part 86

2.5K 224 8
                                    

Crystal Cove adalah sebuah negara bawah air yang didiami oleh pelbagai jenis makhluk air terutamanya ikan duyung. Ia terletak 500 meter dari Nohl Cay. Dan pulau itu agak tersembunyi dari pandangan manusia kerana ia terletak di dasar laut. Ramai yang menyangka, Nohl Cay adalah pulau duyung. Tetapi kenyataannya, Nohl Cay adalah tempat tinggal makhluk bergelar Siren.

Bangunan-bangunan di sekitarnya diperbuat daripada batu-batu karang yang keras dan berwarna-warni. Jauh di bahagian selatan pulau terbinanya sebuah istana batu karang yang sangat besar dan berkilauan. Rumpai-rumpai laut pelbagai jenis kelihatan menari-nari di sisi-sisi istana tersebut. Raja laut, Raja Ohz mempunyai 2 orang anak. Seorang putera dan seorang puteri. Permaisurinya sudah hilang. Kata khabar angin, permaisuri bukan berasal dari Crystal Cove. Raja Ohz jatuh cinta pada seorang manusia dan telah berkahwin dengannya. Beberapa bulan selepas kelahiran puteri bongsu, berlaku satu kejadian yang menyebabkan Crystal Cove membenci manusia. Dan si permaisuri dihalau dari Crystal Cove dan sampailah sekarang, tiada siapa yang tahu keberadaan si permaisuri.

Itulah yang diceritakan oleh Pearl kepada 5 sahabat itu setelah ditanya oleh Xavier kenapa penduduk di Crystal Cove tidak sukakan kehadiran manusia.

"Tak apa ke kalau kitorang datang sini?" Soal Aigle. Bimbang jika kehadiran mereka bakal membawa kebencian pada penduduk di situ.

"Jangan risau. Selagi kalian dekat dengan aku, tak akan ada sesiapa yang berani menghalau kalian dari sini." Ujar si gadis duyung.

"Kenapa? Diorang semua takutkan kau?" Soal Ken.

"Tak lah. Aku ada sebab tersendiri. Dan tak perlulah kalian tahu." Mereka berenang di sekitar Crystal Cove.

"Berapa lama kalian akan tinggal di sini?" Soal Pearl.

"Sampai kitorang jumpa 6th pieceslah." Ujar Theo membuatkan Pearl berhenti lalu berpaling ke belakang.

"6th pieces? Apa tu?" Soalnya dengan dahi yang berkerut seribu. Namun, belum sempat mereka menjawab, sekumpulan kuda laut berwajah manusia berpakaian perisai lengkap berkumpul mengelilingi mereka. Masing-masing memegang tombak 3 mata. Pearl berdengus kasar apabila seekor duyung berpakaian merah berbutang kuning dengan pedang panjang tersisip di pinggangnya berenang mendekati gadis berambut biru itu.

"Tuan puteri. Puas patik cuba cari tuan puteri di merata tempat. Apa yang tuan puteri buat dengan manusia-manusia ni?" Soal si lelaki duyung.

"Tuan puteri?!" Jerit Theo terkejut.

"Kau puteri duyung!!?" Jerit ken pula.

"Puteri!?!?!?" Begitu juga Xara dan Aigle. Cuma Xavier sahaja yang berlagak tenang.

"Ah kau ni Flynn. Aku keluar sekejap kau cari, aku keluar sekejap kau cari. Bosanlah aku! Tak boleh ke kau biar saja aku nak pergi mana-mana?" Pearl menyilangkan tangannya.

"Tapi tuan puteri. Kan tuanku dah arahkan tuan puteri untuk tinggal di istana saja. Dia tak nak tuan puteri terima nasib yang sama macam duyung-duyung lain tu."

"Ada lagi ke yang hilang?" Soal Pearl. Mukanya agak tegang setelah mendengar kata-kata si lelaki duyung itu. Lelaki itu hanya mengangguk perlahan.

"Apa yang hilang?" Soal Xara.

"Duyung-duyung kat pulau ni. Semakin hari, semakin ramai yang hilang." Jelas Pearl.

"Siapa mereka ni tuan puteri? Kenapa tuan puteri bawa mereka ke sini?" Soal lelaki duyung.

"Mereka tetamu aku, Flynn. Jangan kau cuba nak halau mereka!" Tegas Pearl.

"Apapun. Tuan puteri mesti balik ke istana sekarang."

..............................................................

Dari kejauhan kelihatan beberapa ekor duyung sedang berbual-bual di satu sudut di dalam sebuah gua batu karang. Dalaman gua itu kelihatan sangat besar dan luas. Hiasannya juga persis sebuah istana. Terdapat meja, kerusi, bilik-bilik, dapur dan macam-macam lagi. Sepertinya mereka memang tinggal di situ.

Tetapi, terdapat sesuatu yang aneh tentang duyung-duyung tersebut. Mata-mata mereka berwarna kuning kesemuanya. Tiada anak mata mahupun mata putih. Keseluruhannya berwarna kuning. Walaupun mereka kelihatan gembira, tapi tiada siapa yang tahu apa yang hati mereka rasakan sebenarnya.

Tiba-tiba satu lembaga yang agak besar berjalan masuk ke dalam gua tersebut bersama seekor lagi duyung berambut kuning keemasan. Duyung tersebut juga sama seperti duyung lain. Tersenyum manis dan bermata kuning.

"Tuan sudah pulang?" Soal salah seekor dari duyung tersebut. Lembaga tersebut tersenyum.

"Ini, aku bawakan seekor lagi untuk peneman kalian. Aku nak keluar cari makanan." Ujar si lembaga tersebut. Duyung-duyung lain menyambut duyung berambut kuning itu dengan mesra. Sebaik si lembaga pergi meninggalkan tempat itu untuk mencari makanan, salah seekor duyung tersebut menangis kuat.

"Aku nak keluar dari sini!" Raung gadis itu sambil cuba untuk berenang keluar dari gua sebelum dihentikan duyung-duyung lain.

"Dia dah sedar.."
"Nanti tuan tukarkan dia semula."
"Kurung dia dalam sangkar."
"Tunggu sampai tuan pulang."

Dan si duyung itu meronta-ronta ingin melepaskan diri. Tetapi, apakan daya kudratnya jika dibandingkan dengan kudrat mereka yang lebih bilangannya. Dia dikurung di dalam sangkar batu yang sangat keras. Dan dia hanya mampu menangis semahunya.

"Tolong keluarkan aku dari sini!"

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now