part 113

2.3K 257 13
                                    

Mereka berenang keluar dari pulau bawah Alexander Isle. Sampai ke permukaan, mereka mula memanjat dinding batu yang dipenuhi air mengalir. Waktu masih subuh. Dan tiada yang perasan akan ketiadaan mereka. Bukan niat mereka untuk terus berlalu tanpa mengucapkan selamat tinggal terlebih dahulu, cuma mereka tidak mahu penduduk Alexander berasa terhutang budi pada mereka. Sama seperti pulau-pulau lain. Ada baiknya bagi mereka supaya pihak Salamander tidak tahu akan kehadiran mereka di pulau itu. Dan tidak menimbulkan kekecohan lagi.

Jadi mereka membuat keputusan untuk beredar sebaik sahaja matahari menampakkan cahayanya. Sebaik tiba di darat, mereka berlalu ke bahagian pantai di mana Ibis dilabuhkan. Bunga-bunga sedang mengembang pagi itu. Jadi, lantai hutan itu kelihatan berwarna-warni.

Bunyi tapak kaki memenuhi segenap pulau yang sunyi. Sebaik kelihatan Ibis di hadapan, masing-masing mula menguntumkan senyuman. Ibis masih dalam keadaan baik. Walaupun ada beberapa bahagian yang sudah lama rosak. Namun, Jolly roger mereka masih lagi berkibar megah ditiup angin.

Mereka mula memanjat naik ke lantai deck Ibis.

"Ibis ok?" Soal Theo. Aigle muncul dari kabin kapal lalu mengangguk.

"She's ready to go captain." Theo tersengih.

"Baik.. set sail." Xavier menurunkan layar manakala Ken menaikkan sauh. Ibis bergerak perlahan meninggalkan persisiran pantai.

"Abang Theo!!!" 5 sahabat itu berpaling ke darat. Kelihatan Laura sedang berdiri di situ sambil melambaikan tangannya. Dan di belakang gadis cilik itu pula berdirinya Rosel, Galang, Ballad yang masih bertongkat dan semua penduduk Pulau Bawah Alexander Isle. Masing-masing seperti sedang mengatakan sesuatu sambil melambaikan tangan.

"Terima kasih!!!! Jangan lupa!! Datang lagi ya!!!" Jerit Laura dari dalam keriuhan orang ramai. Theo dan rakan-rakannya tersengih. Nampaknya, niat mereka untuk beredar dalam diam gagal.

"Ok!!!" Jerit Theo sambil membalas lambaian mereka.

"Apa yang mereka fikir? Pergi tanpa ucapkan selamat tinggal?" Soal Galang sambil tersengih.

"Tak sempat aku nak ucapkan terima kasih untuk semua ni." Ujar Ballad.

"Saya harap.. mereka akan jumpa apa yang mereka cari." Balas Rosel pula. Dan akhirnya, mereka melihat sahaja saat Ibis mula membelah samudera dan menghilang disebalik kabus yang mula menebal.

.....................................................................

"Aku lupa nak bagitahu." Xavier memecahkan kesunyian. Mereka sudah keluar dari kawasan berkabus. Dan laut sudah kembali tenang. Theo yang sedang mengunyah daging panggang itu beralih ke arah sahabatnya. Begitu juga rakan-rakannya yang lain.

"Sebelum aku jumpa kau dekat hutan hari tu. Aku jumpa sesuatu." Sambung Xavier lagi.

...................................................................

3 hari sebelumnya..

Xavier berlegar-legar di dalam hutan. Matanya memandang ke kiri dan kanan. Risau jika terjumpa lagi dengan makhluk-makhluk peniru yang menyerupai Xara. Mana tahu, jika dia terserang adiknya sendiri pula.

Dia akhirnya tiba di sebuah runtuhan rumah batu. Aneh, siapa yang buat rumah ditengah-tengah hutan seperti ini? Dinding rumah yang berlumut itu disentuhnya. Sepertinya, runtuhan ini sudah lama. Dia beralih ke bahagian dalam. Rumah itu kelihatan sama seperti rumah-rumah di sekitar Alexander. Cuma satu yang menarik perhatiannya.

Terdapat tulisan. Terukir pada dinding yang berlumut tebal. Pedang dikeluarkan lalu lumut itu dikikis buang. Sebelum ia menampakkan apa yang tersembunyi di dalam. Satu-persatu dibacanya.

"This is a Great Beginning
for Those Who seek for a
Great Adventure."
-B.Balthier

.................................................................

"B. Balthier? Blackstone Balthier? Kapten Blackstone pernah ke Alexander?" Soal Theo teruja.

"Aku rasa, lanun yang Mak Cik Rosel ceritakan hari tu, Kapten Blackstone dengan crew mates dia." Balas Xara. Xavier mengangguk.

"Jadi, jalan yang kita lalui selama ni.. jalan yang sama dilalui Kapten Blackstone.. kan?" Soal Ken.

"Mungkin. Aku pun terfikirkan perkara yang sama." Ujar xavier.

"Wow.. kita akan pergi ke tempat yang Kapten Blackstone pernah pergi. Aku teruja!!" Jerit Theo.

"Kalau macam ni, tak mustahil kalau kita akan terjumpa Kapten Blackstone sendiri kan?" Soal Aigle.

"Itupun, kalau dia masih hidup.." balas Xavier.

"Aku harap dia masih hidup. Aku teringin nak jumpa dia!" Ujar Theo sambil menyambung suapannya.

....................................................................

Kalau author nk tukar cover kan.. sticker tu akan hilang ke? Ke dia mmg secara automatik ada kat situ? Hihi. Tanye je.. sebab xpernah dapat award. Camnilah jadinye. 😅 *malu jap*

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now