part 143

1.9K 224 14
                                    

Theo berlari ke arah hutan Alley. Di belakangnya adalah Kolonel Byron yang masih belum berhenti daripada menyerangnya dengan menggunakan anak panah besi yang dia sendiri masih belum tahu munculnya dari mana. Bertubi-tubi serangan masih cuba dielakkan. Dan setakat ini, semuanya berjaya dielak Theo.

"Bila si tua ni nak putus asa?" Soal Theo. Sebelum lengannya tiba-tiba ditarik oleh seseorang masuk ke dalam sebuah belukar yang agak tebal. Seseorang itu meletakkan jarinya ke bibir. Dari celahan belukar mereka dapat melihat kelibat seorang lelaki sedang berlari melepasi mereka. Sebaik sahaja bunyi tapak kaki menghilang, Theo terduduk di atas tanah menahan lelah.

"Tak guna punya salamander." Rungutnya. Lelaki yang sedang mencangkung di hadapannya ketawa perlahan.

"Kau memang berani matilah, Atlas." Ujar lelaki itu.

"Keith! Kat sini rupanya kau. Jomlah ikut aku. Kita kena cari yang lain!" Ujar Theo lalu bengkit dari duduknya.

"Hei! Jangan salah faham Atlas. Aku tolong kau bukan sebab aku nak ikut kau." Keith juga turut bangkit.

"Habis tu, kenapa kau tolong aku?" Keith terdiam sebentar sebelum dia cuba untuk beredar. Dan langkahnya disekat oleh seorang lelaki yang sedang berpeluk tubuh dan bersandar pada sebatang pokok hutan di hadapan mereka.

"Byron!" Ujar Keith.

"Wow.. look who we have here. Demon Demien. Tak sangka aku boleh jumpa kau kat sini. Nampaknya sergeant Coakly salah perkiraan. Tak sangka dia boleh terlepas satu." Kolonel Byron tersenyum sinis.

"Nasib aku baik hari ni. Seorang 150k coins dan seorang lagi 122k coins." Theo tersentak.

"122k coins? Kau ada bounty Keith? Tapi kau bukan lanun. Macammana seorang bounty hunter ada bounty?" Soalnya pelik.

"Bounty hunter my foot! He's a wanted man!" Jerkah Kolonel Byron. Keith mengetap giginya. Kalau diikutkan, seboleh-bolehnya dia ingin mengelak dari bertemu dengan Salamander. Kebiasaannya, semua bounty yang dia tangkap, dia akan mengambil bayarannya dari orang tengah. Kerana dia tahu, betapa bahayanya jika dia bertemu muka dengan Salamander.

Salah dia juga kerana tidak pergi sahaja dari tempat itu malam tadi. Sekarang, semuanya sudah terlambat. Dia menjeling ke arah Theo. Sejujurnya, dia sendiri tidak tahu kenapa dia membantu lelaki itu. Padahal Theo Atlas seorang lanun yang dikehendaki. Tapi, Theo dan anak-anak kapalnya datang ke sini kerana dia. Mereka terperangkap di dalam perang ini kerana dia. Keith akhirnya melepaskan keluhan perlahan.

Dua bilah golok panjang yang tersarung di pinggangnya dikeluarkan dari sarung. Kolonel Byron tersenyum lagi. Beberapa batang anak panah besi tiba-tiba muncul terapung-apung di sekelilingnya.

"Keith!" Panggil Theo.

"Kau jangan masuk campur, Atlas. This is my fight." Mata Keith merenung Byron setajam-tajamnya. Mati pun matilah dia kali ni. Theo menggenggam kedua-dua belah buku limanya erat.

"He doesn't stand a chance against him." Ujar Canavar.

Anak-anak panah milik Byron tiba-tiba meluncur laju ke arah Keith. Keith berusaha untuk menangkis setiap serangan milik Byron. Satu persatu anak panah terpelanting ke tanah. Dan pada setiap anak panah yang mendarat di tanah membentuk satu kawah bulat. Sememangnya itu bukan anak panah biasa. Kuasa Byron yang misteri itu adalah satu kuasa yang luar biasa.

Anak panah mula mengenai kulit Keith. Dia melompat ke kiri dan kanan cuba untuk mengelak. Keith membetulkan pegangan ulu goloknya lalu berlari laju ke arah byron. Golok dilibaskan walaupun kedudukan mereka masih jauh. Byron sedikit tersentak sebelum melompat ke sisi. Libasan golok yang tidak kelihatan itu telah menyebabkan pokok-pokok di belakang Byron tumbang satu persatu. Keith terus menerus melibaskan golok-goloknya. Dan Byron terus menerus menghujani anak panahnya ke arah Keith. Serangan Keith langsung tidak mengena tetapi serangan Byron telah berjaya melumpuhkannya.

Beberapa anak panah sudah menusuk lengan dan juga kaki Keith sehingga lelaki itu rebah ke tanah. Sakitnya tidak terperi. Darah mengalir bagaikan air. Keith menggunakan golok-goloknya untuk menampung tubuhnya yang mulai lemah.

Byron mengesat darah yang mengalir dari luka kecil pada pipinya. Mungkin salah satu dari serangan Keith berjaya mengenai sasaran. Walaupun sedikit.

"As expected from Demon Demien. Tapi, sekuat mana pun kau cuba, aku tetap akan menang." Keith merenung Byron tajam dengan badannya yang turun naik. Dia bernafas kasar.

"Ini adalah pengakhiran buat kau." Beratus-ratus anak panah mula muncul di sekeliling Byron. Kesemuanya berwarna merah. Tanpa menunggu lebih masa lagi, anak-anak panah tersebut meluru laju ke arah Keith. Keith mengetap gigi kuat. Kalau dia tak lari sekarang, dia akan mati! Tapi badannya! Tak mampu bergerak!! Tak guna!! Keith akhirnya memejam rapat kedua-dua belah matanya.

Satu saat..
Dua saat...
Tiga saat..

Mata dibuka. Bayangan gelap sedang menutupinya. Theo Atlas sedang berdiri di situ. Dalam keadaan termengah-mengah. Dalam keadaan berlumuran darah. Dia mengangkat wajah memandang Keith.

"K-kau navigator aku... a-aku tak akan biarkan.. kau mati.." ujarnya dengan suara yang tersekat-sekat. Mata Keith terbutang luas. Di belakang badan Theo terdapat berpuluh-puluh batang anak panah tertusuk di situ. Dan lelaki itu masih berdiri. Dengan nafas kasar turun naik badannya.

"At-Atlas.."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now