part 98

2.3K 232 19
                                    

Dengan guni-guni bekalan di tangan mereka, mereka berlari laju meninggalkan tempat itu. Tempat yang sudah dipenuhi dengan beribu-ribu anak panah. Nasib baik mereka sempat mengelak dan mematahkan serangan anak panah dari terkena mereka. Nasib baik juga mereka sempat mengambil bekalan-bekalan makanan dari pokok-pokok makanan di situ dan dimasukkan ke dalam guni sementara Xavier dan Aigle cuba menghalang penyerang mereka.

Dan sekarang, mereka dikejar oleh manusia-manusia yang bertopeng besar. Cukup untuk menutup keseluruhan wajah mereka beserta sebahagian badan mereka yang hanya ditutupi cawat lusuh berwarna coklat gelap. Di badan mereka dipenuhi tatu. Tangan-tangan mereka mengangkat tinggi pelbagai senjata tajam. Anak-anak panah masih lagi terbang ke arah 5 sahabat itu. Ada juga yang melontarkan lembing ke arah mereka.

Mereka tiba di sebuah perkampungan kecil. Di mana, rumah-rumah di situ hanya diperbuat dari jerami. Dan saiznya tersangatlah kecil. Di pintu masuk kampung itu terdapat tengkorak manusia disusun sebaris di atas pagar yang mengelilingi kampung itu. Sebaik mereka tiba para penduduk di situ kelihatan terpinga-pinga. Kesemuanya wanita. Yang ada lelaki hanyalah budak-budak kecil. Lelaki-lelaki lain adalah manusia-manusia yang sedang mengejar mereka dari belakang.

"Makanan!" Jerit salah seorang dari wanita yang hanya berkemban kain lusuh berwarna coklat muda. Dan kata-kata pelat itu membuatkan mereka berasa seram sejuk. Nampaknya mereka telah memasuki perkampungan puak kanibal.

"Lari!lari!" Jerit Ken. Dan mereka mengelak dari memasuki kampung kecil itu lalu berlari masuk ke dalam hutan. Dan puak-puak kanibal itu masih lagi sedang mengejar mereka dari belakang.

"Kenapa kita lari ikut sini!!" Jerit Aigle.

"Aku rasa kita dah sesatlah!" Jerit Xara pula.

"Itulah aku cakap! Kita perlukan navigator!!" Jerit Theo pula. Sedangkan di dalam hutan sebegini pun mereka boleh sesat.

Setelah agak lama berlari, mereka akhirnya menemui pantai. Dalam 200 meter di sisi mereka, Ibis sedang berlabuh di tepi sebuah tebing tinggi. Masing-masing sudah tersenyum lega. Sebaik menyedari yang puak kanibal itu masih lagi sedang mengejar mereka dengan melemparkan lembing dan anak panah, terus mereka berlari ke arah Ibis.

Sauh dinaikkan secara tergesa-gesa. Aigle pantas mengacukan senapangnya ke arah manusia-manusia kanibal itu lalu tembakan dilepaskan. Satu persatu terkena penyerangnya. Bukan untuk mematikan, hanya untuk melumpuhkan.

Dan Ibis berlayar meninggalkan pulau makanan itu dengan selamat. Masing-masing terbaring di atas deck sambil bernafas kasar.

"Siapa sangka, pulau yang penuh dengan makanan tu milik puak Kanibal." Ujar Ken kelelahan.

"Tapi, aku nak pergi sana lagi kalau ada peluang." Ujar Theo sambil tersengih dalam kelelahan.

"Aku tak nak!" Ujar Xara.

"Aku pun!" Sahut Aigle. Dan mereka terus ketawa dalam kelelahan.

..................................................................

Pintu keluar lurah mati
Sempadan Euloth-Azurea

Seorang lelaki berpakaian putih berbelang kuning dengan seluar kulit berwarna hitam yang ditutupi sehelai baju hujan kelihatan sedang melompat turun dari sebuah kapal besar berwarna kuning dan mendarat di atas batu-batu besar di situ. Dia mencangkung lalu mencapai serpihan kayu yang tersangkut di celah-celah batu itu. Serpihan kayu berwarna merah. Dia menelitinya.

Lelaki itu bangkit lalu memandang ke arah rekahan besar pada tembok batu di hadapannya. Hujan turun dengan lebatnya.

"Eldritch.." gumamnya perlahan.

"Komander! Kita kena pergi sekarang!" Jerit salah seorang pengikutnya yang berseragam kuning juga ditutupi sehelai baju hujan dari atas kapal besar itu. Lelaki itu masih tidak berganjak. Dia hanya merenung tajam ke arah lurah mati.

"Siapa yang kau dah bantu kali ni, Eldritch. Jangan risau, aku akan buru mereka sampai ke lubang cacing.." gumam lelaki itu diselang-selikan panahan kilat di langit. Kilat itu dengan tidak semena-mena menyambarnya. Tetapi dibiarkan sahaja. Kilat tidak mampu mencederakannya. Sebaliknya, kilat adalah makanan buatnya. Dan pemberi tenaga yang sangat kuat. Dia tersenyum sebelum ketawa bersama-sama kilat dan guruh di langit.

....................................................................

Chap kali ni pendek sket. Sorrylah. Sbb author mmg nk pendekkan masa diorang kat pulau ni. Sebab nanti dekat alexander isle, diorang akan duk kat situ lama sket. 😅 mesti tak sabar kan nak baca pengembaraan diorang yg seterusnya? Haha.. okok, stay tune!

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now