part 136

2.1K 195 16
                                    

"Hehh.. nampaknya mangsa kita kali ni, adalah rookies.." ujar seorang lelaki berbadan besar dengan sebilah pedang di tangannya. Anak-anak buahnya yang seramai 10 orang itu sedang mengepung 3 orang lanun di tanah lapang itu. 3 lanun itu kelihatan tenang sahaja.

"The masked swordsman, Xavier Xiaffiar.. 100k coins. Iron fist, Ken Sres Avian.. 90k coins.. and the sharpshooter, Aigle Derane.. 70k coins.. that's a total of 260k coins. Lumayan!" Lelaki itu tersengih. Xavier mengeluarkan salah satu dari pedangnya.

"Bounty hunters eh?" Soalnya.

"Diorang mesti kenal Keith." Ujar Aigle.

"Kalau macam tu.. baik kita tanya.." ken mengepalkan penumbuknya dengan senyuman yang menyeramkan membuatkan lelaki-lelaki yang sedang mengepung mereka itu menelan air liur.

1 minit sahaja, 11 lelaki itu sudah rebah ke tanah dengan pelbagai kecederaan. Lelaki berbadan besar merangkap ketua mereka tersengih dengan muka yang bengkak.

"Tuan nak cari Keith Demien ya?" Soalnya dengan sangat sopan.

"Kau tahu mana kitorang boleh cari dia?" Soal Ken.

"Maaf tuan.. kalau nak cari dia susah sedikit. Si Demien tu tak pernah stay dekat sesuatu tempat yang sama untuk masa yang lama. Disebabkan Biggoy ni sebuah pulau yang besar jadi, kami sendiri pun tak pasti di mana dia sekarang." Ujar lelaki itu sambil merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya.

"Lagipun, si Demien tu lebih suka bekerja sendiri. Dan perahsia orangnya. Dah banyak kali saya ajak dia sertai kumpulan kami, tapi langsung dia buat tak endah saja."

"Mana kali terakhir kau nampak dia?" Soal Xavier.

"Dekat rumah tumpangan Angel Breath. Di selatan kepulauan Biggoy."

................................................................

Ken, Xavier dan Aigle melangkah masuk ke bangunan berwarna merah jambu itu. Papan tanda besar bertulisan Angel Breath tergantung kemas di atas pintu masuk. Bangunan itu terletak di hujung bandar. Dan kelihatannya, sedikit lengang tanpa lanun.

Sebaik melangkah ke dalam, suasananya yang tenang membuatkan mereka lupa yang mereka sedang berada di sebuah pulau yang dipenuhi lanun. Seorang gadis bergaun pink kembang paras lutut menyapa mereka di sebalik kaunter.

"Hai.. saya Alsy. Pemilik Angel Breath. Kalian perlukan bilik? Untuk 3 orang? Satu atau dua bilik?" Soal gadis itu.

"Oh hai.. si cantik. Boleh tak saya nak kongsi bilik dengan awak?" Soal Ken sambil menongkat dagu di meja kaunter. Aigle di belakang menggenggam penumbuknya lalu kepala lelaki itu ditumbuk kuat. Ken rebah ke lantai. Alsy hanya ketawa perlahan melihat mereka. Aigle merapati meja kaunter.

"Kami sedang mencari seseorang. Dan harap awak boleh bantu." Ujarnya dengan senyuman.

"Hmm.. siapa ya?" Soal alsy.

"Seorang bounty hunter yang pernah menginap di sini. Keith Demien." Alsy kelihatan seperti sedang berfikir.

"Keith Demien? Maksud awak, lelaki berambut kuning tu ke?" Soal Alsy membuatkan 3 sahabat itu tersengih penuh pengharapan.

"Tapi, dia dah pergi... baru pagi tadi." Dan kata-kata Alsy itu membuatkan harapan mereka hancur.

"Awak tahu dia pergi mana?" Soal Aigle.

"Maaflah.. dia boleh ada kat mana-mana saja sekarang ni. Disebabkan ramai lanun yang berkumpul kat sini, bounty hunter mula mengambil kesempatan untuk mengumpul bounty mereka. Saya rasa, sebab itu jugalah lelaki berambut kuning tu ke sini." Jelas Alsy.

"Kau tahu kenapa ramai lanun berkumpul kat sini?" Soal Xavier.

"Sebab perjumpaan antara lanun yang telah membentuk alliance dengan shadow Heinrik akan diadakan kat sini seminggu dari sekarang. Ramai lanun-lanun yang bountynya melebihi 100k coins berkumpul kat sini."

"Shadow Heinrik? Siapa tu?" Soal ken.

"Seorang lanun. Saya dengar bountynya sudah mencecah 300k coins." Sekali lagi 3 sahabat itu tergamam.

.........................

"3-300k coins?!" Nola mengangguk.

"Pak cik bertopi merah gelap tadi.. kalian tahu berapa bountynya?" Soal Nola kepada Xara, Ash dan Theo yang masih sedang menjamu selera itu. Xara dan Ash menggeleng.

"462k coins." Sekali lagi 3 sahabat itu tergamam. Peha ayam yang sedang digigit Theo terjatuh semula ke dalam pinggan.

"Pak-pak cik tadi? 462k coins!? Siapa dia tu?" Soal Theo.

"Hanya seorang lanun lagenda. Yang sekarang sudah pencen dari menjadi lanun." Nola tersenyum lagi.

"Lanun lagenda? Tapi siapa? Jangan cakap yang tadi tu kapten Blackstone?" Soal Xara membuatkan Nola ketawa perlahan.

"I see.. anak-anak muda sekarang hanya mengenal seorang lanun lagenda. Kalian kena ingat. Bukan kapten Blackstone seorang sahaja yang menjadi lagenda dan pernah menempah nama dalam era terdahulu."

"Jadi, kalau bukan kapten Blackstone.. siapa dia?" Soal Ash.

"Jangan risau.. kalian akan tahu nanti."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now