part 85

2.3K 225 3
                                    

Setelah agak lama menghilangkan diri di dalam tasik, Pearl kembali ke permukaan dengan segumpal rumpai laut berwarna hijau kemerahan. Warna rumpai yang agak aneh itu mendapat perhatian 5 sekawan yang sedang menunggunya di tepi tasik.

"Ini Onkruid Weed. Ia akan membantu kalian untuk bernafas di dalam air." Pearl menyerahkan gumpalan rumpai laut tersebut kepada Xara. Lantas Xara membahagi-bahagikan rumpai itu kepada rakan-rakannya yang lain. Masing-masing memandang rumpai itu dengan pandangan yang pelik.

"Apa tunggu lagi? Makanlah.. Kata nak pergi pulau duyung?" Pearl menongkat dagu pada tebing tasik sambil tersenyum manis. Dengan teragak-agak, Theo memasukkan rumpai laut itu ke dalam mulutnya lalu mengunyah perlahan. Rasanya tidaklah terlalu aneh. Ada masin-masinnya. Ada masam-masamnya. Dan sedikit berlendir dan hanyir. Belum sempat rakannya yang lain turut sama memasukkan rumpai itu ke dalam mulut, Theo menjerit kesakitan.

"Hahh! Apa jadi?!"
"Theo? Kenapa ni?"
"Hei! Apa kau dah buat pada Theo?"
Soal rakan-rakannya bertubi-tubi.
Pearl masih tersenyum.

"Jangan risau. Dia tak apa-apa." Theo melutut di atas tanah. Dia memegang bahagian lehernya yang mula ditumbuhi insang. Telinganya menjadi sedikit panjang dan berselaput. Begitu juga kedua-dua belah tangannya. Kakinya memanjang membuatkan Theo terpaksa membuka kasut kulitnya lalu dicampakkan ke tepi. Kaki yang berjari itu sudah hilang jarinya. Kedua-dua belah bertukar menjadi kaki itik dan berselaput. Theo bangkit lalu melihat perubahan pada dirinya. Beberapa sirip kecil tumbuh di belakang badan dan kedua-dua belah sikunya. Dia teruja.

"Weh! Aku dah jadi ikan!!" Jeritnya sambil berpusing-pusing dengan kaki yang besar gedabak. Xara, Aigle, Xavier dan Ken mula membuka kasut masing-masing. Sambil menelan air liur, mereka mengunyah rumpai laut pemberian Pearl. Dan hasilnya sama seperti Theo. Mereka ditumbuhi insang, sirip dan selaput. Pearl ketawa perlahan melihat gelagat mereka.

"Baiklah. Kalau kalian sudah bersedia. Jomlah.. kita ke pulau duyung." Dan si duyung biru itu terus menyelam ke dalam air dan menunggu rakan-rakan lanunnya di dasar tasik tersebut. Theo pantas terjun ke dalam tasik, diikuti rakan-rakannya yang lain. Aigle memegang senapangnya. Habislah, kalau dia terjun sekarang, pasti peluru senapangbya akan basah dan tidak boleh digunakan lagi. Dia mengeluh berat. Nak tak nak dia terpaksa tinggalkan senapangnya di atas darat. Kalau dia bawa pun, hukan boleh diguna. Senapang disorok di dalam semak, sebelum dia turut sama terjun ke dalam tasik.

Mereka berenang dan bernafas seperti ikan. Langsung tidak menyangka yang manusia mampu bernafas di dalam air. Theo yang paling teruja. Dia berenang-renang laju ke kiri dan kanan. Keadaan dalam tasik tersebut sangat cantik. Ikan-ikan pelbagai jenis dan warna kelihatan berenang-renang tanpa menghiraukan mereka. Apabila mereka memandang ke atas, kelihatan akar-akar pokok berserabut dan memenuhi permukaan. Seakan-akan akar-akar tersebut sedang menahan pulau itu untuk terus terapung di atas air.

"Sampai bila kesan rumpai ni?" Soal Xara.

"Kesannya kekal. Selagi kau masih hidup." Balas Pearl.

"Apa? Jadi kitorang akan kekal macammni?!" Pearl hanya ketawa perlahan melihat reaksi Xara.

"Jomlah. Kita tak boleh lama-lama kat sini. Nanti Siren itu datang balik." Pearl mula berenang. Liuk ekornya kelihatan sungguh cantik di dalam air. Mereka hanya mengekori gadis duyung itu.

Setelah lebih 15 minit berenang, mereka tiba di sebuah pintu gerbang yang diperbuat dari batu karang yang berwarna-warni. Terdapat sebuah pagar batu karang putih yang besar di kiri dan kanan pintu gerbang tersebut. Sebaik mereka melepasi pintu gerbang, maka terserlahlah sebuah negara unik yang sangat cantik dan berwarna-warni. Ikan-ikan duyung lelaki dan perempuan, masing-masing kelihatan berenang-renang. Pelbagai usia, saiz, warna dan jenis. Semuanya adalah duyung. Separuh ikan separuh manusia. Bukan itu sahaja, terdapat juga duyung separuh manusia separuh sotong kurita. Dan pelbagai jenis lagi. Dan keadaan di tempat itu terang-benderang. Seperti disuluh cahaya yang sangat terang walaupun keadaan di darat masih lagi malam.

"Wow.. ini memang menakjubkan." Ujar Xara.

"Kat sini tak ada siren kan?" Soal Aigle.

"Jangan risau. Siren tak akan berani datang ke sini. Siren tempat mereka hanya di tasik Eclipse. Dan sekarang kita jauh dari tasik tu." Ujar Pearl.

"Tapi, kenapa air kat sini biru? Dan masin? Air tasik tadi tak adalah semasin ni." Soal Theo.

"Mestilah masin. We're in the middle of the ocean, silly." Pearl ketawa perlahan sebelum mendepakan tangannya.

"Selamat datang ke Crystal Cove. A mermaid Island."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now