part 116

2.2K 239 1
                                    

Gayst Island

Mereka berjalan-jalan di sekitar pekan yang sibuk itu. Terdapat gerai-gerai menjual pelbagai jenis makanan, minuman, pakaian, barang kemas, barang-barang mentah dan sebagainya. Pokoknya, mereka boleh dapatkan apa-apa saja di sini.

"Wah... besarnya pekan ni." Ujar Xara teruja. Theo, Ken dan Aigle sudah jauh di hadapan. Masing-masing sedang menghidu makanan yang dijual di gerai-gerai. Sampai pak cik yang menjual makanan di gerai itu memandang mereka aneh.

"Baik kau bagi diorang makan sebelum pak cik tu halau kita dari pulau ni pulak." Ujar Xavier. Xara menggeleng perlahan sebelum langkahnya laju ke arah 3 sahabat mereka itu.

Satu perasaan aneh mula muncul membuatkan Xavier berhenti melangkah. Dia memandang ke arah sebuah lorong kecil di antara dua bangunan batu di sisi kirinya. Seperti seseorang sedang memerhatikan mereka sebentar tadi. Cuma yang anehnya, tiada sesiapa pun di situ. Xavier menggeleng perlahan. Mungkin hanya perasaannya saja. Dia terus melangkah meninggalkan tempat itu.

Sebaik kelibat Xavier sudah tidak kelihatan, muncul seorang lelaki dari sebalik dinding. Dia tersengih sambil menggigit sebiji epal merah. Tangan kanannya memegang wanted poster yang sangat banyak. Helaian demi helaian diselak sehinggalah dia berhenti. 5 helai wanted poster dikeluarkan.

"Beast pirates eh? Interesting." Dia menggigit lagi epal di tangannya sebelum berlalu dari situ.

.................................................................

Dengan mulut yang penuh dengan makanan, Theo melilau-lilau di sekitar pekan. Nampaknya dia sudah terpisah dengan rakan-rakannya. Itulah, suka lagi merayau-rayau seorang diri.

"Mana diorang ni? Diorang dah sesat ke?" Gumamnya perlahan.

"Dia ada kat situ.." ujar satu suara garau milik seorang wanita tua menarik perhatian Theo. Wanita tua itu sedang duduk di bawah sebuah khemah berwarna merah. Terdapat dua batang buluh kuning dipacakkan ke tanah bagi menahan khemah tersebut. Wanita tua itu merenung ke arah Theo. Merenung tanpa berkelip walau sekali.

"Apa nek? Nenek tahu kat mana kawan-kawan saya?" Soal Theo sebelum mendekati wanita tua itu.

"Diorang kat mana?" Soalnya lagi.

"Dia ada kat dalam tu." Ujar wanita tua itu lagi.

"Kat dalam mana ni nek?"

"Dalam badan kau.. aku boleh nampak.. kau tidak menghuni badan itu seorang diri." Kata-kata nenek itu membuat Theo terpinga-pinga. Apa yang nenek ni cakapkan?

"Apa nenek cakap ni? Maaflah nek. Saya tengah cari kawan-kawan saya. Saya pergi dulu." Namun belum sempat dia beredar, lengannya terlebih dahulu ditarik oleh si nenek tua berpakaian mewah dengan kelubung merah menutup sebahagian rambutnya yang sudah beruban putih. Theo terduduk di atas sebuah bantal berwarna ungu betul-betul di hadapan nenek itu.

"Kenapa ni nek?" Soal Theo lagi. Si nenek tua menarik pergelangan tangannya lalu diletakkan di atas meja yang berada di antara mereka. Pergelangan tangan Theo dipegangnya kemas.

"Mata kau.. kepunyaan seekor raksasa.. bernama Canavar." Dan kata-kata nenek itu membuatkan Theo tersentak.

"Apa yang nenek cakapkan ni?"

"Raksasa di dalam badan kau sudah semakin kuat. Dia akan terus menjadi kuat. Sehingga badan kau menjadi milik dia dan kau pula akan berada di tempat dia sekarang. Di dalam sebuah sangkar. Yang gelap."

"Jangan dengar cakap dia Atlas! aku rasa orang tua ni dah gila."

"Dia sedang bercakap dengan kau, bukan? Supaya tidak mempercayai aku?" Dan sekali lagi soalan nenek itu membuatkan Theo tersentak.

"Ne-nenek boleh dengar?"

"Dengar cakap aku, anak muda. Semakin kau biarkan dia berkuasa. Semakin dia akan cuba menguasai badan kau. Sehingga sampai satu tahap, kewujudan kau akan terhapus."

"Diamlah orang tua!!"

"Satu-satunya cara untuk kau menanganinya adalah.."

"Aku cakap diam!!!"

"Kau perlu menjadi lebih kuat dari dia.... Theo Atlas.." Theo terpaku. Canavar juga terdiam. Macammana nenek tua itu boleh tahu banyak tentang dia dan Canavar?

"S-siapa nenek ni sebenarnya?" Soal Theo. Nenek itu tersenyum.

"Nama aku Lieumeia.. seorang penilik.. aku boleh nampak apa yang orang lain tak nampak. Dan aku boleh dengar apa yang orang lain tak boleh dengar." Ujar si nenek tua.

"Dengar kata-kataku Atlas.. jangan biarkan dia menjadi semakin kuat. Kau tak akan mampu mengawalnya lagi.." Theo bangkit perlahan-lahan. Mulutnya masih sedikit ternganga. Betulkah apa yang wanita tua itu cakapkan?

"Percayakan aku Atlas. Ada satu rahsia yang bakal kau bongkarkan nanti. Persiapkan diri kau." Sambung Lieumeia lagi. Dan Theo perlahan-lahan beredar dari situ. Dia tidak mahu mendengarnya lagi. Tentang apa yang bakal berlaku jika Canavar menjadi lebih kuat darinya. Dia tidak mahu tahu dengan lebih mendalam lagi. Cukuplah setakat itu sahaja.

"Kau percayakan orang tua tu, Atlas?"

"Kalau betul apa yang dia cakapkan, aku tak akan biarkan kau jadi lebih kuat, Canavar. Aku sendiri yang akan halang kau." Canavar berdengus kuat.

"Sial.."

.................................................................

Before I forgot. This island is an idea from a dear reader of mine. mi_fizkembar I'll try my best okehh 😉😉😉

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now