part 24

2.8K 251 2
                                    

2 hari kemudian..

Sehelai kertas berwarna kuning cair yang bergulung cantik dibentangkan di atas meja. Kolonel Vox tersengih menampakkan sebatang gigi emasnya. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar di sebalik kot merahnya. Dia memandang ke arah seorang lelaki tua berjubah labuh berwarna putih di hadapannya. Lelaki tua itu berjambang putih. Memandang tajam ke arah Kolonel Vox. Clarissa di sisinya hanya mendiamkan diri sambil berpeluk tubuh.

"Golongan bangsawan inginkan tanah di wilayah ini, ya? Balik ke Seavierra dan bagitahu mereka. Azuris Enclave adalah milik penduduk Azuris. Aku tak akan biarkan wilayah ini jatuh ke tangan kotor golongan bangsawan itu!" Lelaki tua itu menumbuk meja kuat.

Kolonel Vox tersengih.

"Kau jangan bertindak terburu-buru, Eishin. Golongan bangsawan itu besar pengaruhnya. Kau mesti tak nakkan, pulau ini menjadi padang jarak padang terkukur. Kau tahu mereka mampu." Lord Eishin mengetap gigi. Dia sudah 10 tahun menjadi The Keeper di Azuris Enclave. Bukan sekali Kolonel Eagle datang membawa surat pembelian tanah di Azuris Enclave. Bukan hanya sebahagian kecil yang mereka minta, tetapi keseluruhan pulau ini. Jadi, walau apapun yang berlaku, dia tetapi tidak akan menyerahkan pulau ini kepada golongan bangsawan itu.

"Aku dengar, pulau lain sudah setuju. Apa yang kalian buat pada mereka yang tak setuju?" Soal Lord Eishin.

"Mungkin kau ada mendengar berita di surat khabar. Bagaimana beberapa pulau di Azurea hilang hanya dalam satu malam sahaja. You don't want that to happen to Azuris am I right? Azuris adalah pusat perdagangan terbesar Azurea. Sayanglah kalau pulau ini hilang." Kolonel Vox mendepakan tangannya. Lord Eishin hanya mendiamkan diri.

"Fine.. I'll give you more time to think. But this is the last time. Sampai bila kau nak mereka tunggu lagi? Ingat, dalam masa 2 hari, kau harus setuju dengan surat ini!" Kolonel Vox berjalan meninggalkan bilik itu. Bunyi tapak kasutnya memecahkan kesunyian. Lord Eishin mengambil tempat di atas kerusi. Dia mengurut-urut kepalanya yang berdenyut.

"Tuan Eishin. Tuan tak apa-apa?" Soal Clarissa datang mendekati Lord Eishin dengan segelas air suam di tangannya. Gelas itu dicapai lelaki tua itu sebelum diteguknya rakus.

"Bagaimana dengan Azuris Hawk Tournament? Semuanya dah sedia?" Soal Lord Eishin. Clarissa mengangguk perlahan.

"Perlumbaan akan dimulakan 15 minit lagi. Semua peserta sudah berkumpul di Azucentre." Jelas Clarissa. Lord Eishin mengangguk perlahan.

"Baiklah." Dia bangkit dari duduk sebelum menuju ke arah pintu diekori oleh gadis itu dari belakang.

........................................................................

"Kau rasa kita boleh menang ke?" Soal Ken sambil membetulkan layar perahu mereka. Theo tersengih.

"Mestilah. Aku nak tahu hadiah apa yang diorang duk hebohkan tu. Aku harap ianya 3rd pieces." Ujar Theo teruja.

"Lawan kita semuanya nampak hebat." Ujar Xavier sambil memerhatikan lawan mereka yang turut sama berada di atas perahu masing-masing di dalam kolam air masin besar di tengah-tengah Azucentre. Terdapat pelbagai perahu layar yang telah diubah suai di situ. Ada yang mempunyai sayap. Ada yang ditarik oleh sesuatu yabg berada di dalam air. Dan bermacam-macam lagi. Kebanyakan dari mereka adalah para lanun. Mereka tahu dari jolly roger yang berkibaran di puncak layar mereka.

"Hei rookie! Hahahah! Masih belum putus asa kau ya." Ujar seorang lelaki muncul bersama perahu layarnya di sisi perahu layar mereka. Bersama 2 orang rakannya. Lelaki yang sama yang telah menegur mereka di restoran 2 hari lepas. Xavier dan Ken berdengus kuat.

"Hai. Kitorang akan kalahkan kau." Ujar Theo sambil tersengih.

"Cis. Berlagak. Aku ni Loro Tornado. Tiada siapa yang mampu kalahkan aku. Aku dah 5 kali menang pertandingan ini berturut-turut. Jangan haraplah rookie macam kau boleh kalahkan aku."

"Heh heh heh.. we'll see about that." Ujar Theo.

"Oooookayyyy! Bersama saya lagi, Oyster Arm sebagai pengacara anda hari ini!" Suara seorang lelaki bergema di udara diikuti dengan suara sorakan penonton dari segenap pelusuk ruang di Azucentre.

"Seperti biasa, saya akan membacakan syarat-syarat bagi pertandingan ini. Peserta haruslah tidak melebihi 3 orang satu kumpulan. Anda boleh menggunakan apa-apa serangan atau senjata dan sesiapa yang jatuh ke dalam air will be disqualified immediately! Baiklah itu sahaja. Sekarang, saya serahkan kepada Lord Eishin, The Keeper of Azuris Enclave. Silakan tuan."

Pandangan mereka beralih pada seorang lelaki tua berjubah putih berdiri di tingkat paling atas bangunan batu berbentuk silinder itu. Lord Eishin tersenyum.

"For all contestant. I wish you all good luck. Play fair. And give it your all. I will give the sacred prize to those who win!" Sekali lagi penonton bersorak kuat begitu juga para peserta.

"Jadi, tulah The Keeper?" Soal Xara yang sedang duduk bersendirian di tempat duduk penonton. Dia memandang ke arah sebuah skrin besar yang diperbuat dari sebuah kristal jernih yang dipanggil Marmar. Sebuah teknologi daripada Seavierra yang hanya diletakkan di bandar-bandar besar oleh pihak Eagle.

Dia beralih pula pada Theo, Xavier dan Ken yang berada di atas perahu layar mereka.

"Theo! Xav! Ken!! Pastikan korang menang!!!" Jeritnya kuat walaupun masih tenggelam di dalam suara sorakan penonton lain.

"Alright then. Let the race, begin!!!"

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now