb fly." Ujar Ginger. Cuba menaikkan lagi kemarahan Aigle. Senapang dilekatkan ke dahi Ginger. Aigle memandangnya tajam.

"Say that again you bitch!"

"Just shoot me already bitch!"

Aigle memukul kuat kepala gadis itu menggunakan belakang senapangnya. Hanya dengan sekali pukulan, gadis itu rebah ke tanah. Tidak sedarkan diri.

"I'm not a killer." Ujarnya perlahan.

"Urmm.. cik adik.. boleh tolong abang tak? Abang tak boleh gerak ni.." ujar lelaki yang masih lagi meniarap di atas tanah di belakangnya. Aigle cepat-cepat membantu Ken. Xavier dan Xara mula berlari ke arah mereka setelah berjaya menumpaskan kesemua tentera Eagle.

"Ken! Kau ok tak?" Soal Xara.

"Aku ok. Tapi, macam nilah. Aku tak boleh gerak langsung ni." Ujar lelaki itu sambil tersengih. Xara pantas mencabut rantai berkalungkan batu berwarna putih di lehernya lalu dipakaikan kepada Ken. Perlahan-lahan tangan lelaki itu mula bertindak balas sebelum seluruh tubuhnya kembali pulih. Luka pada bahunya juga sudah sembuh sepenuhnya.

"Wah!! Aku dah rasa macam Theo pulak. Hahaha." Ken ketawa kuat.

"Korang. Kita kena cepat. Vox nak letupkan pulau ni!" Ujar Aigle tiba-tiba membuatkan mereka terkejut.

"Apa!?!"

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Kde žijí příběhy. Začni objevovat