part 147

2.1K 191 10
                                    

Bunyi letupan, tembakan dan jeritan masih kedengaran di Kepulauan Biggoy sehinggalah ke petang. Perang masih berterusan. Dan masih tiada tanda-tanda untuk berhenti. Mayat lanun-lanun juga tentera salamander bergelimpangan di atas tanah. Tidak kurang juga mayat-mayat penduduk Biggoy yang tidak bersalah.

Di Pirate's Bout, kelihatan 2 lelaki sedang berdiri menghadap antara satu sama lain. Dengan kedua-duanya mengalami kecederaan teruk. Seorang lanun yang bergelar Shadow Heinrik dan seorang lelaki berpangkat kolonel didalam pasukan ketenteraan Salamander. Kolonel Rave.

Heinrik mengangkat kedua-dua belah tangannya sebelum bayang-bayang hitam mula keluar dari tanah dan bergerak laju ke arah Rave. Dengan pantas Rave cuba mengelak. Bayang-bayang hitam membentuk seekor burung helang besar lalu mengejar Rave dengan paruhnya yang hitam dan tajam. Rave mengelak dan mengelak lagi. Sehinggalah helang itu tiba-tiba sahaja muncul di hadapannya. Serangan dari paruh helang itu telah membuatkan Rave tercampak merempuh dinding dan terkeluar dari bangunan kayu itu. Sebelum dia merempuh pula beberapa buah rumah di situ.

"Kapten.. kolonel lain dalam perjalanan ke sini. Kita kena pergi sekarang." Ujar  Babson. Lelaki berpangkat vice-captain. Heinrik mengesat titikan darah pada wajahnya.

"Siapkan kapal, Babson. Kita akan keluar dari sini." Babson mengangguk lalu berjalan meninggalkan tempat itu bersama kru-kru kapal mereka yang lain. Heinrik memandang ke arah Rave yang sedang terbaring tidak jauh dari tempatnya berdiri. Dia tersenyum sumbing.

"Sampai ketemu lagi, Rave.." ujarnya lalu beredar dari tempat itu.

......................................................................

Keith meletakkan Ash dengan berhati-hati di atas deck kayu kapal. Gadis itu yang terakhir yang dia perlu pindahkan. Xavier, Ken, Xara dan Aigle juga sedang terbaring di atas deck berhampiran Ash. Keith mendongak tinggi. Memandang ke arah sehelai jolly roger yang berkibar megah ditiup angin petang. Dia mengeluh perlahan sebelum matanya memandang ke arah hutan tempat pertempuran antara Theo dan Byron.

Kepalanya ligat berfikir apa yang dia perlu lakukan sekarang. Pergi seperti yang disuruh Theo? Atau terus menunggu lelaki itu untuk kembali? Tapi.. adakah lelaki itu akan kembali? Dan kembali sebagai siapa?

"Keith?" Soal satu suara lemah mengejutkan lelaki itu dari semua persoalan yang bermain-main di fikirannya. Dia berpaling.

"Kau dah sedar?" Soalnya kepada Xara.

"Ini..." Xara berpaling ke kiri dan kanan sebelum menyambung.

"Ibis? Macammana kita boleh ada kat sini?" Sekali lagi dia memandang sekeliling.

"Theo mana?" Keith hanya memandang gadis itu dengan satu pandangan yang serius. Xara bangkit lalu mendekati Keith.

"Keith! Theo mana?!" Xara menyoal dengan lebih keras. Keith tidak terus menjawab. Sebaliknya dia memandang ke arah hutan Alley. Serentak dengan itu Xara menghampiri sisi kapal.

"Tak.. Theo!!!" Jeritnya diselang selikan dengan bunyi letupan dari arah pusat bandar.

................................................................

Anak panah berwarna merah menluncur ke arah Canavar tanpa henti. Byron seakan-akan tidak putus asa untuk terus menyerang lelaki itu. Anak panah baru juga tidak serik dari terus mencul di sekelilingnya.

Tapi, satu pun tidak mengenai sasaran. Walaupun kelajuan satu-satu anak panah itu menyamai kelajuan cahaya, namun, pergerakannya seakan-akan dapat diramal oleh Canavar. Dan dia mampu mengelak sebelum sempat anak panah itu mendekatinya.

Byron sudah mula risau. Inikah kuasa sebenar Theo Atlas?

Sedar-sedar sahaja, Canavar sudah berdiri di hadapannya. Hanya seinci sahaja di hadapannya. Byron tersentak. Belum sempat dia menyerang, canavar terlebih dahulu menghadiahkan sebiji buku lima ke perutnya. Byron tercampak ke belakang merempuh beberapa batang pokok hutan sehingga tumbang kesemuanya. Canavar menghilang. Dan muncul kembali di hadapan Byron yang sedang cuba untuk berdiri. Tangannya memegang leher Byron lalu mengangkatnya tinggi sebelum mencampakkannya ke sisi.

Sekali lagi tubuh Byron merempuh pokok-pokok yang ada. Canavar tersengih menampakkan barisan giginya yang bertaring. Lidah dikeluarkan lalu bibirnya dijilat seperti sedang kelaparan.

"Your soul.... is mine..." ujarnya perlahan. Byron cuba untuk berdiri lagi. Walaupun badannya dipenuhi luka dan lebam. Dengan mengangkat tangan kanannya ke udara. Dia telah menghasilkan sebatang anak panah bersaiz besar berwarna merah hitam. Satu asap nipis berwarna merah kelihatan keluar dari anak panah tersebut.

Anak panah besar itu dilontarkan ke arah canavar. Kelajuannya lebih laju berbanding anak-anak panah kecilnya yang lain.

Hampa. Itu yang dia rasakan sebaik sahaja anak panah itu disambut oleh Canavar dengan hanya menggunakan tangan sebelah kirinya sahaja. Canavar masih tersengih. Anak panah itu dijilatnya lalu dihancurkan dengan sekali genggaman. Byron jatuh terduduk di atas tanah. Terkejut dengan apa yang berlaku di depan matanya.

Tidak ada sesiapa pun yang pernah terselamat setiap kali dia menggunakan anak panah gergasi itu. Semuanya mati ditangannya. Matanya dipejam perlahan sebelum wajahnya kembali tenang. Mungkin, sudah sampai masanya....

Canavar melangkah perlahan-lahan ke arah Byron. Dengan muka seperti seekor harimau kelaparan.

Tiba-tiba dia berhenti. Langkahnya dihalang oleh seorang lelaki bertubuh besar yang tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana.

Matanya perlahan-lahan mendongak ke atas. Ke arah wajah lelaki yang tersorok di sebalik sebuah topi berwarna merah gelap. Lelaki itu tersengih.

"Hari yang indah bukan, budak?" Soalnya. Canavar tersenyum.

"Wick... Hayes..."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Où les histoires vivent. Découvrez maintenant