part 133

2.1K 224 9
                                    

Middle East
Euloth sea

Seorang wanita sedang berdiri megah di atas deck kapalnya sambil memandang ke laut luas. Dia tersenyum sumbing. Gincu merah menebal di bibirnya. Menyerlahkan lagi kulitnya yang putih melepak. Pakaiannya agak seksi. Dengan baju singlet merah dan skirt pendek paras lutut yang hanya ditutupi sehelai kot labuh berwarna kuning di luarnya. Rambutnya yang berwarna ungu itu dibiarkan tanpa diikat. Beralun cantik ditiup angin.

"Kolonel! Kami mendapat berita dari hq." Ujar seorang wanita berpangkat komander. Berseluar panjang berbaju kemeja. Wanita berambut ungu itu tersenyum.

"Lieutenant commander sudah mengeluarkan arahan supaya semua tentera berkumpul di Venom Archipelago." Wanita berpangkat kolonel itu terdiam sebentar sebelum bersuara.

"Jadi.. masanya sudah sampai. Angus akhirnya dah buat kata putus." Wanita itu masih merenung laut. Di dalam fikirannya terbayang-bayang pulau yang berjiran dengan Venom Archipelago. Sebuah pulau yang dipenuhi penjenayah-penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak salamander. Sudah tentulah pulau itu sangat berbahaya. Kerana kebanyakan penghuninya adalah penjenayah-penjenayah yang mempunyai bounty sebanyak 100k coins dan ke atas. Ada juga yang sudah mencecah 500k coins.

Sebelum ini, pihak Salamander masih berkira-kira untuk menyerang pulau tersebut. Kerana penghuninya hanya sekitar 5 orang yang mempunyai bounty setinggi 100k coins. Namun, sekitar 3 bulan yang lalu, semakin ramai penjenayah berbounty 100k dan ke atas mula berkumpul di pulau itu. Mungkin itu yang membuatkan ketua Salamander membuat keputusan untuk menyerang pulau tersebut habis-habisan.

4 kolonel lain yang berada di tempat berlainan juga menerima berita yang sama. Begitu juga komander-komander termasuklah Dean yang masih lagi sedang membaiki kapalnya di pulau Gayst. Masing-masing tersenyum dengan keputusan ketua mereka.

............................

Blue clay Island

"Nampaknya, perang akan bermula." Ujar kolonel Zamrud sambil menghirup teh panas di markas salamander di sebuah pulau besar yang dikelilingi gunung-ganang dan sebuah bandar yang besar. Lelaki beruban putih itu ketawa perlahan memandang wanita berambut pendek di hadapannya. Sebilah pedang panjang kelihatan terselit kemas di pinggang wanita itu.

"Sudahlah minum teh tu, tuan. Kita kena bertolak sekarang." Ujar wanita itu. Kolonel zamrud ketawa lagi sebelum menyuapkan sekeping biskut beras ke mulutnya.

"Sabarlah Larra. Biar aku habiskan minum petang aku dulu." Larra mula bengang dengan kolonel tua yang suka bersikap endah tak endah itu. Dia merapati meja Kolonel Zamrud sebelum telinga lelaki tua itu ditarik.

"Dah! Jangan nak mengarut! Kita pergi sekarang!" Kolonel Zamrud menjerit perlahan saat telinganya ditarik Larra keluar dari bilik tersebut.

.................................

Middle south
Euloth sea

"Aku dah lama perhatikan pulau tu. Kau buat keputusan yang tepat Lieutenant." Seorang lelaki muda merehatkan kaki kirinya di atas sisi kapal sambil melihat sebuah kapal lanun yang sedang tenggelam di hadapannya. Ketika mendapat khabar dari Stratford, dia sedang bertarung dengan sekumpulan lanun yang dijumpainya di tengah-tengah laut Euloth. Seperti biasalah, tiada lanun yang berjaya melarikan diri darinya. Kolonel Rave memeluk tubuhnya sambil melihat para tenteranya sedang menggari lanun-lanun itu di atas kapal mereka.

"Komander! Kita ke Venom!" Ujarnya. Seorang leaki berpangkat Komander lekas-lekas mengangkat tabik hormat sebelum berlalu dari situ.

.......................................

Brandeen, south Emsworth Island

Surat khabar diletakkan di atas meja. Seorang lelaki bersuit putih menyalakan rokok di celahan bibirnya. Dia seterusnya memandang ke arah lelaki berkaca mata di hadapannya.

"Mana Dean?" Soal lelaki itu.

"Dean masih di Gayst, tuan."

"Maklumkan pada Dean. Kita bertolak ke Venom sekarang. This is going to be a war." Ujar Kolonel Slayer.

"Baik tuan!"

.................................

Middle West
Euloth sea

"Salamander!!!" Jerit lelaki itu sebaik sahaja seorang lelaki berkot kuning sedang duduk di sisi kapal mereka sambil mengunyah jajan. Lelaki berjambang itu hanya tersenyum sumbing.

"S-sejak bila dia ada kat situ?" Soal seorang gadis dengan riak yang terkejut.

"Aku langsung... tak dapat kesan dia." Ujar lelaki yang sudah mengeluarkan kedua-dua bilah pedangnya.

"Kau.. Theo Atlas bukan? The uncut beast?" Soal lelaki salamander itu kepada lelaki di hadapannya. Theo bercekak pinggang.

"Siapa kau?" Soal Theo. Lelaki berkot kuning itu bangkit.

"Itu Kolonel Byron!" Ujar Ash dari belakang.

"K-k-kolonel!? Apa yang kolonel buat dekat kapal kita?!" Soal Aigle.

"Aku dalam perjalanan ke Venom. Tapi tak sangka pula aku bakal bertemu dengan the infamous Beast Pirates." Ujar Kolonel Byron.

"Venom?" Soal Xara.

"Venom Archipelago... pulau yang berjiran dengan Biggoy." Ujar Ash.

"I assume you're going there, am I right, Atlas?" Soal Byron.

"Mestilah! Aku nak cari crew aku kat sana!" Ujar Theo.

"Well, I guess I'll see you there. Tak seronoklah kalau kita bertarung dekat sini kan." Byron memanjat sisi kapal Ibis.

"Sekejap! Apa maksud kau jumpa dekat sana!?" Soal Xara. Byron tersenyum sebelum melompat ke kapalnya yang berlabuh di sisi Ibis.

"You'll see.." ujar lelaki itu sebelum kapalnya bergerak laju meninggalkan Ibis.

"Venom dengan Biggoy tu dekat ke?" Soal Theo. Ash mengangguk.

"Tapi, apa maksud dia tadi?" Soal Xara.

"Apapun maksud dia, lebih baik kita berjaga-jaga dari sekarang." Ujar Xavier sambil menyimpan bilah pedangnya ke dalam sarung.

"I have a bad feeling about this."

.......................................................................

Wahh! Seminggu dah author tak update. Hahaha. Sorry gais. Author bru blik vacay. Thanks sebab masih setia menanti. You're the best. I lap u lah.😘😘

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now