part 9

3.3K 293 0
                                    

Theo merapati meja kayu di dalam bilik itu. Di atas meja itu terletaknya sebuah peta yang dilukis dalam bentuk bulat di atas sehelai kain berwarna coklat yang diperbuat daripada kulit binatang. Dan ditengah-tengah bulatan peta itu terdapat sebuah kompas berbentuk bulat yang terbuka penutupnya.

Tetapi jarum kompas itu tidak menunjukkan ke arah utara. Sebaliknya ia menunding tepat ke arah sebuah pulau yang terbesar di Azurea. Pulau di mana dia sedang berdiri sekarang. Kepulauan Rossenate. Yang menempatkan beberapa buah negeri kecil termasuklah Kampung Suria yang dulunya merupakan pusat perdagangan ketiga terbesar di Azurea. Dan Jarum itu menunding ke arah Belukar Induk. Mungkin itu sebabnya Hans begitu yakin yang Urre Gold tertanam di belukar induk.

"Theo! Kau dah selesai? Jomlah! Penduduk-penduduk kampung dah tunggu kat luar." Ujar Ken yang tiba-tiba muncul di pintu bilik dengan bajunya dipenuhi cecair pekat berwarna merah. Walaupun badannya dipenuhi luka, tapi Ken tetap berlagak seperti tiada àpa-apa yang berlaku.

"Ken.. Aku mintak maaf atas apa yang jadi pada Mel. Aku langsung tak ada niat untuk semua tu berlaku." Ujar Theo yang masih memandang ke arah peta di atas meja. Ken melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Sudahlah. Benda tu dah lama berlalu. Aku dah lupakan semuanya. I was just messing with you mate!" Ken menumbuk perlahan bahu Theo membuatkan lelaki itu sedikit lega.

"Ken.. Aku..." Theo memandang Ken.

"Aku nak berlayar.." Ken agak terkejut dengan kata-kata Theo.

"Theo, seriously? Dulu kau cakap kau nak berdikari, and you ended up being a thief. Now you want to be a pirate?" Theo tersengih.

"Aku nak cari Urre Gold."

"Urre Gold dah lama pupus Theo." Ujar Xavier yang tiba-tiba muncul di muka pintu bersama Xara.

"Iya.. Tapi cuba korang tengok peta ni." Ujar Theo membuatkan Ken, Xavier dan Xara merapati meja kayu tersebut. Masing-masing mula kagum dengan pencirian pada peta tersebut. Ianya dilukis cantik, tepat dan kemas.

"Ini bukan buatan orang-orang Azurea. Sepanjang aku mengembara dalam negara ni, belum pernah aku jumpa peta seunik ni. Cuba korang tengok ukiran pada kompas ni. It's getting weirder and weirder. I just can't help myself to think that.. what if Urre Gold really actually exist somewhere out there? Somewhere beyond Azurea?" Ujar Theo dengan keterujaannya.

"What if it isn't? Tak ke buang masa?" Soal Xara.

"Belum cuba belum tahu kan? Are you guys with me or not?" Soal Theo. Membuatkan Xara, Xavier dan Ken berpandangan sesama sendiri.

"Abang Theo! Abang ken! Abang Xav! Kak Xara! Jomlah keluar. We want to repay you for all that you've done for us!" Ujar Sofea yang sedang tersengih di muka pintu. Theo tersenyum lalu kompas dicabut dari peta dan peta digulung kemas. Kedua-duanya dimasukkan ke dalam beg kulitnya.

"Macammana dengan Hans?" Soal Ken.

"Just hand him over to the bounty hunter. His head worth 50k coins you know. Walaupun aku tak tahu celah mana 50k dia tu." Ujar Theo membuatkan Ken dan Xara ketawa perlahan.

……………………………………………

Walaupun kepenatan, penduduk kampung Xrai tetap mengadakan sedikit jamuan buat para penyelamat mereka. Para penduduk kampung yang akhirnga mampu menjamah makanan dan minuman itu tetap tidak mengabaikan tetamu mereka. Ken, Theo, Xavier dan Xara mula berasa segan dengan layanan baik dari penduduk kampung.

Malam berlalu dengan cepat. Kebanyakan penduduk kampung sudahpun bergelimpangan di atas tanah di sekeliling unggun api besar yang sudah tinggal abu. Masing-masing kelihatan penat. Theo, Ken, Xavier dan Xara masih lagi berjaga di sebuah rumah tamu yang disediakan oleh penduduk kampung buat mereka. Cahaya lampu minyak tanah menerangi pondok kecil itu.

Theo sekali lagi menghamparkan peta kulit yang diambil dari bilik Hans siang tadi di atas meja kayu di dalam pondok itu. Kompas diletakkan di tengah-tengah peta. Jarumnya masih dalam keadaan yang sama. Walaupun dipusing berkali-kali ianya tetap sama.

"Macammana kita nak tahu arah tuju kita kalau jarum kompas ni sendiri tak nak bergerak?" Soal Ken.

"Kejap. So, kau nak ikut aku Ken?" Soal Theo memandang Ken teruja.

"Well.. I can have one adventure or two can I." Ujar Ken membuatkan Theo tersengih sampai ke telinga.

"Korang?" Soalnya beralih pula pada Xavier dan Xara.

"Lagi seronok berbanding terperap dekat kuil je." Ujar Xara. Xavier hanya menjungkit bahu. Theo tahu yang Xavier tak akan pernah tinggalkan adik kembarnya.

"Yosh! You guys are the best!" Ujar Theo.

"So.. Macammana?" Soal Ken. Theo mengurut-urut dagunya yang licin tanpa janggut. Kompas diketuk berkali-kali.

"Kenapa kompas ni masih tunjuk kat tempat yang sama?" Soalnya.

"Itu sebab, Kepulauan Rossenate adalah titik permulaannya." Ujar satu suara dari pintu pondok membuatkan Theo, Ken, Xavier dan Xara berpaling.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now