part 144

1.8K 218 16
                                    

Beberapa minit sebelumnya..

Komander Zindo terus menerus menyerang Xavier dengan kapak besarnya. Pergerakannya cukup laju untuk orang yang berbadan gemuk. Setiap satu serangannya berjaya ditangkis oleh Xavier.

Kini kedua-duanya berdiri menghadap antara satu sama lain. Dengan pelbagai kecederaan pada tubuh mereka yang kelihatan termengah-mengah.

"Aku tak ada masa untuk terus bermain dengan kau." Ujar Xavier sebelum menyimpan kedua-dua bilah pedangnya. Kedudukannya direndahkan sedikit. Tangan kiri memegang ulu pedang yang tersarung di pinggang sebelah kanan manakala tangan kanannya memegang sarung pedang tersebut. Pedang yang dipegang adalah pedang pemberian mendiang ayahnya.

"One sword death.." bisiknya. Sedar akan lawannya yang sedang bersedia untuk menyerang, Zindo cepat-cepat meluru ke arah Xavier bersama kapak besarnya. Dengan satu libasan yang amat pantas, Zindo berlari melepasi Xavier. Matanya terbutang luas. Bilah kapaknya terputus dua. Darah tiba-tiba memercik keluar dari mulutnya. Zindo rebah di atas tanah dan tidak bergerak lagi.

Xavier kelihatan termengah-mengah. Pedang yang terpisah sedikit dari sarungnya dirapatkan. Xara dan Ash cepat-cepat mendekati lelaki itu sebaik sahaja kesemua tentera yang menyerang mereka tadi sudah berjaya dikalahkan.

"Jom. Kita kena cari Theo." Ajak Xara dan mendapat anggukan setuju dari Ash dan Xavier.

.......

Pada masa yang sama..

Seorang demi seorang rebah ke tanah. Namun masih ramai yang datang menyerang. 2 sahabat itu tiada pilihan lain selain membalas serangan dan melarikan diri. Mereka kini sudah berada di hutan Alley.

Sebaik bilangan musuh reda, Ken dan Aigle menyambung larian mereka. Ketika Aigle rebah tersadung akar yang menjalar keluar, Ken cepat-cepat menggendong gadis itu di atas bahunya. Wajah Aigle kelihatan sedikit merah diperlakukan seperti itu.

Beberapa peluru meluncur laju ke arah mereka mematikan lamunan Aigle. Melihat musuh yang semakin ramai di belakang mereka, gadis itu cepat-cepat membidik ke arah mereka. Senapangnya memuntahkan peluru dan satu persatu mula rebah ke tanah.

"Diorang makin ramai!" Ujar Aigle.

"Kita kena cari yang lain dan keluar dari sini!" Balas Ken. Dan Aigle terus menerus menembak ke arah musuh mereka sambil digendong lelaki itu.

...............................................................

Theo rebah ke tanah dalam keadaan berlumuran darah. Keith masih terpaku dengan tindakan lelaki itu. Kenapa dia sanggup bertindak seperti itu untuk seorang lelaki asing seperti dia. Betapa kuatkah semangat lelaki itu untuk menjadikan dia sebagai salah seorang dari anak kapalnya?

"Apa yang kau cuba buktikan Atlas!? Apa yang kau dah buat!? Kenapa Atlas!" Jerit Keith tiba-tiba.

"Tak guna kau!!" Sambungnya lagi.

"Theo!!" Keith dan Byron berpaling ke arah Xara, Xavier dan Ash yang baru sahaja tiba di tempat itu. Xara dan Ash kelihatan terkejut melihat keadaan Theo. Manakala Xavier pantas mengeluarkan kedua-dua bilah pedangnya lalu meluru ke arah Byron. Namun, setiap serangannya hanyalah libasan angin semata. Langsung tidak mengena Kolonel Byron. Walaupun menggunakan serangan sama yang telah menumpaskan komander Zindo, Byron masih dapat mengelaknya.

"Serah diri sahaja masked swordsman. Kapten kau dah mati." Ujar Byron sebelum beberapa batang anak panah meluncur laju ke arah Xavier. Kepantasannya tidak dapat diatasi Xavier sendiri sehingga beberapa anak panah menusuk ke badannya. Xavier rebah ke tanah memerit kesakitan.

"Xav!!" Xara turut meluru ke arah Byron dengan pedang yang sudah terpisah dari sarung. Begitu juga Ash. Hanya beberapa serangan sahaja sebelum kedua-duanya tercampak ke tanah. Masing-masing memegang bahagian-bahagian yang sudah cedera ditusuk anak panah.

"Tak guna!" Marah Xavier yang masih cuba untuk berdiri.

"Sampai bila kau nak berdiam kat situ, Keith?!" Soal Xavier lagi mematikan lamunan Keith.

"Kitorang tak boleh buat semua ni sendiri." Ujar Xavier perlahan sebelum meluru ke arah Byron. Keith menelan air liurnya. Golok panjang yang terbaring di sisinya ditatap sebelum pandangannya teralih ke arah Theo yang masih terbaring di atas tanah dengan berpuluh-puluh anak panah memenuhi belakang badannya. Lelaki itu langsung tidak bergerak.

Keith mengetap gigi geram. Golok kesayangannya dicapai. Dengan bantuan dari golok tersebut, Keith bangkit perlahan-lahan.

"Kau buat aku terhutang nyawa, Atlas. Jangan kau berani mati kat sini!" Terus dia menyertai Xavier berlawan dengan Byron.

..................................................................

Kalau sempat, malam ni author update lagi 1 chapter okeyhh! 😘

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu