part 137

1.9K 195 5
                                    

Venom Archipelago

"Berdasarkan dari pemberi maklumat kita di Biggoy, sudah terdapat 10 orang yang memiliki bounty 100k dan ke atas." Ujar lelaki berkaca mata bulat memakai vest berwarna kuning cair dengan sehelai kemeja putih di bahagian dalamnya. Terdapat lambang naga kecil pada bahagian kiri vestnya. Dia menampal 7 wanted poster pada papan putih di sisinya. Yang diletakkan di hadapan meja mesyuarat yang sedang diduduki oleh orang-orang atasan tentera Salamander.

"Shadow pirate. Kapten Hornsby Heinrik. 300k coins." Dia memulakan dengan wanted poster seorang lelaki berambut panjang yang di cat merah hitam. Bergigi taring dengan kedua-dua belah matanya disorok di sebalik sepasang kaca mata hitam berbentuk bulat.

"Juga dari Shadow pirate. Lelaki misteri yang hanya digelar sebagai Babson. 100k coins." Babson. Lelaki tinggi lampai bertopeng di muka. Hanya menampakkan mata sebelah kanannya sahaja. Berambut panjang paras pinggang.

"Ray Crook, kapten kepada lanun bergelar the Albino. 123k coins." Seorang lelaki gemuk berpakaian serba putih. Rambutnya hitam dan kerinting. Terdapat parut di pipinya.

"Viktor. Albino's battle commander. 115k coins." Komander perang lanun Albino. Lelaki berambut seperti balun ayam berwarna hijau. Mendapat bounty pertamanya seawal umur 13 tahun.

"Grim. Kapten kepada voodoo pirates. 144k coins." Lelaki berpakaian aneh ini baru sahaja dinaikkan bountynya sebulan yang lalu. Bermuka panjang dengan tattoo aneh memenuhi wajahnya.

"Golden Hanna. Kapten kepada Golden army pirates. 100k coins." Seorang wanita berambut panjang berwarna jingga. Diberi gelaran Golden Hanna kerana obsesnya terhadap emas. Wanita ini rela membunuh demi emas dan duit.

"Ralphina Elois. Kapten white fury pirates. 143k coins." Gadis berambut pendek berwarna putih, menjadi lanun ketika berusia 17 tahun. Mengetuai lanun white fury ketika berumur 20 tahun. Sangat hebat dalam bertarung.

"Juga terdapat 2 rookies yang namanya mula mencanak naik sejak beberapa minggu yang lepas." Lelaki berkaca mata itu menampal 2 wanted poster baru. Satu dengan wajah seorang lelaki yang mempunyai tanda berpusar pada mata kirinya yang berlainan warnanya dengan mata kanan. Kanan bermata hazel, manakala kirinya berwarna merah saga. Dan satu lagi lelaki berambut hitam yang menggunakan 2 bilah pedang sebagai senjata.

"Theo Atlas, 150k coins. Dan Xavier Xiaffiar, 100k coins. Dari the beast pirates."

"Siapa yang terakhir?" Soal Kolonel Rave sambil bersilang tangan. Lelaki berkaca mata yang berpangkat sarjan itu membetulkan kaca matanya. Anak matanya kelihatan sedikit gementar. Dia mengeluarkan sehelai wanted poster lalu dilekatkan bersebelahan wanted poster milik Theo. Wajah seorang lelaki berambut panjang paras bahu dengan topi berwarna merah gelap tersarung di kepalanya. Di dalam wanted poster tersebut kelihatan lelaki itu tersengih. Kolonel Rave, kolonel Miaa, Kolonel Slayer, kolonel Hawk, komander Dean, dan beberapa orang yang lain berdiri saat terpandang wanted poster berkenaan. Manakala Kolonel Zamrud dan Kolonel Byron masih kelihatan tenang.

"Ini yang menjadi kegusaran kami, Lieutenant. He's one of the Ruthless! Wick Hayes! Dengan bountynya yang masih kekal. 462k coins." Sergeant Coakley memandang tepat ke arah lelaki berbadan tegap dan berotot yang sedang duduk di hujung meja mesyuarat sambil bersilang kakinya.

"Apa yang salah seorang dari the ruthless buat dekat Kepulauan Biggoy?" Soal Kolonel Slayer.

"Dia ke yang mengetuai alliance tu?" Soal Kolonel Hawk. Sergeant Coakley menggeleng perlahan.

"Alliance tu diketuai oleh Heinrik. Tak mungkin Hayes ingin ikut campur dalam persepakatan tu. Lagipun dia sudah lama berhenti menjadi lanun dan menghilangkan diri. Baru sekarang dia menonjokkan dirinya."

"Macammana Angus? Kau masih dengan keputusan kau?" Soal Kolonel Byron sambil mengunyah jajan.

"Hayes bukan lawan yang mudah." Sambungnya lagi.

Lieutenant commander Angus Chaos merapatkan jari-jemarinya ke bibir dengan siku direhatkan di atas sisi kerusi. Matanya merenung tajam ke arah wanted poster milik Wick Hayes.

"Stick to the plan. We'll attack at dawn. Hayes tak akan mengganggu rancangan ni." Ujarnya sebelum bangkit dari kerusi. Dan terus meninggalkan bilik itu.

Kolonel Zamrud tersenyum sebelum menghirup secawan teh panas.

..............................................................

"Keith!!!!" Jerit Theo ke arah seorang lelaki berambut kuning yang sedang makan di sebuah gerai tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Keith terus berpaling saat namanya dipanggil oleh satu suara yang tidak asing baginya. Dahinya berkerut seribu.

Atlas? Apa yang lelaki itu buat kat sini? Takkanlah dia turut sama dalam alliance ni? Theo, Ash dan xara melangkah mendekati Keith.

"Apa kau buat kat sini Atlas?" Soal lelaki itu. Theo tersengih.

"Apa lagi? Kitorang datang nak jemput kau lah!" Keith tersentak.

"Ehh?!"

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now