part 118

2.1K 226 20
                                    

Theo masih lagi berlari. Ayam goreng yang sepatutnya ada di mulutnya sudah habis ditelan. Komander Blue dibelakangnya masih lagi mengejar.

"Berhenti kau lanun tak guna!!" Jerit Komander Blue sambil tangannya dihalakan ke arah theo. Satu aliran kilat berwarna biru kekuningan keluar dari celahan jarinya sebelum meluru laju ke arah theo. Theo mengelak laju. Beberapa aliran kilat dilemparkan ke arah lelaki itu dan berjaya dielak lagi.

"Pengecut. Kenapa kau lari Atlas? Setakat kuasa kecil macam tu, tak kan kau tak boleh lawan. Memalukan kaumlah kau ni."

"Diamlah. Xara dah pesan awal-awal tadi jangan cari masalah dengan Salamander." Gumam Theo.

"Habistu. Kau rasa sekarang ni kau tak cari masalah lah?"

Theo menjeling ke belakang. Semua orang yang berada di pekan itu sedang memerhatikan mereka. Sememangnya dia sudah menarik perhatian ramai orang. Theo tersengih kekok. Apalah nasib. Dia cuma mahu bergembira setelah melihat wanted posternya. Bountynya sudah meningkat sebanyak 50k coins! Secara tiba-tiba sahaja lelaki salamander ini menyerangnya. Dan sekarang sedang mengejarnya pula.

"Damn it! Mana diorang ni!?!?!" Jeritnya memanggil kawan-kawannya.

Theo menyusup masuk ke sebuah lorong kecil. Lorong itu agak gelap dari lorong-lorong lain. Dan komander Blue mengikutnya dari belakang. Sedar akan hal itu, Theo menjadi serba salah. Sedang dia mencari tempat untuk bersembunyi, tiba-tiba lengannya ditarik seseorang masuk ke sebuah pintu di belakang bangunan tersebut. Pintu ditutup rapat dan dikunci dari dalam.

"Mana lanun tak guna tu menghilang!?" Marah Komander Blue. Pengikut-pengikutnya yang lain mula mencari-cari di sekitar tempat itu. Tiada kesan Theo di mana-mana. Komander Blue berdengus kuat.

"Team A ikut aku. Team B kau pergi belah sana." Arahnya. Pengikut-pengikutnya hanya mengangguk sebelum mereka berlari ke dua arah yang bertentangan dan meninggalkan tempat itu.

Pintu kayu dibuka perlahan. Dua kepala kelihatan sedang mengintai ke kiri dan kanan kawasan itu. Sebaik yakin tiada sesiapa di situ, mereka melangkah keluar. Theo tersengih.

"Terima kasih! Kau siapa?" Soalnya kepada lelaki yang sudah menolongnya sebentar tadi. Lelaki berambut kuning terpacak ke atas. Baju yang tiada lengan dan but hitam. Di tangannya terdapat sebiji epal merah yang sudah separuh digigit.

"Kau Theo Atlas bukan?" Soal lelaki itu sambil menggigit epalnya.

"Ya.. aku Theo Atlas. Kau siapa? Dan kenapa kau tolong aku?"

"Nama aku Keith. Keith Demien. Bounty hunter."

"Bounty hunter? Kau bounty hunter dan kau tolong aku?" Keith tersenyum. Tangan kanannya dinaikkan sedikit ke atas. Matanya merenung langit tiba-tiba.

"Ribut akan datang. Aku pergi dulu, Atlas. Kalau kita jumpa lagi selepas ni, aku akan penggal kepala kau dan bagi ada Salamander." Ujar Keith sebelum berlalu dari situ. Theo menggaru kepala yang tidak gatal. Dia memandang langit biru.

Ya, langit masih cerah. Tiada sebarang tanda hari akan ribut. Kenapa dengan lelaki itu? Apa yang dia mengarut?

"Theo!!" Jerit satu suara dari belakang. Theo tersengih.

"Kat situ rupanya korang!" Ujarnya. Xara, Ken, Aigle dan Xavier melangkah menuju ke arahnya. Satu tumbukan di hadiahkan oleh Xara membuatkan Theo terduduk di atas tanah.

"Apa kau buat? Berlari-lari depan orang ramai dengan Salamander?" Marah gadis genit itu. Theo ketawa perlahan.

"Maaf Xara. Aku tak sangka aku boleh jumpa salamander kat sini. Hei!! Korang tengok tak?" Soal Theo.

"Apa?" Soal Ken pula. Theo mengeluarkan 5 helai wanted poster yang disimpan di dalam poket seluarnya lalu di letakkan satu persatu di atas lantai.

Ken dan Xavier kelihatan tersengih. Xara mengeluh perlahan manakala Aigle sudah terkejut beruk.

"Aku dah ada baounty!?!?!?!?!?!" Sebelum gadis itu rebah ke tanah dengan air mata yang mengalir laju.

"Hahahahahah! Rileks lah Aigle. Kau dah jadi lanun kan? Mestilah akan ada bounty!" Ujar Theo sambil ketawa kuat.

"Aku dah ada bounty...." gumam Aigle berulang kali.

"Weh!! Bounty kita dah naik!" Ujar ken.

"Tapi, sejak bila?" Soal Xara.

"Aku tak peduli. Yang penting, bounty kita dah naik!" Ken dan Theo ketawa sambil menari-nari.

....................................................................

Olaa... koram. Author nak bukak satu slot utk koram tanya soalan atau nak beri sebarang cadangan. Manalah tahu kot2 ada soalan yang tak terkeluar and cadangan serta idea2 bernas yang korang tak berkesempatan nak luahkan tu. Boleh kemukakan kat ruangan komen. Sukahati koranglah nak tanye ape pun. Kalau soklannye byk, author akan bukak satu muka surat utk jawab semua soklan koram. Huhu.. ok tu je. Babai 😘

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now