part 22

2.8K 260 0
                                    

Meja bulat berwarna merah itu dipenuhi dengan makanan-makanan yang berbagai jenis. Hasil dari menjual 7 biji buah sutera labis yang Theo curi dari Celsia, mereka mampu makan apa sahaja yang mereka mahu. Di sebuah restoran mewah pula. Selebihnya mereka akan gunakan untuk mencari maklumat mengenai 3rd pieces dan sudah tentulah, untuk membeli sebuah kapal lanun sebenar. Mereka sendiri tidak tahu bila mereka akan sampai di sempadan Azurea. Jadi, mereka perlu bersedia dari sekarang.

"Theo.. mungkin ni cuma perasaan aku je, tapi aku rasa macam ada orang tengah perhatikan kita la." Bisik Ken sebelum menyuap isi ketam rebus ke dalam mulutnya. Theo yang sedang mengunyah daging bakar itu mula memerhatikan sekeliling. Betul kata Ken. Kebanyakan pengunjung di restoran itu sedang memerhatikan mereka sambil berbisik-bisik. Ada yang ketawa. Ada yang menjeling.

"Pedulikan. Mungkin diorang pelik. Kita ni pakaian macam orang miskin, tapi makan dekat restoran mewah." Bisik Theo kembali sebelum meneguk segelas besar arak.

"Apa yang korang bisikkan tu?" Soal Xara yang perasan akan kelakuan mereka. Theo dan Ken hanya tersengih.

"Nothing." Ujar mereka serentak. Tiba-tiba, datang seorang lelaki bertubuh kasar, berpakaian seperti orang kaya menumbuk kuat meja mereka membuatkan kempat-empat sahabat itu terkejut beruk.

"Kau rookie.. datang sini nak sertai pertandingan tu juga?" Soal lelaki itu sambil tersengih. Sinis sekali.

"Apa kau mengarut ni? Kau siapa?" Soal Ken. Lelaki itu mengambil tempat di kerusi kosong antara Ken dengan Xara. Membuatkan Xara menggerakkan kerusinya mendekati Xavier. Menjauhi lelaki itu.

"Kau, Theo Atlas bukan?" Soal lelaki itu sambil memandang ke arah Theo dengan senyuman yang sukar untuk difahami.

"Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Soal Theo. Lelaki itu ketawa.

"Don't play dumb, pirate. Your face is all over Azurea. Aku tahu kau ke sini untuk dapatkan hadiah dari The Keeper, bukan? Well listen here, rookie. Aku dah lama jadi lanun. Dan hadiah dari The Keeper, akan jadi milik aku!" Ujar lelaki itu sebelum berdiri lalu beredar dari situ selepas mencuri seekor ayam bakar yang masih belum terusik.

"Hei! Ayam aku!!" Jerit Theo.

"Theo, hadiah dari The Keeper.. kau tak rasa ke tu.." kata-kata Xara membuatkan Theo tersengih.

"3rd pieces?" Xara dan Xavier mengangguk.

"Tapi, pertandingan apa?" Soal Ken. Xara memandang sekeliling sebelum bangkit dari kerusi. Sebelum dia menghilangkan diri keluar dari restoran itu.

"Mana Xara pergi?" Soal Theo. Xavier hanya menjungkit bahu sebelum meneguk air kosong dari gelas kacanya. Agak lama juga Xara menghilang, makanan sudah habis di atas meja. Masing-masing sudah menggosok perut kekenyangan.

"Xav.. mana adik kau ni?" Soal Ken.

"Kejap lagi dia balik lah tu.." seminit kemudian, terpacul wajah Xara kelihatan termengah-mengah memegang sehelai kertas dan senaskah surat khabar di muka pintu restoran. Dia pantas mengambil tempat di atas kerusi bersebelahan Xavier.

"Ni.. aku dah jumpa.." dia membentangkan sehelai kertas di atas meja. Pantas Theo, Ken dan Xavier membaca isi kandungan kertas itu.

"Azuris Hawk Tournament? Apakah?" Soal Theo.

"Macam seronok." Ken tersengih.

"Sacred prize from the keeper. Who the hell is the keeper?" Xavier memandang Xara. Xara hanya menggeleng perlahan.

"Tapi, there's something else I need to show you guys.." ujar gadis itu sebelum membentangkan senaskah surat khabar di atas meja. Surat khabar itu dibelek sehinggalah sampai di muka surat 4. Membuatkan Theo tersengih.

"Serius lah?" Soal Ken. Walaupun terkejut, dia masih tersengih. Xavier hanya tersenyum. Theo sudah ketawa terbahak-bahak. Di surat khabar itu terpampang 4 wanted poster dengan wajah mereka terlakar di situ.

"Aku dah ada bounty? 70k??? Hahahah!!" Ken ketawa bersama-sama Theo.

"Bounty aku dah naik!!! Hahahahah!" Theo bersorak gembira. Xara ketawa kecil. Dia sudah tahu reaksi kawan-kawannya itu sebaik dia ternampak wanted poster mereka di gerai kecil di bandar. Patutlah, lelaki tadi mengenali mereka. Rupanya wajah mereka sudah terlakar pada wanted poster di seluruh Azurea. Memiliki bounty ke atas kepala sendiri memang membuatkan mereka bangga, tetapi nama mereka kini sudah sampai pada pengetahuan Eagle.

"We need to be extra careful now. Meeting Eagle is the last thing we need. Yang merisaukan aku, kalau menyertai pertandingan tu bakal membawa Eagle kepada kita." Xara meluahkan kerisauannya. Theo tersenyum.

"Kita kena sertai tournament ni. Ini adalah peluang kita untuk dapatkan maklumat tentang 3rd pieces." Ujar Theo.

"Betul tu. Macammana kalau sacred prize tu sebenarnya 3rd pieces. We can't let it falls in the wrong hand." Ken menyokong kata-kata Theo membuatkan Xara mengeluh perlahan. Dia memandang Xavier. Abangnya tersenyum.

"Alright. Whatever you say captain."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now