part 62

2.2K 234 8
                                    

Theo pantas melompat dari bumbung ke bumbung diikuti oleh rakan-rakannya yang lain. Sebaik sahaja kaki memijak tanah, mereka memecut ke arah perlabuhan Liberie.

"Ibis!!!" Jerit Theo. Dan suaranya didengari oleh Kolonel kunyit yang baru sahaja memijak lantai deck kapalnya. Dia tersengih seraya memandang ke arah bandar. Kelihatan 5 orang lanun yang sedang dia buru sedang berlari dengan wajah yang ketat.

"Found you." Gumamnya perlahan.

"Mana kau nak bawak Ibis!?" Jerit Theo.

"Ke tempat asal dia lah. Tempat pembuangan sampah.." kolonel Kunyit ketawa perlahan. Theo mengetap gigi.

"Korang, kejar Ibis!" Arah Theo. Pantas Xavier dan Xara melompat ke arah kapal Eagle di belakang kapal milik Kolonel Kunyit. Kolonel kunyit hanya memandang tanpa reaksi. Para tenteranya mula mengepung Xavier dan Xara. Namun, hanya sekelip mata sahaja, semuanya tercampak ke dalam laut. Dua beradik itu pantas melabuhkan layar dan mengejar Jackdaw Ibis yang sudah jauh meninggalkan pulau Liberie. Kolonel Kunyit beralih ke arah Theo, Ken dan Aigle. Dibelakang mereka berdirinya semua penduduk kampung.

"Theo Atlas and Ken Avian.. you are under arrest. Jangan cuba melawan dan ikut kami ke Seavierra." Ujar Chief Commander Izac. Theo berdengus.

"What makes you think we'll follow you?" Soal Theo memandang mereka tajam. Kolonel kunyit tersenyum. Dia pantas turun dari deck kapalnya ke jeti kayu sebelum berjalan mendekati Theo.

"Apa perasaan kau kalau orang-orang yang tak bersalah ni terima akibat atas kedegilan kau?" Bisik lelaki itu perlahan ke telinga Theo. Dan bisikan itu langsung tidak dapat didengari oleh Ken, Aigle dan semua yang berada di belakang mereka. Kata-kata itu membuatkan Theo tersentak.

"Apa maksud kau?" Soalnya perlahan.

"Tengoklah semua penduduk Liberie yang lemah ni. Mereka bermati-matian pertahankan kumpulan kau. Bersubahat dengan para lanun adalah satu kesalahan di bawah undang-undang dunia. Kau takkan tergamak nak biarkan mereka ditangkap dan dihantar ke Lethal Isle.kan?" Kolonel Kunyit berundur setapak ke belakang sebelum tersengih sinis. Matanya menjeling Theo tajam. Mata Theo sudah terbutang luas. Kedua-dua belah buku limanya digenggam erat sehingga tersembul keluar urat-urat disebalik kulitnya.

"Tak guna.."

"Theo, kenapa?" Soal Aigle. Ken disisinya juga kelihatan pelik.

"Theo, apa yang lelaki tu dah cakap?" Soal Ken pula.

"Macammana, Atlas? Kau masih nak berdegil?" Soal Kolonel Kunyit. Theo melepaskan keluhan berat. Buku limanya dilepaskan. Kepalanya tertunduk ke bawah.

"Fine.. aku mengalah." Ujar lelaki itu membuatkan Ken, Aigle dan semua penduduk Liberie tersentak.

"Theo! Apa kau cakapkan ni?!" Soal Ken marah.

"We surrender, Ken! And that's an order!" Tegas Theo tanpa memandang ke arah rakan-rakannya.

"Theo.." gumam Aigle. Walaupun mereka ingin sekali memberontak, tetapi arahan dari kapten terpaksa mereka akur. Yang pasti, mereka yakin Theo ada sebab tertentu yang membuatkan mereka terpaksa mengaku kalah. Para tentera Eagle yang lain mula mendekati Theo, Ken dan Aigle lalu tangan mereka dirantai ke belakang.

"Macammana dengan Xavier dan Xara?" Soal Aigle. Theo hanya mendiamkan diri. Langsung tiada secalit senyuman pun pada wajah lelaki itu membuatkan gadis itu sendiri terdiam. Mereka dibawa ke kapal induk Eagle milik Kolonel Kunyit.

"Theo.. apa semua ni?" Soal Ken sebaik sahaja mereka dimasukkan ke dalam kurungan di dalam perut Kapal. Theo duduk bersila di atas lantai kayu.

"Maaf korang.. nampaknya kjta kena tangguhkan dulu pelayaran kita." Ujar lelaki itu. Wajahnya kelihatan tenang sahaja. Ken melepaskan keluhan berat sebelum duduk bersandar pada jeriji besi.

Kapal milik Eagle satu persatu mula meninggalkan perlabuhan Liberie. Penduduk liberie yang masih terkejut dengan keputusan Theo hanya terdiam tidak terkata. Sampai sekarang mereka masih lagi kecewa dengan tindakan Theo yang menyerah diri dengan mudah. Milea memapah Peter masuk ke dalam bandar bersama-sama penduduk yang lain. Coda hanya terdiam di sisi mereka.

"Kenapa Theo menyerah macam tu je?" Soal Milea.

"Dia pasti ada sebab dia sendiri." Balas Peter.

"Theo bukan seorang yang mudah menyerah. He's a worrior. I'm sure he has a good reason for doing this." Ujar Coda pula. Wajahnya kelihatan tegang hanya memandang ke hadapan. Ya, dia yakin.. Theo pasti ada alasan yang kukuh. Kalau tak, dia tak akan menyerah macam tu saja.

"Dia akan kembali.." ujar Falcon yang tiba-tiba sahaja berdiri di belakang mereka. Entah sejak bila lelaki tua itu ada kat situ pun mereka tak tahu. Coda, Milea dan Peter berhenti berjalan lalu menoleh ke belakang.

"Apa yang buatkan pak cik cakap macam tu?" Soal Milea.

"Sebab diorang masih perlukan benda ni." Falcon mengangkat satu bungkusan kain kecil berwarna hitam yang kelihatan berat ke udara.

"Apa tu?" Soal Coda.

"Kau akan tahu bila mereka kembali nanti."

..................................................................

Sorry guys for the late update. I was sooo busy lately. And tired too.. huhu... alang2 ni author nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam. 🤗🤗🤗 puasa tau jangan tak puasa 😎

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang