part 127

2.1K 224 11
                                    

Ash membetulkan duduknya. Tukul dipegang kemas. Dua paku digigit dimulutnya dan satu paku diketuk masuk ke dalam papan yang sudah dilekatkan pada dinding sebuah kapal yang kelihatannya sudah 40% siap. Air mukanya serius sekali. Dan fokus. Setiap kapal yang dibinanya memerlukan fokus dan teliti supaya ia mampu untuk berlayar dalam jangka masa yang lama. Ash sudah menceburi bidang bertukang ini sudah lama. Sejak dia baru berusia 6 tahun. Dan dia mewarisi ilmu bertukang ini dari ayahnya.

Theo mengintai dari jauh. Wadham ada mencadangkan untuk menggantikan orang lain untuk membaiki Jackdaw Ibis. Tetapi dia menegah. Dia tidak mahu orang lain yang membaiki Ibis. Dia hanya mahukan Ash. Hanya Ash yang boleh membaik pulih Ibis. Kerana Ibis itu istimewa. Sangat istimewa buat mereka.

"Kau menyoroklah kat situ sampai esok pun, aku tetap tak nak baiki kapal kau." Ujar Ash tanpa memandang lelaki itu. Dia tetap fokus pada kerjanya. Theo tersengih sebelum berjalan mendekati Ash. Lalu bersandar pada sebuah kapal yang sudah 50% siap di sisi kapal yang sedang dibina Ash.

"Aku dah buat keputusan.." ujar Theo.

"Keputusan apa?" Ash masih menukul.

"Aku nak kau jadi crew aku." Tangan Ash terhenti seketika sebelum dia menyambung kembali. Dahinya berkerut.

"Apa yang kau merepek ni?"

"Aku nak kau jadi crew aku.. bolehlah kau terus baiki Ibis setiap kali Ibis rosak." Theo tersengih menampakkan barisan giginya. Ash tersenyum sinis.

"Apa yang buat kau fikir aku akan ikut kau?" Theo menjungkit bahu.

"Supaya kitorang boleh bayar kau bila kitorang dapat urre gold nanti." Sekali lagi Ash berhenti. Dia berkerut dahi memandang Theo.

"Maksud kau?"

"We're on a voyage in searching of Urre Gold. The hidden treasure. Dan kalau kau baiki Ibis, kitorang akan berhutang dengan kau. Bila kita jumpa harta tersembunyi, kau boleh dapatkan bahagian kau. Lebih dari apa yang kitorang hutang kau." Kata-kata Theo membuatkan Ash ketawa kuat. Sehingga terkeluar sedikit air matanya.

"Urre gold? Hahah! Kau jangan nak buat lawaklah. Semua orang tahu urre gold tu tak wujud." Theo memandang Ash serius.

"Urre gold tu wujud.." ujarnya.

"Baik.. buktikan. Kalau kau boleh yakinkan aku.. aku akan tinggalkan semua ni. Dan ikut kau cari benda tu. Kalau tak.. kau boleh cari orang lain untuk betulkan kapal kau." Ash menyambung kerjanya. Theo tersenyum.

"Fine by me."

"Woi! Apa ni! Aku tengah kerja lah!!" Marah Ash sebaik sahaja Theo menarik lengannya untuk meninggalkan tempat itu. Theo langsung tidak menghiraukan gadis itu dan terus melangkah ke arah kabin.

..................................................................

"Mana kau dapat 8th pieces ni?" Soal Aigle. 8th pieces yang diletakkan Xavier di atas meja menjadi tatapan mereka berempat. Mata Aigle, Xara dan Ken beralih pula pada Xavier. Xavier tersengih.

"Inilah gunanya mata." Ujar lelaki itu membuatkan rakan-rakannya mencebik menyampah.

Pintu kabin itu dibuka tiba-tiba membuatkan mata-mata di situ beralih arah. Terpacul wajah Theo yang sedang menarik lengan Ash masuk ke dalam kabin itu.

"Ash!" Tegur Xara.

"Lepaskan tangan akulah!" Marah Ash lalu merentap tangannya dari terus dipegang Theo.

"Hei Theo! Apa kau buat pada perempuan cantik tu!?" Marah Ken sebelum lengannya dicubit oleh Aigle membuatkan lelaki itu mengaduh sakit.

"Kenapa cubit aku?"

"Saja.." ujar Aigle sebelum mengalihkan pandangannya.

"Kenapa kau bawa aku dalam kabin ni?" Soal Ash. Theo tersengih sebelum bercekak pinggang.

"Kau nak buktikan? Nilah buktinya.." Theo menunding jari ke arah rakan-rakannya.

"Apa? Mana?"

"Apa yang korang cakapkan ni?" Soal Xara.

"Ash nak bukti yang Urre gold tu wujud." Balas Theo membuatkan rakan-rakannya yang lain tersengih.

"Mari aku tunjukkan.. duduk sini Ash." Ujar Xara sambil menepuk kerusi kosong di sisinya. Dan Ash hanya menurut sambil berkerut dahinya. Biar betul diorang ni?

Xara mengeluarkan sehelai peta kulit berbentuk bulat lalu dibentangkan di atas meja.

"Peta dunia ke ni?" Soal Ash. Xara mengangguk perlahan.

"Peta ni.. menunjukkan semua tempat yang ada di dunia ni. Setiap pulau yang ada di setiap benua. Dan bersama peta ni, ada ni.." kompas emas pula dikeluarkan lalu diletakkan di atas peta. Penutup kaca kompas dibuka.

"Kompas ni akan membawa kita ke destinasi terakhir dalam peta ni. Di mana urre gold tersembunyi." Ash meneliti kompas lagenda berwarna emas berkenaan. Kompas itu berukir cantik. Tak pernah dia lihat kompas secantik itu sebelum ini.

"Tapi.. ini tetap tak boleh buktikan yang urre gold tu wujud. Korang jangan nak perbodohkan aku!" Marah gadis itu.

"Theo! Betul ke kau nak dia join crew kita ni?" Soal Aigle sambil memandang Theo yang masih lagi tersengih itu.

"Mestilah! Aku dah buat keputusan!" Xara, Xavier dan Ken ketawa perlahan. Dan Aigle hanya menggeleng perlahan.

"Ini.. kau tahu apa ni?" Soal Xara sambil menunjukkan 8th pieces yang dijumpai Xavier tadi kepada Ash. Ash berkerut seribu. Kelihatannya seperti batu. Tapi, batu itu unik warnanya. Merah keemasan. Dan memukau.

"Untuk pengetahuan kau.. ini adalah serpihan urre gold." Ash tersentak. Tak mungkin. Tak mungkin batu itu serpihan urre gold! Theo yang tergamam itu terus mendekati Xara.

"Ni 8th pieces ke!? Mana kau jumpa ni?" Xara tersenyum.

"Xavier yang jumpa." Theo mengalihkan pandangannya ke arah Xavier. Meminta penjelasan dari lelaki itu.

"Aku jumpa tu.. lepas Alura menghilangkan diri semalam."

"Ini.. serpihan urre gold?" Soal Ash lalu mengambil 8th pieces dari genggaman Xara.

"Tak.. tak mungkinlah."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now