part 37

2.7K 247 7
                                    

Mereka melabuhkan kapal kecil mereka di jeti Zambisea. Yang menantikan kehadiran mereka di situ adalah seluruh penduduk Zambisea yang sudah mendengar berita akan tertewasnya Kolonel Vox. Dan apalagi yang boleh mereka buat untuk wira-wira mereka selain ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Head Chief adalah orang pertama yang memaut lengan Theo. Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih. Dan Theo hanya ketawa perlahan.

"Theo! Xav! Ken! Zara! Aigle!" Panggil seorang lelaki bertongkat di kedua-dua tangannya. Badannya berbalut kemas. Wajahnya masih penuh dengan lebam. Dia tersengih memandang rakan-rakannya. Pantas 5 sekawan itu meluru ke arah Edd.

"Edd! Hahah! Teruknya kau kena belasah!" Ujar Theo. Edd hanya ketawa kuat.

"Aku kuatlah. Setakat kena belasah macam tu. Tak adalah sakit sangat pun. Hahah." Kemudiannya dia terdiam memandang Aigle yang sedang menahan tangisnya. Aigle memandang Edd dan lelaki itu tersengih ke arahnya.

"Aigle. You've done it!" Ujar lelaki itu membuatkan Aigle meraung kuat. Pantas tubuh Edd dipeluknya erat.

"Hei! Jangan kuat sangat. Sakitlah."

"Eleh. Tadi kata tak sakit." Ujar Ken. Mereka hanya ketawa bersama-sama.

............................

Xara memakaikan rantai berkalungkan batu putih itu ke leher Gloria. Sakit misteri yang di alami wanita tua itu membuatkannya lumpuh. Dan doktor sendiri pun tak boleh nak menyembuhkan penyakit itu. Sebaik rantai itu tergantung di lehernya, perlahan-lahan Gloria bangkit dari baringan. Serta-merta tenaganya pulih. Dan badannya sudah tidak lagi sakit. Edd tersenyum sebelum memeluk erat ibunya.

"Kalung tu, mak cik simpanlah." Ujar Xara.

"Tapi, kalian pasti perlukannya nanti." Ujar Gloria.

"Jangan risau mak cik. Kitorang kuat. Kitorang tak perlukannya." Ujar Ken.

"Cakap orang yang lumpuh sebab seorang perempuan." Ujar Xavier sambil mengetuk kepala Ken.

"Hei. Apa aku boleh buat. Pegawai Eagle tu cantik sangat. Hahahah" ken ketawa kuat sambil menggosok-gosok kepalanya.

"Kalian tinggallah dulu kat sini untuk malam ni. Kami nak sediakan makan malam untuk kalian. Sebagai tanda terima kasih kami." Ujar Head Chief.

"Baiklah pak cik." Ujar Xara. Theo dan Ken sudah melompat-lompat keriangan.

............................

Malam itu seakan-akan sebuah keramaian. Mereka menari-nari diiringi muzik. Arak dihidangkan bergelen-gelen. Makanan juga dimasak oleh chef-chef yang hebat-hebat di Zambisea. Sekelip mata sahaja Zambisea bertukar hidup semula. Tiada yang boleh meyekat kebebasan mereka lagi sekarang.

"Hei Theo. Kenapa korang jadi lanun?" Soal Aigle. Theo yang sedang mengunyah daging panggang itu terus menelan kunyahannya.

"Kitorang nak cari Urre Gold." Ujar Theo sebelum dia tiba-tiba menjerit kuat. Kesemua yang berada di situ terkejut dengan jeritan tiba-tiba dari Theo.

"Theo kenapa?" Soal Aigle.

"Kitorang lupa nak cari 3rd pieces!!!" Mendengar kata-kata Theo membuatkan Xara, Xavier dan Ken juga tersentak. Kemarahan terhadap Kolonel Vox telah membuatkan mereka lupa tentang 3rd pieces. Tanpa 3rd pieces mereka tak boleh meneruskan pelayaran mereka.

"Oh tidak." Ngomel Xara sambil mengurut-urut dahinya. Xavier dan Ken hanya tertawa mengenangkan kecuaian mereka.

"Apa tu, 3rd pieces?" Soal Edd.

"Ianya cebisan kecil Urre Gold. Dan kitorang perlukannya untuk ke destinasi seterusnya." Jelas Xara.

