part 105

2.1K 214 10
                                    

"Bukan kau ada kat dalam ke tadi?" Soal Theo lagi sambil memandang pintu rumah batu yang tertutup rapat. Xavier terdiam. Dia berjalan perlahan mendekati Theo. Xavier tersenyum. Sebelum tiba-tiba dia mengeluarkan kedua-dua belah pedangnya lalu dilibaskan kedua-duanya ke arah Theo.

Pantas Theo mengelak.

"Xav!! Kau ni dah kenapa!?" Xavier hanya mendiamkan diri dan terus melibas-libas pedangnya ke arah Theo. Dan Theo hanya mengelak tanpa menyerang balas.

"Xav! Kau dah gila ke?" Jerit Theo.

"Aku rasa kawan kau ni dah kena sampuk." Ujar Canavar. Theo berdengus perlahan.

"Xav! Snap out of it!" Jerit theo lagi dan Xavier masih tidak berhenti menyerang kaptennya. Semua gerakannya dia gunakan.

Keriuhan di luar mendapat perhatian dari rakan-rakannya yang lain dari dalam rumah batu termasuklah Rosel dan Laura. Apabila mereka keluar, Xavier masih lagi sedang menyerang Theo bermati-matian. Seakan-akan lelaki itu benar-benar inginkan kapten mereka mati malam itu juga.

"Xav!! Apa kau buat ni!!?" Soal Xara sambil cuba untuk menahan Xavier. Namun, ditepis begitu sahaja. Dan Xavier masih tetap menyerang Theo.

Theo mula bengang. Dan satu tumbukan padu menghentikan Xavier dari terus menyerang. Xavier terpelanting ke belakang. Kedua-dua bilah pedangnya sudah tercampak entah kemana perginya.

"Xav! Apa kena dengan kau?" Soal Ken. Aigle, Rosel dan Laura hanya berdiam diri di hadapan pintu rumah. Nasib baik rumah ini agak jauh letaknya dari rumah-rumah lain. Jadi, tiada yang perasan akan kekecohan itu.

Xavier bangkit perlahan. Theo merenung tajam ke arah Xavier dengan dahi yang berkerut seribu. Sebenarnya dia sendiri masih belum faham apa yang sedang berlaku. Dan kenapa Xavier menyerangnya. Tidak pula dia dapat fikirkan apakah kesalahannya sehinggakan Xavier melibas pedang ke arahnya seperti mahu dia mati secepat mungkin.

"Xavier.." panggil Theo. Xavier mengesat darah yang mengalir pada bibirnya. Dia tersenyum sinis sebelum berlari masuk ke dalam hutan.

"Xav!!" Panggil Xara. Theo mengejar lelaki itu. Laju. Diikuti Ken dan Xara.

"Mak cik tunggu kat sini ya.. sebenarnya saya sendiri pun tak faham apa yang jadi, tapi, saya akan ikut diorang." Ujar Aigle sebelum mencapai senapangnya lalu meninggalkan Rosel dan Laura yang masih terpinga-pinga. Keempat-empat sahabat itu berlari masuk ke hutan yang agak tebal demi mengejar rakan mereka yang seperti sudah disampuk.

....................................................................

"Xara!!" Panggil lelaki itu. Hulu pedang di pinggang dipegang kemas tanda berjaga-jaga. Pelik, kelibat adik kembarnya langsung tidak kelihatan.

"Xara! Kau kat mana?" Panggilnya lagi. Xavier memandang ke sekeliling hutan yang tebal itu. Sudahlah tebal, gelap lagi. Entah apa yang adiknya buat di sini malam-malam ni dia sendiri pun tak tahu. Tapi, bila dia keluar dari rumah tadi, Xara ada memanggilnya masuk ke dalam hutan. Tetapi sampai sekarang dia masih belum menemukan gadis itu. Xara bukanlah jenis yang suka bermain sorok-sorok.

"Xav.." panggil satu suara yang dia sangat kenali. Sedang berdiri di belakangnya dengan tangan yang disilangkan ke belakang. Gadis itu tersengih menampakkan giginya yang putih bersih.

"Xara.. apa kau buat kat dalam hutan ni?" Soal Xavier sambil berjalan mendekati adiknya. Namun, belum sempat tangannya diangkat, Xara terlebih dahulu melibaskan pedang putihnya ke arah Xavier. Pantas Xavier mengelak.

"Xar! Kau kenapa ni?" Soal lelaki itu. Dan Xara berlari laju ke arahnya lalu pedang dilibas, lagi dan lagi. Dan semuanya dielak Xavier tanpa menyerang balas.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now