part 87

2.1K 219 14
                                    

"Pearl. Bahagian mana yang kamu tak faham bila ayahanda cakap tinggal saja dalam istana. Tolonglah.. jangan merayau lagi." Ujar seekor duyung berbadan besar dan sedikit berotot. Pada lengannya terdapat parut yang agak besar. Bajunya yang berwarna putih keemasan itu disinsing lengannya hingga ke siku. Ekornya besar. Berwarna kuning bersisik jingga. Di pinggangnya terselit sebilah pedang dengan hulu dan sarungnya berukir cantik. Wajahnya tua. Berambut putih dengan sebuah mahkota terletak kemas di atas kepala. Dia memandang Pearl dengan mata birunya yang kerisauan.

"Maaf ayahanda.." pearl hanya membalas pendek. Dia tahu, tiada gunanya dia bertikam lidah dengan ayahandanya itu. Bukannya si raja tua itu akan mendengar kata-katanya.

"Dan satu lagi. Kenapa kamu bawa manusia ke Crystal Cove?" Soal Raja Ohz sambil memandang tajam ke arah 5 orang manusia berkaki itik yang sedang dikawal ketat oleh para pengawal bersenjatakan tombak 3 mata.

"Mereka kawan-kawan saya, ayahanda. Tolong jangan halau mereka hanya sebab mereka manusia!"

"Tapi manusia tidak dibenarkan masuk ke Crystal Cove! Mereka..."

"Mereka apa? Mereka apa, ayah? Kenapa perlu ayahanda halau setiap manusia yang cuba untuk masuk ke sini?!" Pearl memandang ayahnya tajam. Mukanya sudah merah padam. Raja Ohz mula bengang dengan sikap anaknya.

"Mereka yang dah culik duyung-duyung dalam negara ni!!" Jerkah Raja Ohz membuatkan Pearl tersentak.

"Ap-apa? Apa yang ayahanda cakapkan ni?" Soal si puteri duyung berambut biru.

"Kalau kamu nak tahu, kehilangan duyung-duyung di negara ini berpunca dari manusia! Dan kamu pula membawa masuk manusia ke dalam tempat tinggal kita. Kamu cuba untuk mengancam nyawa rakyat kita?" Pearl terdiam.

"T-tuanku.." Flynn yang berada di sisi Raja Ohz mula berasa serba salah.

"Bawa mereka keluar dari sini!" Arah Raja Ohz kepada para pengawalnya.

"Jangan!" Halang pearl. Dia memaut lengan ayahandanya.

"Biar saya.. biar saya yang bawa mereka pergi. Saya yang dah bawa mereka ke sini. Biar saya yang bertanggungjawab sepenuhnya." Rayu Pearl.

"Kamu jangan nak mengarut, Pearl. Ayahanda sudah cakapkan. Kamu akan tinggal di sini!"

"Ayahanda.. tolonglah.. mereka kawan-kawan saya. Kawan-kawan manusia pertama saya. Sekurang-kurangnya berilah saya peluang untuk ucapkan selamat tinggal." Mata Pearl kelihatan berkaca membuatkan hati Raja Ohz mula lembut. Dia mengeluh berat.

"Baiklah.. tapi janji dengan ayahanda yang kamu akan pulang dalam masa 15 minit." Pearl tersenyum gembira.

"Terima kasih ayahanda." Pantas leher si Raja duyung dipeluknya erat.

Sebaik sahaja kelibat anak gadisnya menghilang bersama 5 sekawan itu, Flynn bersuara.

"Tuanku.. tak melampau ke tuanku buat macam tu?" Soal lelaki duyung tersebut.

"Tuanku sendiri tahukan. Kita masih tak pasti apa yang telah menculik duyung-duyung negara ni. Kita tak boleh menuduh tanpa usul periksa."

Raja Ohz masih memandang ke arah kelibat puterinya yang beransur hilang sebelum dia mengeluh perlahan.

"Aku tak nak.. apa yang jadi pada ibunya, jadi pada dia." Flynn tertunduk hormat apabila Raja Ohz mula berenang pergi dari situ. Sebaik Raja Ohz beredar, Flynn memandang ke arah Puteri Pearl dengan pandangan yang serba salah.

..................................................................

"Aku mintak maaf. Aku tahu kalian bukan macam apa yang ayahanda cakapkan. Tapi aku tak rasa kalian boleh tinggal di sini lebih lama lagi." Ujar Pearl sebaik mereka tiba di hadapan pintu gerbang Crystal Cove.

"Jangan risaulah Pearl. Kitorang faham." Xara menggosok perlahan bahu si puteri duyung. Gadis berambut biru itu hanya tersenyum hambar.

"Aku harap aku boleh tolong kalian cari benda tu." Ujarnya kecewa.

"Tak payah risaulah puteri. Kalau betul 6th pieces ada kat sini. Kitorang boleh cari sendiri." Ujar Ken dengan senyuman yang lebar selebar mungkin. Pearl masih dengan senyuman hambarnya membuatkan kelima-lima sahabat itu berpandangan sesama sendiri dengan pandangan yang serba salah. Theo yang berada di belakang itu tiba-tiba mara ke hadapan. Bahu Pearl dipegang kemas membuatkan gadis itu tersentak.

"Kalau macam tu.. apa kata kalau kita tangkap je penculik yang sebenar? Dan buktikan pada ayah kau, yang dia salah!" Kata lelaki bermata merah dan hazel itu dengan yakin dan senyuman teruja. Pearl kehilangan kata-kata.

"Betul tu! Kalau kita dapat buktikan yang penculik tu bukan manusia, pasti kita dapat jelajah Crystal Cove ni tanpa kena halau lagi!" Sokong Aigle.

"Aku setuju." Balas Xavier. Xara dan Ken juga sudah mengangguk-angguk setuju. Pearl mula menguntumkan senyuman manis dengan mata yang sudah berkaca.

Dari sebalik rumpai yang tumbuh meninggi, kelihatan sepasang mata sedang memerhatikan mereka. Atau lebih tepat lagi sedang memerhatikan si puteri duyung. Dia memerhatikan setiap inci si puteri duyung. Dari rambutnya yang beralun, ekornya yang besar dan cantik, kulitnya yang putih seputih kristal. Dalam banyak-banyak duyung yang dia cuba culik, si puteri duyunglah yang paling susah untuk dia dapatkan. Sudah banyak kali dia cuba. Dan setiap kali itulah dia gagal. Dan sekarang, kuasanya sudah semakin meningkat. Dia pasti, kali ini, dia akan berjaya.

................................................................

Author nak tanye ni. Part 86, penuh tak story die? Ke keluar separuh je? Sbb dekat draft author keluarnye separuh je. Kadang-kadang wattpad ni buat author konfius lah. Hahah.. 😅

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now