"Cebisan kecil.."

"Urre Gold?" Soal Edd dan Aigle.

"You mean, it really exist?" Soal Aigle lagi. Theo mengangguk laju sambil tersengih.

"Pak cik tahu apa-apa tak pasal 3rd pieces?" Soal Xavier pada Head Chief. Head Chief mengurut dagunya yang ditumbuhi janggut nipis.

"Cebisan kecil Urre Gold? Pak cik pernah dengar tentang tu." Kata-kata Head Chief bagaikan sinar harapan buat mereka.

"Pak cik tahu kat mana kami boleh mencarinya?" Soal Xara.

"Maaf. Pak cik tak tahu. Tapi.. ada seseorang di Azuris Enclave yang tahu tentang tu." Ujar Head Chief.

"Siapa?!" Keempat-empat sahabat itu bertanya serentak.

.....................................................................

Head of Eagle Headquaters
Seavierra

"Apa semua ni Kolonel?" Soal lelaki berkumis tebal itu. Sehelai kot merah tebal dan labuh di sangkut ke bahunya. Terdapat sebuah lencana melekat pada kot labuhnya itu. Lencana yang hanya dia sahaja memakainya di Azurea. Sebagai tanda pangkatnya. Pangkat tertinggi dalam pasukan ketenteraan Eagle.

Sehelai surat khabar dihempaskan ke meja segi empat tepat yang sangat panjang itu. Tempatnya di hujung meja tersebut. Dan di kedua-dua belah sisinya terdapat 6 orang yang memakai kot merah yang sama. Cuma tulisan dibelakangnya sahaja yang berlainan. 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Masing-masing dengan wajah yang tegang.

Kolonel Aeros mengambil surat khabar tersebut. Berita pada muka depan surat khabar itu ditatapnya. Ianya berita tentang kejatuhan Kolonel Vox dan kebenaran mengenainya. Juga terdapat berita mengenai bagaimana golongan bangsawan mempergunakan kuasa Eagle untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.

"Macammana semua ni boleh berlaku?" Soal lelaki berpangkat Lieutenant Commander itu.

"This is all because of that rookie pirate." Ujar seorang kolonel wanita. Rambutnya pendek paras leher. Wajahnya cantik walaupun sedikit bengis. Di mulutnya terdapat seputung rokok yang menyala. Berkepul-kepul asap keluar dari hujung rokok itu. Kolonel Coral Gia namanya.

"Yup. It's that brat we've been hunting for the past 21 years. Dia tak sepatutnya menonjolkan diri macam ni. Kalau benua lain tahu tentangnya, pasti seluruh dunia akan datang ke sini untuk mencarinya." Ujar Kolonel Kunyit. Lelaki yang memakai suit berwarna putih keseluruhannya. Rambutnya panjang diikat ekor kuda.

"It's enough being a thief. Now he's a pirate. And have a 100k bounty." Ujar Kolonel Gusai Levil. Lelaki bertongkat dagu dengan lolipop di mulutnya.

Kolonel April, wanita yang agak berusia dan Kolonel Zafrine lelaki becermin mata hitam di sisi Kolonel Aeros hanya mendiamkan diri. Begitu juga kolonel Aeros. Matanya masih menatap surat khabar tersebut. Kini pada satu wanted poster yang disertakan di bawah artikel tersebut.

"Theo Atlas." Gumamnya perlahan.

"I want them inside the Lethal Isle as soon as possible. And that Atlas kid, get him! Dead or alive, I don't care! Dr. Mind need him to continue his research." Lieutenant Commander Blayze Kaizar memberikan arahan.

"Go and pick up colonel Vox and the rest of his team. He's too going to Lethal Isle." Lieutenant Blayze bangkit dari duduknya lalu meninggalkan ruangan itu.

"I don't believe it! Macammana budak hingusan tu mampu tewaskan Vox." Ujar Kolonel Coral.

"Vox dah tua. Dah lembik." Ujar Kolonel Gusai sambil ketawa kuat. Habis merecik air liurnya di atas meja. Kolonel Coral hanya menjeling.

"No. He's no ordinary boy. I have a feeling that the pirate era will be interesting once again." Ujar Kolonel Aeros perlahan sambil matanya masih menatap wajah Theo pada surat khabar di atas meja. Senyuman terukir di wajahnya.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now