part 121

1.8K 197 9
                                    

"Apa maksud kau, satu lagi nyawa?" Soal Keith seraya memandang ke arah gadis misteri itu. Dan sama seperti tadi, gadis itu hanya mendiamkan diri.

"Apa dia cakap? Atlas?" Soal lelaki itu diselang-selikan dengan guruh di langit gelap.

"Dia tak cakap apa-apa pun.." ujar Theo. Keith kembali memandang gadis berambut panjang yang berdiri tidak mencecah tanah di hadapan mereka.

"Atlas!!!" Jerit seorang lelaki dari belakang si gadis misteri. Theo mengintai sebaik namanya disebut. Muncul wajah bengis milik Komander Dean bersama konco-konconya. Dean terhenti sejenak sebaik matanya terpandang susuk tubuh berpakaian serba putih sedang terapung-apung di hadapannya.

"Siapa kau?" Soal lelaki itu.

"Shit! Salamander!" Ujar Ken.

"Kita kena pergi dari sini!" Balas Xara.

"Tapi.. aku nak tahu siapa perempuan tu." Balas Theo.

"Kita kena lari, Theo.. kita tak boleh cari pasal dengan Salamander lagi." Marah Xara.

"Theo.. dengar jelah cakap Xara.." ujar Aigle yang sedari tadi bersembunyi di belakang Ken.

Dengar sahaja rancangan dari 5 sahabat itu, gadis berpakaian serba putih itu tiba-tiba sahaja bertukar riak. Dari wajah yang tenang menjadi bengis. Matanya menjadi tirus dan tajam. Giginya mengeluarkan taring yang panjang. Lengan bajunya terselak menampakkan kuku jarinya yang panjang dan tajam. Keith menyedari perubahan gadis misteri itu tersentak. Kakinya selangkah berundur ke belakang.

Gadis misteri itu mula menghilangkan diri.

"Di-dia dah hilang!" Jerit Keith mengejutkan 5 sahabat yang sedang bertikam lidah itu. Masing-masing mula memandang sekeliling. Begitu juga Dean dan para pengikutnya. Mencari-cari gerangan si gadis hantu yang hilang dibawa kabus tebal.

"Dia.. dah lari ke?" Soal Aigle. Tangannya memegang kemas baju Ken dari belakang. Tiba-tiba satu lembaga putih berwajah hodoh muncul di sisi Aigle. Gadis itu menjerit lantang sebelum rebah ke tanah. Genggamannya pada baju ken juga turut terlepas. Ken yang menyedari kehadiran lembaga itu terus cuba untuk menumbuknya. Namun, tumbukannya hanya terkena angin dan air hujan. Tangannya melepasi badan lembaga berwajah hodoh itu. Ken tersentak. Namun sebelum sempat lembaga tersebut menerkam ke arah aigle yang sedang menggigil ketakutan, lelaki itu terlebih dahulu menariknya menjauhi tempat itu.

Dan makhluk itu mula mengejar. Theo juga cuba menyerang namun hasilnya tetap sama seperti Ken. Begitu juga libasan pedang milik Xara dan Xavier. Yang anehnya, makhluk itu hanya mengejar Aigle. Dan bukan mereka.

"Kita tak boleh serang dia!" Ujar Theo.

"Mestilah.. kau tak nampak ke? Dia tu hantu!" Tegas Xavier.

"Hantu?" Theo memandang ke arah lembaga putih tersebut. Rambutnya sudah berserabai. Mulutnya tersengih membentuk satu rekahan besar pada pipi sehingga ke telinga. Dia memandang tajam ke arah Aigle. Seperti satu-satunya mangsa yang dia inginkan adalah aigle. Dan yang lain hanyalah penyibuk.

Sebelum sempat lembaga itu menyerang lagi, satu objek berwarna putih kelihatan meluncur laju ke arahnya. Sebaik ia jatuh terpacak ke tanah, satu asap berwarna putih kemerahan keluar dan memenuhi kawasan itu. Serentak dengan itu, bunyi jeritan nyaring kedengaran di tubir telinga mereka. Nyaring sekali. Seperti sedang di dalam kesakitan.

Sebaik sahaja jeritan itu hilang, hujan beransur berhenti. Langit juga perlahan-lahan menjadi cerah. Dan lembaga yang merupakan gadis yang digelar sebagai The Moaning Beauty itu hilang tanpa kesan. Dan tempat itu dipenuhi asap merah yang mengeluarkan bau yang sangat busuk.

Xara mengambil peluang itu untuk mengheret Theo dan rakan-rakannya yang lain untuk melarikan diri dari tempat itu. Atau lebih tepat lagi melarikan diri dari Salamander. Sebaik sahaja asap merah yang tebal itu hilang, komander Dean mengetap giginya.

"Sial! Mereka lari lagi!"

.......................................................................

"Diorang dah tak ada kan?" Soal Xara. Xavier menggeleng perlahan. Mereka bersembunyi di belakang sebuah bangunan jauh dari tempat berkumpulnya tentera salamander tadi. Walau apapun yang berlaku, mereka tidak boleh ditangkap oleh salamander sekarang.

"Apa tadi tu?" Soal ken.

"Asap tu siapa yang buat?" Soal Theo pula.

"Aku pun tak tahu.." balas Xavier.

"Macammana dia boleh bertukar jadi buruk?" Soal satu lagi suara dari sisi mereka membuatkan 5 sahabat itu memandang ke arah kiri mereka.

"Kenapa kau lari sama?" Soal Ken. Keith yang sedang berpaut pada dinding bangunan itu tersengih menampakkan barisan giginya.

"Kau Theo Atlas?" Soal seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dari belakang bangunan itu. Dan enam pasang mata mula beralih kepadanya.

"Aku Cordell.. a sharpshooter." Ujarnya lagi tanpa disoal.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Место, где живут истории. Откройте их для себя