part 80

2.3K 217 26
                                    

Air bergelombang kuat. Kapal merah kecil itu kelihatan terhuyun-hayan. Hujan mencurah-curah dengan lebat sekali. Guruh berdentum kuat bersama kilat yang sambar menyambar. Cuaca di sini sememangnya berlainan dari Azurea. Dari kiri dan kanan mereka terdapat beberapa puting beliung yang maha dasyatnya.

"Ken!! Xav!! Tarik kuat-kuat!! Jangan bagi layar kita koyak!" Jerit Xara berselang-seli dengan dentuman di langit.

"Theo! Kawal Ibis elok-elok! Jangan sampai kita masuk dalam salah satu daripada puting beliung tu!" Jeritnya lagi kepada lelaki di bahagian pengemudi kapal.

"Aye!!" Jerit Theo sambil mengawal kapal mereka. Tiba-tiba Aigle yang berbaju hujan itu merapati Xara dengan cemas.

"Xara! Layar belakang dah koyak!" Jerit Aigle pula sambil menunding jari ke arah layar kedua mereka. Angin yang bertiup agak kencang membuatkan layar itu koyak rabak.

"Apa!?" Xara dan Aigle terus berlari ke arah layar mereka yang telah koyak itu. Ken dan Xavier juga turut sama ke sana setelah berjaya mengikat layar utama mereka. Nasib baik sempat diikat, jika tidak sudah tentu ia akan mengalami nasib yang sama dengan temannya.

Lebih 1 jam mereka mengharungi cuaca yang begitu teruk sekali. Sebaik mereka keluar dari Lurah Mati, cuaca tiba-tiba sahaja berubah. Mungkin itu cara Euloth menyambut kedatangan mereka ke benua itu. Kapal merah kecil itu sudah teruk sekali keadaannya. Kiri dan kananya sudah pecah. Layarnya sudah koyak. Tiangnya juga ada yang sudah patah. 5 sekawan itu terbaring kepenatan di atas deck. Masing-masing sudah kehilangan tenaga bertarung dengan cuaca.

"Forget a chef. We need a navigator." Ujar Theo.

"Dan seseorang yang pandai baiki kapal." Balas Aigle.

"Xara.. jauh lagi ke kita nak sampai ke Nohl Cay?" Soal Ken. Xara lantas mengeluarkan kompas lagenda lalu membuka penutupnya. Kompas masih menunjukkan ke arah barat daya. Dan pada arah itu, masih belum kelihatan darat lagi.

"Aku rasa lambat lagi." Ujarnya perlahan.

"Macammana ni. Bekalan kita dah musnah semuanya! Macammana kita nak survive?" Rungut Aigle. Xavier hanya mendiamkan diri di sisi kapal.

"Aku harap, kita sampai cepat." Ujar Aigle lalu merangkak mendekati sisi kapal. Dia memandang ke permukaan laut di bawah kapal mereka. Laut sudah kelihatan tenang. Barangkali mereka sudah melepasi sempadan Euloth-Azurea.

....................................................................

"Betulke tempat ni?" Soal seorang lelaki berparut di pipi. Dia bersama 5 orang sahabatnya meredah semak samun di hutan itu perlahan-lahan.

"Betullah. Aku yakin. Takkan peta ni tipu." Lelaki di hadapan sekali itu memegang sehelai peta lusuh di tangannya. Dan sejak tadi lagi dia sibuk memusing-musingkan petanya.

"Tapi, buat apa kita cari kat darat? Bukan ke benda tu ada kat dalam air?" Soal seorang lagi lelaki di belakang lelaki berparut tadi. Lelaki itu memikul segulung tali di belakangnya.

"Depan tu ada tasik. Aku yakin benda tu ada kat situ." Ujar lelaki memegang peta. 2 lagi lelaki di belakang mereka hanya menurut tanpa membantah. Kedua-duanya sedang memikul jala dan karung guni yang agak besar. Setelah agak lama mereka berjalan, akhirnya mereka sampai di tempat yang dituju.

Sebuah tasik yang airnya berwarna ungu. Dan sangat jernih dan dalam. Tebing tasik itu ditumbuhi cendawan berwarna ungu dan hijau. Juga bunga-bunga aneh yang mengelilingi tasik yang besar dan luas tersebut. Pokok-pokok di situ juga tumbuh 2 kali ganda besarnya berbanding pokok-pokok di sekeliling pulau itu. Lelaki yang memegang peta itu tersengih lalu menyimpan petanya.

"Ini dia. Kita dah jumpa tempatnya." Ujarnya. Rakan-rakannya yang lain terus meletakkan segala yang dipikul mereka ke tanah. Pantas mereka mendekati tasik tersebut.

"Wah. Cantiknya air." Ujar lelaki yang lebih muda yang tadi memikul jala di belakang badannya. Dia merenung ke dalam air tasik.

"Josh! Jangan rapat sangat!" Jerit si pemegang peta. Namun belum sempat lelaki itu menghalang, kepala si lelaki muda tadi disambar oleh sepasang tangan bersisik dari dalam tasik. Mereka lantas menarik rakan mereka dari terus ditarik masuk ke dalam tasik ungu itu. Setelah agak lama bersusah payah, akhirnya 'benda' yang menarik rakan mereka terus melepaskan cengkaman. Mereka berundur ke belakang. Ketakutan. Dari dalam tasik kelihatan sepasang mata berwarna kuning sedang memandang mereka dengan tajam. Kemudian muncul lagi beberapa pasang mata yang sama di situ. Pantas mereka bangun lalu memecut lari dari tempat tersebut. Sampai ada yang tersadung kerana terlalu takut.

Sebaik kelibat 5 sahabat itu hilang, mata-mata di dalam tasik juga turut sama menghilang ke dalam air dalam.

.....................................................................

Gais, author ada satu game buat korang. Nak kata pertandingan xjugak sbb setiap pertandingan kena ada hadiah kan.. tapi, yg ni xde hadiah..hahaha.. kita kira sebagai game jelah ye. For the next island, author nak mintak korang bagi cadangan pulau apa yang korang nak. Pulau tu ade apa kat dalamnya.. dan sebagainyalah. Use your imagination. Idea yang paling menarik, author akan tulis dlm chap2 seterusnya. Jgn risau, author akan mention korang as a credit for the idea. Can't wait to meet your ideas.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now