part 97

2.3K 220 6
                                    

Kriuuukkkkk...

"Lapar~~~" Theo terlentang di atas deck kayu. Di sisinya Ken yang turut sama terlentang kerana kehabisan tenaga. Perut masing-masing sudah kempis. Sudah 3 hari mereka meninggalkan Nohl Cay.  Satu pulau pun mereka tak jumpa.

"Xara.. kau cakap kat depan tu ada pulau.. kenapa tak ada pun?" Soal Aigle yang juga sudah bersandar lemah pada dinding kabin.

"Ada.." Xara meneliti kembali peta kulit yang berada di tangannya.

"Tapi aku tak pasti berapa jauh." Sambung gadis itu lagi.

"Sebab tulah aku cakap, kita perlukan navigator." Ujar Theo pula.

"Kita tak boleh nak survive tanpa navigator tau tak. Kita semua tak tahu apa-apa pasal perairan ni." Theo menggosok-gosok perutnya yang meraung-raung minta diisi.

"Apa boleh buat. Kau ingat senang ke nak cari navigator? Tak semua suka jadi lanun lah." Balas Ken pula.

"Kat depan ada pulau." Ujar Xavier memotong perbalahan rakan-rakannya. Dengar sahaja perkataan pulau, mereka pantas bangkit lalu berlari ke bahagian hadapan kapal. Jauh beberapa kilometer dari kapal mereka kelihatan sebuah pulau kecil dengan warna hutannya yang berwarna-warni. Dari jauh hutan kecil itu kelihatan seperti gula-gula kapas.

"Pulau apa tu?" Soal Aigle.

"Alexander ke?" Soal Theo pula. Xara menggeleng.

"Alexander depan lagi. Tak apalah, sekurang-kurangnya kita boleh cari bekalan kat situ. Aku yakin, pasti ada kampung-kampung yang kita boleh dapatkan bekalan." Balas si gadis genit itu.

"Yeah! Akhirnya!!!" Sorak Theo. Hilang semua rasa laparnya.

Semakin lama semakin mereka mendekati pulau yang masih belum diketahui namanya. Semakin lama semakin mereka dapat melihat keadaan pulau itu yang sebenar. Hutan yang mereka sangkakan biasa itu sebenarnya memang gula-gula kapas. Batang pokoknya diperbuat daripada coklat dan daun-daunnya adalah gula-gula kapas. Sangat memukau. Dan tak masuk akal.

Kapal mereka berlabuh di tebing pulau. Tebing agak tinggi. Sama tingginya dengan sisi kapal mereka. Theo pantas melompat ke tebing lalu berlari ke pokok gula-gula kapas berwarna merah jambu itu. Habis dimakannya.

"Manisnyaaa..." melihat saja si kapten sudah menyerang pokok-pokok di situ, anak-anak kapalnya yang juga kebuluran ini apa lagi. Cuma Xara sahaja yang masih teragak-agak. Pokok-pokok ni selamat ke untuk di makan?

Mereka berlalu ke hutan yang lebih dalam. Ianya satu permandangan yang memukau. Kesemua pokok-pokok di situ diperbuat daripada makanan. Ada pokok yang daunnya semuanya daging bakar. Ada juga pokok yang daunnya kek, ikan bakar, mee, dan sebagainya.

Seperti sudah mengantuk disorongkan bantal, mereka yang sememangnya sudah 3 hari tidak menjamu apa-apa, merasakan yang ini adalah syurga. Xara juga sudah tidak teragak-agak lagi. Disebabkan kelaparan jadi mereka makan sehingga kenyang.

................

Perut masing-masing sudah penuh diisi. Mereka terbaring di atas rumput kekenyangan.

"Dah lama aku tak rasa kenyang macam ni." Ujar Theo.

"Tak lah lama sangat. Baru 3 hari." Balas Xavier. Theo hanya ketawa perlahan.

"Kita rehat sekejap saja. Lepasni, ambil seberapa banyak makanan yang boleh. Kita kena teruskan perjalanan. Aku rasa, Alexander jauh lagi ni." Ujar Xara.

Tanpa mereka sedari, dari sebalik pokok-pokok makanan yang tumbuh meninggi itu, terdapat beberapa pasang mata merenung tajam ke arah mereka. Ada yang sedang tersengih disebalik topeng besar yang melindungi muka dan separuh daripada badan mereka.

Theo, Ken, Xavier dan Xara bangkit tiba-tiba. Aigle yang terpinga-pinga itu juga turut bangun.

"Kenapa ni? Apa yang jadi?" Soal gadis berambut pendek itu.

"Ada orang." Ujar Theo.

"Siapa?" Soal Aigle kembali.

"Tak pasti. Tapi, diorang tengah perhatikan kita." Balas Xavier pula.

Tiba-tiba sebatang anak panah meluncur laju ke arah mereka. Mereka sempat mengelak membuatkan anak panah tersebut melekat pada batang pokok. Dan menghancurkan batang pokok tersebut. Seakan-akan anak panah pertama itu satu amaran, berpuluh-puluh anak panah mula muncul entah dari mana. Semuanya dihalakan ke arah mereka. Masing-masing sudah terlopong.

Anak panah itu bukan anak panah sebarangan. Mana ada anak panah yang mampu menghancurkan batang pokok. Dan jikalau anak-anak panah itu menghujani mereka, pasti mereka akan hancur berkecai macam tu saja!!

"Berlindung!!!"

.................................................................

Orait!! Idea pertama dari Nur_Atiqah_99

Tapi, sorrylah kalau author ubah sikit yee 😉😉

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now