part 11

3.3K 276 4
                                    

"Bila kita akan jumpa lagi?" Soal Sofea dengan wajah yang sedih.. Shin di sisinya hanya mendiamkan diri. Xara merapati Sofea lalu kepala gadis itu diusap lembut.

"One day. For the mean time, I want you and your brother to look after this village. Take a really good care of it. Jangan biarkan sesiapa pun tindas korang lagi. Okay?" Sofea mengangguk perlahan sebelum gadis yang lebih tua darinya itu dipeluk.

"Terima kasih atas semuanya, Pak Cik Darwin. You don't know how much we owed you." Ujar Ken sambil menyalami tangan Darwin dengan senyuman yang sukar untuk digambarkan.

"Dan terima kasih untuk kalian juga. Sebab dah tolong kampung kami dan kampung-kampung lain dari terus menjadi hamba Hans." Ujar Darwin.

"It's nothing.. Really." Ujar Xavier pula. Mereka berjalan meninggalkan perkarangan Kampung Xrai dan menuju ke Pekan Alvina untuk mencari bekalan makanan dan minuman buat pelayaran mereka nanti. Destinasi sudah diketahui. Jadi, apa lagi yang mereka tunggu kan? Kapal? Kata Theo dia sudah punyai sebuah kapal. Di Zenu Port.

"Theo! Sekejapnya kau dah kembali?" Soal Sam apabila Theo melangkah masuk ke dalam barnya bersama Ken, Xara dan Xavier.

"I have things.. Sam. Aku perlukan bekalan daging panggang. Could you wrap it up for me?" Soal Theo.

"Mestilah. Anything for you mate. Tapi, siapa mereka tu?" Soal Sam sambil memandang Ken, Xara dan Xavier yang sedang berjalan-jalan di sekitar barnya.

"Oh.. That's my crew."

"Crew? Maksud kau?"

"Sam.. Aku akan pergi petang ni. Dan mungkin kali ni aku akan ambil masa lama sikit untuk kembali ke sini semula."

"Kau nak ke mana?"

"Aku nak berlayar. Aku nak cari Urre Gold." Sam terdiam sebelum tersengih.

"Kau memang pantang dengar pasal emas ya? Fine. I'll wrap something up for you." Sam beredar ke bahagian dapur. Theo berpaling ke arah Ken.

"Eh mana si kembar tu?" Soalnya sebaik perasan Xavier dan Xara tiada didalam bar.

"Katanya nak cari barang sikit. They'll meet us at the port." Theo hanya mengangguk.

...................................................

Hari sudah petang. Ken dan Theo masih menunggu si kembar X di Zenu Port bersama bekalan-bekalan yang dibeli di pekan. Terdapat banyak kapal berlabuh di situ. Kapal dagang, kapal kargo, kapal lanun malah kapal Eagle juga ada di situ. Mungkin ada di antara kolonel Eagle yang tempat tinggalnya di sekitar sini. Nasib baik mereka belum menjadi lanun. Kalau tdak, berjumpa dengan Eagle adalah perkara terakhir yang mereka inginkan. Biarlah buat masa ni, Theo sahaja yang menjadi orang yang dikehendaki.

"Hoi! Dah lama tunggu?" Soal Xara sambil berlari ke arah mereka. Xavier di belakang hanya berjalan perlahan sambil tangan kanannya membawa satu bungkusan berwarna putih.

"Bungkusan apa yang kau bawa tu, Xav?" Soal Ken.

"Oh.. ni arak putih. Aku beli dekat pekan tadi." Ken tersengih.

"Arak putih? Terbaiklah Xav! Ni aku sayang kau ni!" Ken memeluk leher Xavier dengan sebelah tangannya.

"So, where's our ship captain?" Soal Xara sambil memandang Theo membuatkan lelaki itu tersengih saat dia memanggilnya Kapten.

"Jomlah.." Theo mengangkat bekalan-bekalan yang mereka beli di pekan Alvina menyusuri Zenu Port. Beberapa kapal lanun sudah mereka rentasi. Ken, Xara dan Xavier teruja saat mereka mula mendekati sebuah kapal lanun yang sangat besar. Mungkin lebih besar dari kapal lanun Arkida. Mereka kelihatan tidak percaya. Theo mampu membeli kapal sebesar itu? Biar betul? Berapa banyak emas yang lelaki itu sudah curi sebelum ni

Tetapi, mereka kembali hampa saat Theo hanya berjalan merentasi kapal tersebut. Dia berhenti di hadapan sebuah kapal nelayan kecil yang hanya mampu memuatkan 5 orang anak kapal. Kapal nelayan itu diikat kemas pada hujung jeti. Terdapat sebuah kabin yang masih mampu menuatkan bekalan-bekalan mereka.

"Ini kan kapal nelayan?" Soal Ken. Theo tersengih.

"Apa kau ingat aku ni orang kaya nak beli kapal besar?" Theo memanjat naik ke deck kapal sebelum berpaling ke arah rakan-rakannya.

"Walaupun ni hanya kapal nelayan. Tapi aku dah explore satu Azurea ni dengan kapal ni tau. Dah. Bawa semua bekalan tu naik." Ujar Theo.

"Bolehlah dari tak de langsung." Ujar Ken lalu memanjat deck kapal bersama beberapa bungkusan makanan. Xara hanya menjungkit bahu sebelum dia dan Xavier memanjat naik. Theo melepaskan tali yang mengikat kapalnya pada tiang jeti. Layar dilabuhkan. Dan Kapal kecil mereka mula berlayar perlahan meninggalkan Zenu Port. Meninggalkan Kepulauan Rossenate. Mungkin mereka akan kembali. Mungkin satu hari nanti.

Theo, Ken, Xara dan Xavier tersenyum memandang Zenu Port yang mula menjauhi mereka. Peta dibentangkan di atas deck. Kompas dibuka. Jarum masih menunjuk ke arah yang sama. Arah ke mana kapal mereka bergerak sekarang.

"Next stop. Celsia.." ujar Theo.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now