part 55

2.5K 237 2
                                    

"Ahh kepala aku.. apa dah jadi?" Soal Ken sambil bangkit dari baringannya. Kepalanya yang berdarah itu digosok-gosok. Dia memandang sekeliling. Coda dan Peter sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai manakala, Xara, Aigle dan Xavier sedang bertarung dengan makhluk-makhluk berwajah haiwan yang tidak terkira bilangannya. Walaupun begitu, sudah banyak makhluk-makhluk itu yang sudah terlantar di atas lantai. Ken menepuk dahinya sebaik sahaja semua yang terjadi mula kembali bermain di ingatannya.

"Bodohnya.. macammana aku boleh biarkan si tak guna tu kawal aku? Tak guna.." Ken pantas bangkit. Dia mencari-cari gerangan si dewa ciplak.

"Hei.. dah sedar?" Soal seekor makhluk bertubuh sasa, berkepala harimau dan bertanduk satu. Ken merenung si harimau tajam. Tanpa berlengah lagi perut si harimau bertanduk itu ditumbuk dengan pantas dan kuat. Belum sempat si harimau berbuat apa-apa, dia sudah rebah ke lantai.

"Aku tengah bengang ni.. jangan cari pasal dengan aku!" Ujar Ken sebelum ramai lagi makhluk lain mendekatinya.

Beberapa ekor lanun Dyr sudah beterbangan di udara dengan kelaran demi kelaran pada badan mereka. Darah memercik ke merata tempat. Sebaik mereka jatuh ke lantai, lanun-lanun yang lain pula beterbangan di udara tanpa henti. Dua bilah pedang yang disilangkan dirapatkan ke sisi. Xavier memandang tajam lanun-lanun yang sedang mengerang kesakitan di atas lantai.

"Berani korang sentuh kesayangan aku.. go to hell!" Ujar lelaki itu dingin.

Xara juga sudah berjaya mengerjakan separuh dari lanun-lanun Dyr dengan hanya menggunakan silence attack miliknya. Kesemuanya rebah je lantai tanpa sebarang kecederaan fizikal. Bukan luaran yang menjadi target gadis itu. Baginya, kecederaan dalaman lebih menyeksakan. Dan itulah yang dia mahukan untuk lanun-lanun tak guna itu. Berani diorang cari pasal dengan dia.

Bunyi erangan kesakitan itu diselang-selikan dengan bunyi letupan. Satu persatu makhluk pelbagai rupa mula rebah ke lantai bersama asap yang keluar dari badan mereka. Peluru baru yang dicipta oleh Aigle adalah daripada bahan letupan yang ditanam oleh Kolonel Vox di Azuris Enclave. Sempat dia memintanya daripada Lord Eishin sebelum mereka meninggalkan pulau itu beberapa hari yang lepas. Walaupun dia tak sangka yang peluru itu mampu menewaskan lanun-lanun Dyr.

Tiba-tiba tempat itu bergegar. Kesemua lanun-lanun Dyr mula kelihatan cemas. Xara dan Aigle pula berpaut antara satu sama lain manakala Xavier dan Ken berpaut pada dinding. Gegaran semakin kuat. Ken merangkak perlahan ke arah Coda dan Peter. Walaupun agak sukar, tetapi dia tetap ingin melindungi rakan-rakannya. Kalau bukan disebabkan dia, Coda tidak akan pengsan seperti ini sekarang. Tak guna betul!

"Apa yang berlaku ni?" Soal Aigle. Syiling juga sudah mula retak. Debu-debu beterbangan. Kayu-kayu pada dinding bilik itu satu persatu jatuh ke lantai. Menimpa lanun-lanun dyr yang masih belum sedarkan diri. Lanun-lanun yang masih tinggal mula berundur ke belakang. Berundur menjauhi mereka.

"Apa kau nak buat?" Jerit Theo yang sedang berpaut pada tiang tidak jauh dari Xavier. Di hadapannya adalah Izarus. Yang sudah menanggalkan topengnya. Sedang tersengih menampakkan giginya yang terdiri daripada taring keseluruhannya. Matanya merah menyala. Telinganya panjang dan tajam. Di kepalanya terdapat sepasang tanduk yang berpusar. Wajahnya seperti manusia, cuma hidungnya seperti seekor serigala. Separuh wajahnya sudah terbakar menampakkan isi kulit.

"Mari aku tunjukkan.. kuasa sebenar Dewa Laut.." ujar Izarus sambil mengaum kuat.

