part 83

2.1K 238 12
                                    

"Buat apa korang datang sini? Menempah maut saja." Ujar Bourne.

"Tengok dia ni. Dah berbalut sana sini. Semuanya sebab duyung-duyung celaka tu lah." Ujar lelaki yang digelar Duane itu pula (lelaki yang memegang peta tadi).

"Jangan dengar cakap orang. khabar angin tu semuanya tipu." Sambung Penny (lelaki yang memikul jala).

"Tapi, duyung yang kitorang jumpa tadi, baik saja. Tak ada pula dia nak serang kitorang." Ujar Xara. Menidakkan kata-kata lelaki-lelaki itu.

"Korang jumpa duyung? Kat mana?" Soal lelaki yang bernama Colton.

"Dekat laut sana. Beberapa ratus meter dari pulau ini." Ujar Ken.

"Aku tak percaya! Macammana duyung boleh terlepas ke laut sana? Bukan ke tempat tinggal mereka di Tasik eclipse?" Soal Duane.

"Tapi, kau yakin ke apa yang kita nampak tu duyung?" Soal Penny memandang rakan-rakannya.

"Kalau bukan duyung, ada lagi ke manusia separa ikan yang tinggal di dalam air?" Soal Bourne sedikit sebal.

"Tapi, kenapa dia serang Josh?" Soal Penny lagi. Josh yang masih tidur bertilamkan daun-daun hijau itu dijelingnya sekilas.

"Kejap. Tasik Eclipse? Kat mana tempat tu?" Soal Theo.

"Kenapa? Kau nak pergi? Tak payahlah. Kau tengoklah apa jadi kat budak ni. Inilah padahnya ke sana." Bourne menepuk perlahan perut Josh yang tidak berlapik itu. Sekaligus membuatkan lelaki itu terjaga. Dan terkejut apabila melihat Theo dan rakan-rakannya yang tiba-tiba sahaja berada di situ.

"Siapa ni?" Soalnya ke arah Bourne.

"Haa.. sedar pun kau. Aku ingat dah mati tadi." Ujar Duane sambil ketawa perlahan.

"Diorang ni lanun yang singgah kat pulau ni. Oklah. Memandangkan kau pun dah bangun, aku rasa baik kita berangkat balik. Aku rasa tak sedap hatilah berlama-lama dekat sini." Ujar Bourne. Kelihatan seperti seorang ketua.

"Kau kapten ke?" Soal Ken kepada lelaki itu.

"Eh, tak adalah. Aku abang diorang. Kitorang lima beradik kandung." Jelas Bourne.

"Orang gelarkan kitorang 5 beradik Browning. Kitorang ni perompak. Bukan lanun." Duane ketawa kuat.

"Hei!! Aku pun bekas seorang perompak!" Ujar Theo teruja. Terus terlupa niatnya untuk bertanya tentang Tasik Eclipse dengan lebih lanjut.

"Hahaha! Betulke? Fist bump!" Duane menghalakan buku limanya ke arah Theo dan pantas Theo melagakannya dengan buku lima miliknya. Kedua-duanya ketawa kuat menyebabkan Xara dan Bourne mengeluh perlahan.

"Jadi, boleh bagitahu kitorang, kat mana Tasik Eclipse?" Soal Ken. Bourne terdiam sebentar sebelum sekali lagi dia mengeluh.

"Aku ni bukanlah baik sangat. Tapi, bagi aku, kecelakaan tu boleh dielakkan. Jadi aku rasa, lebib baik korang pun baliklah. Tempat tu bahaya." Dia dan adik-adiknya mula mengemaskan barang-barang mereka.

"Satu lagi pesanan. Kalau korang terdengar nyanyian indah seorang perempuan, tutup telinga. Jangan ikut. Buruk padahnya nanti." Pesan Colton sambil memapah adiknya, Josh.

"Emm.. baiklah.. and, thanks for the food." Ujar Xara dan hanya dibalas oleh Bourne dengang anggukan sebelum mereka terus beredar dari situ meninggalkan 5 sahabat itu di tengah-tengah hutan belantara.

"Ahh! Diorang tu penakut lah!! Aku nak cari jugak tasik tu!!" Rungut Ken.

"Tapi, duyung tu sendiri yang larang kita ke sana." Aigle bersuara setelah agak lama mendiamkan diri.

"Hmm.. tak apalah. Apa kata kita berehat kat sini dulu. Hari pun dah makin gelap. Kita cari tasik tu esok saja." Cadang Xara dan mendapat persetujuan dari rakan-rakannya.

Malam menjelma. Unggun api milik 5 beradik Browning masih lagi menyala setelah ditambah sedikit kayu-kayu dan daun-daun kering. Mereka duduk mengelilingi unggun api. Keadaan malam di pulau itu sangat indah. Kebanyakan bunga-bunga liar yang tumbuh di sekitar pulau itu bernyala. Jadi, pulau itu akan menjadi terang disimbah cahaya dari bunga-bunga itu.

"Aku tak sangka tempat ni cantik." Ujar Xara.

"Kenapa siang pulau ni nampak menyeramkan. Tapi malam.. cantik sangat." Ujar Aigle. Dia mendekati satu rumpun pokok bunga yang bernyala biru. Sebaik jari-jemarinya menyentuh kelopak bunga tersebut, ianya terus mengucup dan hilang cahayanya. Pantas Aigle melarikan tangannya. Bimbang jika dia bakal menjadikan bunga-bunga lain mengalami nasib yang sama.

Tiba-tiba telinga Xavier menangkap satu bunyi. Satu suara halus yang mendayu-dayu. Dia tersentak pantas menutup telinganya.

"Korang!! Tutup telinga sekarang!!" Jeritnya. Sangkaannya yang semua telah menutup telinga meleset apabila Theo tiba-tiba berdiri sambil tersenyum. Rakan-rakannya yang lain menyedari keanehan Theo pantas menegah.

"Theo!! Apa kau buat ni!! Wake up!!" Jerit Xara.

Theo tidak mendengar suara rakan-rakannya. Yang dia dengar hanyalah satu suara nyanyian merdu dari seorang perempuan. Sangat merdu dan mendayu-dayu. Suaranya seakan-akan sedang memanggilnya untuk ke satu tempat. Ke mana dia sendiri tidak tahu. Kakinya hanya melangkah ke hadapan.

"Sedapnya suara tu..... aku nak ke sana, Atlas." 

Bukan dia sahaja, malah Canavar juga terpukau dengan suara indah itu.

..............................................................

Hahaha.. author gurau jelah.. xpe.. author faham.. jangan risau ye anak-anak. Nak muah setepek 😘😘😘😘😘

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now