part 45

2.4K 258 3
                                    

"Penduduk Liberie mempunyai satu kepercayaan. Kepercayaan yang melarang penduduk yang lahir di Liberie untuk jatuh cinta pada orang luar. Lelaki tu namanya Peter. Dia bekas seorang lanun yang kebetulan singgah kat sini 2 bulan lepas. Dan dia dah jatuh cinta pada Milea, anak datuk bandar Liberie. Untuk mengelakkan penduduk lain tahu mengenai cinta diorang, diorang terpaksa berjumpa secara rahsia dekat sini." Ujar Coda. Dia dan Theo mengambil tempat di atas pasir pantai tidak jauh dari Milea dan Peter. Dua kekasih itu juga sedang duduk di pesisiran pantai sambil berbual-bual gembira.

"Kenapa boleh jadi macam tu?" Soal Theo. Walaupun dia sendiri tidak tahu apa-apa mengenai cinta, tapi apa yang menjadi kepercayaan karut penduduk kampung itu agak membuatkan dia bengang. Seseorang sepatutnya bebas untuk buat apa yang dia suka. Dan dia juga berhak untuk jatuh cinta pada sesiapa.

"Tak lama dulu, sebuah kapal lanun pernah berlabuh di sini. Kapal itu milik seorang lanun lagenda yang pernah merentasi 4 benua satu ketika dulu. Kau pasti kenal siapa." Coda tersengih.

"Blackstone Balthier?" Soal Theo. Coda mengangguk perlahan.

"Salah seorang dari anak kapalnya jatuh cinta pada seorang gadis Liberie. Jadi, Blackstone meninggalkannya di sini supaya rakannya boleh mengejar cintanya. Tak lama lepas tu, Liberie dilanda ombak besar yang sangat dasyat. Ombak itu terlalu besar sampailah ianya memusnahkan seluruh bandar Liberie. Nasib baik penduduk sempat lari ke bukit sana. Mereka jadi pelik, sebab sebelum tu, belum pernah lagi Liberie dilanda sebarang bancana alam." Coda menarik nafas sedalamnya sebelum menyambung cerita.

"Sejak hari itu, mereka cuba memisahkan lelaki itu dari gadis tersebut. Kerana percaya yang perhubungan itu membawa malang. Dan percaya yang dewa laut telah menghukum mereka kerana membenarkan perhubungan itu berlaku. Lelaki itu diusir dari Liberie dan gadis itu ditemui mati di rumahnya. Mati bunuh diri." Coda memandang ke arah Theo. Sangkaannya yang lelaki itu sedang mendengar ceritanya meleset apabila kedengaran dengkuran halus keluar dari Theo yang sedang bersandar pada batang pokok.

Coda ketawa perlahan. Entah sejak bila lelaki itu sudah terlena di situ.

"Kau tak pernah berubah Theo." Ujarnya. Masih lagi dia ingat ketika kali pertama mereka menjadi kawan. Ketika itu mereka baru sahaja berumur 7 tahun. Dia dibuli oleh budak-budak lelaki yang lebih tua. Dan Theo yang menyelamatkannya. Theo sememangnya ditakuti oleh penduduk kampung. Dia juga sama. Tapi, setelah kejadian Theo menyelamatkannya dari dibelasah teruk, pandangannya terhadap lelaki itu berubah serta-merta. Theo merupakan seorang yang periang. Walau apa yang penduduk kampung menggelarkan dirinya, dia tetap tersenyum. Hanya sekali sahaja dia pernah melihat Theo hilang kawalan. Dan ketika iti, Theo nyaris memusnahkan rumahnya sendiri. Nasib baik Asral dan Rania sempat menenangkan lelaki itu.

"Kau masih ada kat dalam tu ke Canavar? Kenapa kau tak boleh biarkan Theo sendiri?" Gumamnya perlahan sambil matanya menatap Theo yang sedang nyenyak tidur.

"Milea!!!!" Jerit satu suara memeranjatkan mereka. Cuma Theo sahaja yang masih dengan dengkurannya. Pantas Peter, Milea dan Coda berdiri. Mereka memandang ke arah sekumpulan manusia sedang berdiri tidak jauh dari situ. Di tangan mereka terdapat lampu minyak tanah dan beberapa bilah senjata tajam. Lelaki paling hadapan kelihatan dalam lingkungan lewat 40-an. Dan dia memandang ke arah Milea dan Peter seperti singa kelaparan.

"A-ayah.." ujar Milea gagap.

"Kat sini rupanya kau ya. Aku cari kau merata tempat. Rupanya kau kat sini setiap kali kau hilang!! Apa kau buat dengan lanun tak guna tu?!" Jerkah lelaki itu yang merupakan datuk bandar Liberie, Clayton Bextie.

"Pak cik! Dengar dulu penjelasan kitorang. Jangan bertindak melulu." Ujar Coda sambil berdiri di antara Peter dan Milea dengan datuk bandar Clayton.

"Kau pun sama, Coda! Kau jangan masuk campur dalam urusan Liberie! Kau juga bukan dari sini! Pergi balik ke tempat asal kau! Bawa budak keparat tu sekali!" Ujar Clayton masih dengan pandangannya yang tajam.

"Tapi ayah! Coda tak salah! Dia hanya tolong saya saja. Jangan usir dia dari Liberie. Coda dah tak ada tempat lain lagi selain Liberie." Ujar Milea dengan tangisannya.

"Aku tak peduli! Kalau kau cuba melanggar pantang pulau ni, kau tak layak tinggal kat sini!"

"Pak cik! Biarlah Coda tinggal kat sini. Yang harus pergi tu saya. Saya yang salah sebab dah jatuh cinta dengan Milea. Jangan disebabkan kesalahan saya, Milea dan Coda menjadi mangsa." Ujar Peter pula.

"Kau jangan ke mana-mana, Peter!" Ujar Coda keras.

"Jangan biarkan kepercayaan karut penduduk bandar ni terhadap dewa laut tu pisahkan cinta antara korang. Dewa laut tu tak pernah wujud. Jangan korbankan cinta korang hanya disebabkan kepercayaan bodoh tu!!" Jerkah Coda membuatkan Peter dan Milea tersentak. Clayton mengetap giginya menahan marah. Langkah diatur laju ke arah Coda lalu buku limanya digenggam ke langit. Sebelum sempat buku lima itu hinggap di wajah milik Coda, ianya dihalang oleh sebelah tangan milik Theo. Dan Theo merenung tajam ke arah Clayton.

"Dewa laut? Betul ke dia wujud? Kalau betul, aku teringin nak bertemu dengan dia." Ujar Theo sambil tersengih.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now