part 56

2.3K 229 0
                                    

"Wei.. bangunlaah! Lame lagi ke kau nak tidur?" Ken menampar-nampar pipi Theo yang masih belum sedarkan diri itu. Tiba-tiba lelaki itu terbatuk-batuk, air merecik keluar dari mulutnya habis terkena muka Ken membuatkan lelaki itu memeritkan mata. Theo memandang sekeliling. Dia sedang berbaring di atas deck Ibis. Siapa yang bawa dia ke sini? Bukanke tadi dia masih berada di dalam markas Izarus?

"Kalau kau tertanya-tanya siapa yang dah selamatkan kau, aku rasa kau boleh berterima kasih dekat pak cik dengan penyu pelik tu." Xavier menunding jari ke arah seorang lelaki tua yang sedang duduk bersila di atas deck kayu. Di sisinya terdapat seekor penyu yang bersaiz besar.

"Pak cik! Lily!" Theo tersengih.

"Asal aku jumpa kau je mesti kau lemas. Kau tak ada kerja lain eh?" Soal Falcon. Theo menggosok-gosok perlahan belakang kepalanya sambil tersenyum sumbang. Tiba-tiba dia berdiri.

"Mana Izarus!?" Soalnya sambil memandang ke kiri dan kanan. Alangkah terkejutnya dia melihat keadaan Pulau Liberie. Sebahagiannya sudah ditenggelami air. Yang tinggal cuma pokok-pokok bakau yang tinggi juga kaki bukit pemisah yang masih kelihatan. Bahagian lain semuanya sudah dipenuhi air laut. Termasuklah bandar Liberie.

"Ni semua kerja si tua tu?" Soal Theo sambil berpegang pada sisi kapal. Kemas.

"Ombak besar tu, dah ranapkan seluruh bandar." Ujar Xara.

"Macammana dengan penduduk kampung?" Soal Theo lagi tanpa memandang ke arah rakan-rakannya.

"Tak tahu. Izarus dengan pengikut-pengikut dia pun dah hilang." Ujar Aigle sambil berdiri di sisi Theo. Theo mengetap giginya menahan marah.

"Theo.. kau ok ke?" Soal Aigle. Tiba-tiba sisi kapal ditumbuknya kuat. Sehingga ianya merekah.

"Tak guna kau si tua jahanam." Gumam lelaki itu sambil matanya tajam merenung pulau yang sudah separuh ditenggelami air.

"Apa-apa pun, lebih baik kita cari darat dulu. Cari kalau-kalau ada penduduk yang terselamat." Ujar Xavier. Rakan-rakannya yang lain hanya mengangguk. Kecuali Theo. Yang masih lagi mengetap giginya. Layar kapal dilabuhkan dan kapal bergerak perlahan menghampiri kaki bukit pemisah. Masing-masing melompat turun. Coda dan Peter yang masih lagi belum sedarkan diri itu ditinggalkan di atas kapal dijaga oleh Xara. Theo, Xavier, Ken, Aigle dan Falcon bergerak ke dalam hutan berdekatan kaki bukit. Mungkin masih ada penduduk yang berjaya melarikan diri ke situ sebelum ombak besar itu melanda pulau Liberie.

"Theo!!" Jerit satu suara membuatkan kelima-lima mereka berpaling.

"Milea!" Jerit Theo seraya mendekati gadis itu.

"Kau selamat? Macammana dengan yang lain?" Soal Aigle.

"Semua selamat. Kitorang sempat selamatkan diri sebelum ombak tu datang." Ujar Milea sambil berjalan ke hadapan diikuti oleh Theo dan yang lain-lain. Mereka masuk  jauh ke dalam hutan. Sehinggalah tiba di sebuah tanah lapang yang dikelilingi pokok-pokok besar yang menutupi langit. Kesemua penduduk Liberie berkumpul di situ. Tanah lapang itu penuh dengan manusia. Ada yang sempat membawa barang-barang mereka, ada juga yang hanya sempat membawa diri. Yang penting, tiada yang terkorban.

"Kalian selamat?" Soal Clayton berjalan mendekati mereka.

"Macammana dengan Dewa Laut?" Soalnya lagi. Ken menggeleng perlahan.

"Dah hilang.."

"Yang pasti, dia bukan Dewa Laut." Ujar Xavier.

"Apa maksud kau?" Soal salah seorang pemuda kampung.

"Hanya dewa sahaja yang ada kuasa macam ni." Ujar yang lain pula.

"Dengar sini. Dia bukan dewa. Dia adalah ketua satu kumpulan lanun. Dan dia bukan manusia. Dia binatang!" Ujar Ken bengang. Bengang dengan penduduk kampung yang tak habis-habis percayakan dewa laut yang tak pernah wujud itu. Juga bengang dengan apa yang si dewa laut ciplak itu telah buat padanya.

"Nama dia Izarus. Dia merupakan ketua Puak Dyr. Salah satu puak yang berasal dari Benua Urb. Dia larikan diri dari Lethal Isle sebelum dia ke sini dan mendiami pulau ni." Ujar Falcon tiba-tiba.

"Kau... Falcon?" Clayton yang baru perasan akan kehadiran lelaki tua itu tersentak.

"Kau anak Pak Cik Feng kan? Bekas penjaga selatan Liberie?" Soal lelaki itu lagi. Falcon tersenyum.

"Dah lama kita tak jumpa, Clayton." Clayton pantas menarik lelaki itu ke dalam pelukannya. Bahu Falcon ditepuk-tepuk.

"Kemana kau menghilang? Dah 30 tahun aku tak jumpa kau. Aku fikir, kau dah dibunuh Dewa Laut tu." Falcon ketawa perlahan.

"Aku ada saja, Clay. Tetap di selatan Liberie. Walaupun Izarus sudah menguasai tempat tu, aku tetap tak boleh tinggalkannya. Itu adalah amanat ayah aku."

"Maaf kalau saya kacau.. tapi, kita ada masalah besar sekarang.. Izarus dah hilangkan diri. Dan seluruh bandar dah musnah. Apa yang kita perlu buat sekarang?" Soal Milea mematikan kisah jejak kasih antara Falcon dan Clayton.

"Aku tak rasa dia hilangkan diri." Ujar Theo sambil matanya tajam memandang ke belakang. Ke arah laut yang luas terbentang. Laut yang telah menenggelamkan Liberie.

"Betul.." ujar Xavier memandang ke arah yang sama.

"Dia masih kat sini.." Ken juga. Aigle di sisi Ken menelan air liur kasar. Walaupun dia sendiri tidak pasti apa yang sedang diperkatakan oleh rakan-rakannya itu, tapi dia yakin, perlawanan masih belum tamat. Tangannya menggenggam kemas senapang peninggalan ayahnya. Falcon, Clayton, Milea dan para penduduk berpandangan sesama sendiri sebelum turut memandang ke arah yang sedang dipandang oleh ketiga-tiga sekawan itu.

Jauh keluar dari hutan, di tengah-tengah laut yang luas, terdapat sebuah kapal lanun yang besar. Kapal itu sudah berlumut dan dipenuhi rumpai laut dan batu karang. Terdapat banyak siput-siput laut dan ketam-ketam kecil sedang merayap-rayap pada dinding kapal yang sudah pecah dan terbelah. Jelas sekali kapal itu seperti sudah lama karam di dasar laut. Tapi, bagaimana ia tiba-tiba muncul di permukaan pula? Xara di kapal merah kecil mereka turut memerhatikan ke arah yang sama. Tangannya memegang kemas ulu pedang yang tergantung di pinggang.

"Diorang dah datang balik.." gumamnya perlahan.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now