part 78

2.2K 248 6
                                    

"Pak cik ni siapa? Macammana pak cik nak tolong kitorang?" Soal Ken. Lelaki tua itu tersenyum menampakkan giginya yang hanya tinggal beberapa batang.

"Pak cik ni bukan siapa-siapa. Just a lonely old man. Nama pak cik Eldritch. Pak cik dah tinggal di sini lama. Jadi, kalau jalan rahsia ke Euloth tu pak cik boleh saja tunjukkan pada kalian."  Ujar pak cik Eldritch. Xavier yang tertunduk dari tadi mengangkat kepalanya. Nama itu. Seperti dia pernah mendengarnya.

"Wahh! Baguslah. Jomlah kita ke sana!" Ujar Theo teruja.

"Sebelum tu, boleh pak cik tahu. Kenapa kalian nak sangat masuk ke Euloth?" Soal Eldritch.

"Kitorang nak cari Urre Gold!" Ujar Theo.

"Dan bongkarkan rahsia dunia!" Sambung Ken.

"Dan jadi macam Kapten Blackstone!" Ujar Theo lagi. Kali ini buku limanya digenggam ke atas.

"Ya! Betul tu!!" Sahut Ken. Eldritch ketawa perlahan. Budak-budak ini betul-betul mengingatkan dia pada dirinya satu ketika dahulu. Di mana ketika pengembaraan masih menjadi keghairahan dia dan rakan-rakannya.

Eldritch dan lanun-lanun muda itu melangkah keluar dari rumah. Budak-budak muda itu sudah tidak mahu tunggu lebih lama lagi. Sudah terlampau banyak masalah yang terpaksa mereka tempuhi untuk ke Euloth. Kalau boleh, mereka ingin sekali tiba di Euloth secepat yang mungkin tanpa ada sebarang masalah dengan Eagle mahupun Salamander.

Eldritch bersiul kuat. Seakan-akan sedang memanggil sesuatu dari arah laut dalam. Air yang tenang tadi mula berkocak kuat sebelum timbulnya seekor ikan Greenscales ke permukaan. Ikan itu kelihatan ceria sahaja sebaik dipanggil oleh Eldritch.

"Aku still terpegun lagi dengan ikan ni." Ujar Aigle.

"Aku tak faham macammana pak cik ni boleh selamatkan ikan sebesar ni." Ujar Ken pula.

"Dan selamatkan ia dari apa?" Sambung Xavier membuatkan Aigle menelan air liurnya.

"Jane.. aku nak minta tolong dari kau. Boleh kau bawa kami ke Lurah Mati?" Soal Eldritch sambil bercekak pinggang. Jane menutup perlahan matanya sebelum membukanya kembali. Eldritch tersenyum.

"Baiklah. Kalian boleh naik ke kapal. Kita akan bertolak sekarang." Ujarnya membuatkan Theo bersorak girang. Mereka terus menuju ke kapal merah yang tersadai di sisi pulau. Kapal itu masih kelihatan kukuh walaupun sebahagian kecilnya sudah musnah dimusnahkan peluru meriam milik Eagle.

"Kejap. Aku sorang je ke yang dengar pak cik tu cakap Lurah Mati?" Soal Aigle tetapi tidak diendahkan oleh rakan-rakannya.

..................................................................

Jane menarik kapal Ibis yang dinaiki oleh 5 sekawan itu ke arah barat pulau. Eldritch hanya duduk bersila di atas badan Jane sambil bersilang tangan. Jane berenang di permukaan air supaya ia mampu menarik Ibis. Keadaan di Blue Line sememangnya tenang tanpa angin dan ombak. Jadi, agak sukar untuk Ibis berlayar sendiri. Mereka tiba di sebuah gunung yang tinggi melangit. Ketinggiannya mampu mencecah awan. Dan gunung batu itu panjang sehingga hujungnya langsung tidak kelihatan. Kelima-lima sahabat itu terpegun. Semakin lama semakin mereka mendekati tembok gunung batu itu.

"Wow.. ini tembok pemisah Azurea dan Euloth?" Soal Xara. Rakan-rakannya yang lain masih lagi dengan mulut yang ternganga.

Jane berhenti berenang. Eldritch bangkit lalu melompat turun ke deck Ibis.

"Kalian nampak kabus tu?" Soal Eldritch sambil memandang ke arah sekumpulan kabus tebal yang berkumpul di bahagian bawah tembok gunung, betul-betul di hadapan kapal mereka. Masing-masing menganggukkan kepala.

"Itu namanya Lurah Mati. Disebalik kabus tu, kalian akan jumpa sebuah lubang. Masuk lubang tu dan kalian akan sampai ke Euloth." Jelas Eldritch.

"K-kenapa ia dipanggil Lurah Mati?" Soal Aigle.

"Jangan risau. Tempat tu memang tak pernah orang lalu disebabkan oleh nama dan mitos disebalik namanya. Tapi, semua tu hanya mitos sahaja. Mitos yang direka oleh Pihak Salamander untuk takutkan semua orang. Jadi, bila orang lain dah tak mahu menggunakan laluan tu, mereka boleh longgarkan kawalan dekat situ." Jelas Eldritch.

"Gulp." Aigle menelan air liurnya kelat dan berharap yang ia sememangnya hanya mitos semata.

Mereka berpisah dengan Eldritch di situ. Jane melepaskan tali yang digunakan untuk menarik Ibis tadi. Walaupun masih tiada angin, Ibis ditarik oleh satu arus yang agak kuat di sekitar kabus tersebut. Jadi, mereka masih manpu bergerak walaupun tanpa angin. Eldritch berdiri di atas badan Greenscales kesayangannya sambil berpeluk tubuh. Dia tersenyum.

"Nampaknya, masih ada lagi anak-anak muda yang nak teruskan apa yang kau tak dapat nak buat, Black. I really hope you'll meet them one day." Gumamnya perlahan sebelum Jane mula berenang menjauhi tembok tersebut.

...................................................................

Sy pun xtaulah kenapa sy busy semacam je lately ni. Tapi jangan risau, walau sebusy mana pun sy, sy akan tetap cari masa untuk update Beast yaa.. so, sy harap sgt engkorang sume masih boleh bersabar dengan sy.. 😅😅😅😅

P/s; ni pun masih belambak kerja yang tertangguh 😢

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now