part 134

2K 206 25
                                    

2 days later..

Jackdaw Ibis berlayar perlahan di atas laut Euloth. Sebuah kapal lanun besar tiba-tiba menghampiri kapal merah itu dari sisi kirinya. Mereka yang perasan akan hal itu terus mengalihkan pandangan ke arah kapal tersebut. Kelihatan seorang lelaki berpakaian hitam dan berjambang sedang tersengih memandang ke arah mereka.

Dalam keadaan mereka yang masih lagi terpinga-pinga, kapal itu hanya berlalu melepasi mereka tanpa berbuat apa-apa.

Sebenarnya agak jarang mereka terserempak dengan kapal lanun di pertengahan jalan mereka. Itu yang membuatkan mereka sedikit berjaga-jaga.

"Apa tadi tu?" Soal Aigle. Ken hanya menjungkit bahu dan Theo kembali termenung di sisi kapal.

Beberapa minit kemudian, sebuah lagi kapal kelihatan bergerak melepasi kapal mereka. Dan sebuah lagi. Dan diikuti beberapa buah lagi.

"Kenapa banyak sangat kapal ni?" Soal Ash. Theo berdiri di hadapan kapal. Memandang ke arah kapal-kapal lanun yang juga turut sama bergerak ke arah yang mereka sedang tuju.

"Apa yang berlaku?" Soal Xara. Lima sahabat itu mula menyertai Theo di bahagian hadapan kapal. Terdapat beberapa buah kapal lagi sedang menuju ke arah sebuah pulau yang terletak jauh di hadapan mereka. Kapal-kapal yang datangnya dari segenap arah. Dan kesemuanya adalah kapal lanun.

Semakin lama semakin kelihatan sebuah pulau yang besar. Di jeti pulau tersebut sudah dipenuhi pelbagai buah kapal lanun yang sudah dan sedang berlabuh di situ.

"Itu pulau Biggoy kan?" Soal Theo. Xavier mengangguk.

"Kalau ikutkan peta ni. Betullah tu."

"Tapi kenapa ramai sangat lanun berkumpul kat situ?" Soal Xara.

"Ash.. kau cakap pulau tu penuh dengan raksasa. Aku nampak lanun saja ni?" Soal Theo.

"Kan aku dah cakap. Aku pun tak tahu apa-apa." Balas Ash.

"Apa-apa sajalah. Yang penting, kita kena berhati-hati. Pulau ni nampak lain macam." Ujar Xavier.

Ibis dilabuhkan di tebing pulau yang agak jauh dari keriuhan bandar yang dipenuhi lanun pelbagai rupa dan jenis itu. Sebaik layar diikat dan sauh diturunkan, mereka melompat turun ke darat. Dari tempat mereka berdiri, mereka dapat lihat sebuah bandar yang besar dan meriah tidak jauh dari situ.

"So, mana kita nak cari dia?" Soal Ken.

"Tempat yang terbaik untuk cari orang adalah di bandar." Ujar Aigle.

"Jomlah." Dan mereka menurut sahaja ajakan Theo. Ada betulnya juga. Di mana lagi mereka boleh cari seseorang kalau bukan di bandar tempat orang-orang berkumpul.

Sesampai sahaja mereka di bandar yang dipenuhi bangunan-bangunan kayu yang lusuh itu, mereka disajikan dengan sekumpulan lanun yang bilangannya sangat ramai. Kebanyakan bar dan restoran sudah penuh dipenuhi lanun-lanun.

"Aku peliklah.. kenapa pulau ni dipenuhi lanun?" Soal Ken.

Tiba-tiba seorang lelaki terbang merempuh dinding bar dan mendarat di hadapan mereka dengan kecederaan yang penuh di tubuhnya. Wajahnya juga sudah dipenuhi darah. Seorang lelaki keluar dari bar tersebut lalu duduk mencangkung di atas pagar batu di sisi bar. Dia tersengih memandang lelaki yang berlumuran darah itu. Di belakang lelaki itu berdirinya beberapa orang lanun lagi. Mungkin saja anak-anak kapalnya.

"Aku dah cakapkan. Jangan cari pasal dengan aku." Ujar lelaki yang rambutnya seperti balung ayam itu. Dia mengeluarkan pencukil gigi lalu mencungkil giginya.

Lelaki yang rebah di tanah itu perlahan-lahan bangkit.

"Kau... jangan ingat... kapten.. aku akan... lepaskan.. kau... tak guna!" Ujar lelaki iti sambil termengah-mengah. Lelaki berambut balung ayam itu mengetap gigi. Pencungkil giginya dihalakan ke arah lelaki tersebut. Sedar akan hal itu, lelaki tersebut terus cuba untuk melarikan diri sebelum lelaki berambut balung ayam kemudiannya menjentikkan pencungkil gigi ke arahnya. Jentikan itu bukan jentikan biasa-biasa. 6 sahabat itu juga terlopong menyaksikan kejadian itu.

Jentikan pencungkil gigi itu mengenai lelaki tadi. Tembus dari bahagian belakang hingga ke hadapan. Darah memercik keluar. Lelaki itu rebah ke tanah sebelum akhirnya dia tidak sedarkan diri.

"I-itu... pencungkil gigi ke peluru?" Soal Ash.

Lelaki berambut balung ayam kemudiannya melangkah masuk semula ke dalam bar sambil bergelak sakan bersama-sama anak-anak kapalnya. Yang menjadi kemusykilan mereka, semua yang berada di situ hanya menyaksikan tanpa menolong. Malah, tubuh lelaki yang tidak sedarkan diri (mungkin saja sudah mati) itu hanya dibiarkan di situ. Dan mereka meneruskan kerja mereka seperti biasa. Tanpa memperdulikannya.

Seakan-akan perkara itu sudah terbiasa berlaku di situ.

"Tempat apa ni?" Soal Xara.

Dan rakan-rakannya hanya menjungkit bahu dan menggeleng.

.................................................................

Hai koram! Happy new year! Sempena new year ni author benarkan koram tanya author satu soklan. Sukahatilah personal ke mengenai BAAV ke. Nanti author jawab, hokeyyy... 😘

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now