part 100

2.2K 282 13
                                    

5 sahabat itu jatuh ke dalam sebuah lubang yang sangat dalam. Disekeliling dinding lubang itu terdapat air yang mengalir deras terus ke bawah. Aigle, Ken dan Xara menjerit kuat. Xavier kelihatan bersahaja saja manakala Theo ketawa kuat sambil bersorak.

Lama juga mereka jatuh sebelum masing-masing terhempas ke permukaan air yang hijau dan jernih. Mereka mula berenang laju ke permukaan mencari udara. Xara pantas mengetuk kuat kepala Theo membuatkan lelaki itu menjerit terkejut.

"Kenapa kau pukul aku!?" Marah si kapten.

"Lain kali, bincang dulu sebelum buat keputusan! Keputusan kau ni boleh bahayakan nyawa orang lain tau! Kitorang bukan macam kau. Kalau patah tak boleh sambung balik!" Bebel Xara. Theo hanya ketawa perlahan.

"Hahah tapi tak ada yang patah kan?" Kata-kata lelaki itu membuatkan Xara mencebik.

"Kita kat mana ni?" Soal Aigle sambil memandang sekeliling. Begitu juga rakan-rakannya yang lain. Di sekeliling mereka adalah dinding. Dinding batu yang dipenuhi air. Tempat itu bising dengan bunyi air yang menimpa permukaan kolam.

"Mana budak tadi?" Soal Ken pula.

Theo menyelam ke bawah air. Dan matanya tertangkap satu cahaya datang dari dasar kolam itu.

"Ada cahaya!" Jerit Theo sebelum menutup kembali mulutnya. Dia di dalam air. Dan dia boleh bercakap? Tanpa memerlukan udara dan tanpa menggunakan Oncruid Weed. Dia membuka semula mulutnya. Dan ya, dia memang boleh bernafas di dalam air. Pantas dia naik ke permukaan.

"Aku tak percaya!" Ujar lelaki itu tiba-tiba mengejutkan rakan-rakannya yang sedang meraba-raba dinding batu. Mungkin mencari-cari jika terdapat lubang atau mana-mana pintu rahsia yang sememangnya tak pernah wujud.

"Kau dah kenapa, Theo?" Soal Ken.

"Aku boleh bernafas dalam air! Aku dah jadi ikan balik!" Theo memerhatikan kedua-dua belah tangannya dengan teruja. Namun dia kembali muram sebaik perasan yang badannya langsung tiada perubahan.

"Apa yang kau mengarut ni?" Soal Xavier.

"Tak! Aku tak mengarut! Tengok ni!" Theo pantas menyelam lalu berenang-renang di dalam laut sambil ketawa kuat. Xavier, Xara, Aigle dan Ken pantas menyelam. Agak terkejut juga mereka sebaik sahaja menyedari yang mereka juga boleh bernafas di dalam air.

"Ini tak masuk akal!" Jerit Xara.

"Masuk akal ke tak, we are breathing right now!" Ujar Ken.

"Jomlah. Kita pergi sana! Aku nampak cahaya." Ujar Theo lalu berenang ke dasar kolam yang dipenuhi cahaya-cahaya yang berkerlipan. Rakan-rakannya yang lain hanya menurut. 5 sahabat itu akhirnya berenang ke bawah dengan penuh tanda tanya. Sampai sahaja lebih kurang beberapa meter dari cahaya itu, mereka sekali lagi tersentak. Di hadapan mereka terdapat sebuah buih. Dan buih itu sangat besar. Besarnya mampu memuatkan sebuah pulau di dalamnya. Dan ya, di dalam buih itu sememangnya terdapat sebuah pulau. Pulau yang terletak di dasar kolam. Pulau yang dipenuhi rumah-rumah bercahaya seperti sebuah bandar besar.

"Ada bandar kat bawah ni?" Soal Aigle.

"Jom.." ajak Theo. Mereka hanya menurut tanpa bantahan. Kerana masing-masing sudah tidak sabar untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Mereka memasuki buih itu. Di dalamnya kering. Dan penuh dengan udara.

Mereka melompat ke darat. Sebuah permukaan yang hanya dipenuhi batu berwarna hitam berkilat. Yang anehnya, tempat itu dipenuhi pokok-pokok. Sama seperti di darat. Dan rumah-rumah di situ diperbuat dari batu. Batu-batu yang dipenuhi lumut. Jadi, ia kelihatan seperti sebuah kampung yang dipenuhi rumah-rumah bulat berwarna hijau.

"Wow.." ujar Xara.

"Menakjubkan." Aigle sudah tersengih.

"Ini ke pulau Alexander yang sebenar?" Soal Xavier.

"Cantik." Ken juga tersenyum.

"Baiklah! Jom cari cebisan ke tujuh!!" Theo mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara sambil tersengih sampai ke telinga. Inilah yang dinamakan pengembaraan yang mengujakan!

....................................................................

Ola gais.. happy 100th Chapter!! Hahahah.. xsangka dah sampai chap yang ke 100. Nicelah! Thanks sebab xpernah jemu utk turut serta dlm Beast's adventure. Korang dah jadi sebahagian dalam cite ni tau. Tanpa korang, xadenye author nak karang cite ni panjang2 macam ni. Ni first time author buat cite smpai 100 episod. Kalaulah boleh dibuat movie, kan best.. hahah berangan. Okelah. Kite jumpa dlm chap akan dtg. Babai!! 😘😘

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now