"Kapten! Takkanlah disebabkan mereka kapten nak musnahkan tempat ni!" Jerit salah seekor dari pengikutnya dengan wajah yang berpeluh.

"Kapten! Macammana dengan kami?!"

"Kapten!! Kita boleh kalahkan mereka dengan mudah saja! Tak perlulah kapten pergi sejauh ni!!"

"Tak mungkin! Kapten tetap nak gunakan kuasanya!!"

"Aku nak lari dari sini!!"

"Aku pun!!"

Dan mereka mula melarikan diri. Meninggalkan Izarus yang sedang mangaum kuat dengan kedua-dua belah tangannya dihalakan ke atas.

"Aku rasa.. kita kena keluar dari sini jugak.." ujar Xara. Aigle mengangguk. Mereka melangkah ke arah Coda dan Peter yang sedang dijaga oleh ken.

"Ken?" Sapa Aigle.

"Jangan risau. Aku dah sedar.." ujar lelaki itu.

"Kita kena bawak diorang keluar.." ujar Xara. Ken hanya mengangguk setuju sebelum memapah Coda. Peter pula dipapah oleh Aigle dan Xara.

"Xav!!" Jerit Xara memanggil abangnya. Xavier masih tidak berganjak. Mana mungkin dia akan tinggalkan Theo untuk melawan raksasa itu seorang diri.

"Xav.. pergi dengan Xara dan yang lain-lain.. biar aku uruskan dia.." ujar Theo tanpa memandang lelaki itu. Xavier terdiam sebelum mengangguk. Pantas dia berlari ke arah Xara dan Aigle. Tangan Peter dicapai lalu dia mengambil alih tugas Aigle dan Xara. Mereka berlima melangkah pergi meninggalkan Theo dan Izarus.

"Apa kau nak buat?" Soal Theo lagi.

"Hahahahah!" Izarus ketawa kuat.

"Aku harap kau boleh berenang.." ujarnya. Beberapa saat kemudian, dinding bilik itu dinusnahkan oleh satu ombak besar yang datangnya entah dari mana. Sekelip mata sahaja tempat itu dipenuhi dengan air masin. Kelibat Izarus sudah tidak kelihatan. Theo pula sedang terkapai-kapai di dalam air yang tiba-tiba sahaja menghempasnya kuat. Sudah banyak air yang terpaksa ditelannya. Sehingga tekaknya berasa perit dan perutnya mula kembung. Theo akhirnya tenggelam ke dalam air yang sudah meranapkan seluruh tempat itu.

...........................................................

Milea masih berteleku di tepi jeti di perlabuhan Liberie apabila tempat itu tiba-tiba sahaja bergegar. Dari kejauhan kelihatan sebuah ombak besar sedang menghampiri pulau itu. Pantas dia berdiri.

"Oh tidak!" Milea berlari laju ke dalam bandar.

"Lari!! Selamatkan diri!!!" Jeritnya.

"Milea.. kenapa ni?" Soal Fierra. Seluruh penduduk Liberie sudah berkumpul di tengah bandar sebaik sahaja gegaran itu berlaku sebentar tadi. Clayton menghampiri anak gadisnya yang sedang termengah-mengah.

"Ayah! Kita kena lari. Ombak tu..."

"Ombak apa?"

"Ombak besar tu!! Sedang menuju ke sini!!!" Jerit Milea bersama linangan air mata. Clayton tersentak begitu juga semua penduduk.

"Jadi gegaran ni?" Soalnya. Milea mengangguk laju.

"Ini pasti kerja lanun-lanun tu! Diorang dah bangkitkan kemarahan Dewa Laut!!" Jerit salah seorang pemuda kampung. Dan disokong oleh penduduk lain.

"Sudah!! Kumpulkan semua ahli keluarga kalian!! Kita akan bergerak ke bukit pemisah! Sekarang juga!!" Jerit Clayton. Masing-masing mula berlari ke kiri dan kanan. Mencari-cari keluarga mereka untuk dibawa ke bukit pemisah. Bukit yang memisahkan bandar mereka dengan selatan Liberie.

"Ayah.. saya yakin.. diorang tak salah.. ini bukan salah diorang.. diorang cuma nak bantu kita.." ujar Milea sambil memegang kemas lengan ayahnya.

"Ayah tahu, sayang. Ayak yakin, apa pun yang mereka sedang buat sekarang adalah untuk tolong kita. Ayah percayakan mereka. Yang penting sekarang, kita kena pastikan semua orang selamat." Ujar Clayton membuatkan anak gadisnya tersenyum sebelum mengangguk.

"Terima kasih, ayah.."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now