part 110

2.1K 268 10
                                    

"Kenapa kau boleh ada di sini?" Soal Ballad dengan jelingan yang tajam ke arah seekor makhluk putih yang jauh lebih kecil sedang melutut di hadapannya. Dalam keadaan termengah-mengah. Makhluk itu hanya diam seribu bahasa. Dia tertunduk ke lantai.

"Polo!!" Jerkah Ballad bila pengikutnya itu langsung tidak menjawab. Polo memerit takut.

"Mereka terlalu kuat tuan.. bukan kekuatan mereka saja.. malah.... perhubungan mereka.." ujar Polo. Ballad menderam marah.

"Aku bagi kau satu tugas! Itu pun kau tak boleh buat!" Marah Ballad. Polo sujud ke lantai.

"Maafkan saya tuan.. maafkan saya." Menggigil seluruh badannya. Ketakutan.

"Kau tak berguna lagi untuk aku!" Tangan dihalakan ke hadapan. Polo tersentak. Badannya semakin kuat menggigil. Dia mengensot laju ke belakang. Cuba untuk melarikan diri dengan air mata membanjiri wajahnya.

"Tak tuan! Maafkan saya tuan!! Kasihani saya tuan!!" Tiba-tiba badannya terapung-apung ke udara. Lehernya tersekat nafas. Seakan-akan ada tangan yang sedang memcekik lehernya. Polo menggapai-gapai kelemasan. Namun tangannya hanya menyentuh angin. Ballad di hadapannya masih dengan tangan ke hadapan. Tangan itu dikepalkan. Serentak dengan itu, Polo menjerit kuat sebelum terkulai layu di udara.

Ballad menghalakan tangannya ke tepi. Dan badan kaku polo tercampak ke tepi juga. Ballad menumbuk kuat sisi kerusi batu yang dia duduk sehingga pecah sisi kerusi itu. Wajahnya membengis marah.

"Tak guna!"

Seorang lelaki berbadan hijau kebiruan melangkah masuk ke dalam ruangan yang menempatkan singgahsana Ballad. Di belakangnya terdapat seorang lagi pengawal sedang memegang kedua-dua belah lengan seorang budak perempuan. Ballad yang sedang marah itu menjeling lelaki itu tajam.

Lelaki itu melutut di hadapan Ballad.

"Galang... apa kau nak?" Soal Ballad.

"Budak ni, Tuan Ballad. Cuba untuk mencari Golden Lily di pulau atas." Ujar lelaki itu. Ballad tersengih. Dia berdiri sebelum berjalan mendekati budak perempuan itu.

"Aku dah pernah cakapkan? Tak ada sesiapa dibenarkan naik ke pulau atas." Dia menyentuh kepala budak perempuan itu yang saiznya jauh lebih kecil berbanding tapak tangan ballad. Laura menggigit kuat tangan Ballad. Ballad berdengus kasar sebelum menampar muka Laura sehingga budak perempuan itu tercampak ke belakang. Galang tersentak.

"Tuan Ballad. Dia masih budak. Saya rasa tak patut..." belum sempat Galang menghabiskan kata-katanya, Ballad menjeling ke arahnya tajam. Membuatkan Galang terdiam.

"Kau rasa? KAU rasa? Kau siapa nak halang aku?" Galang tertunduk.

"Maaf.. Tuan Ballad. Saya cuma nak.."

"Bunuh dia!" Galang sekali lagi tersentak dengan arahan Ballad.

"Tapi dia cuma seorang budak."

"Aku kata bunuh dia!" Galang menelan air liurnya yang tiba-tiba berasa kelat. Dia memandang Laura yang sedang terbaring dengan darah mengalir turun dari kepalanya. Budak perempuan itu kelihatan termengah-mengah. Galang perlahan-lahan mendekati Laura. Ballad tersenyum sinis sebelum berlalu ke kerusi batu miliknya.

"Abang Galang.." panggil si pengawal yang seorang lagi. Dia sendiri terkejut dengan tindakan Ballad sebentar tadi. Galang teragak-agak. Buku limanya dikepal erat. Sehingga tersembul keluar urat-uratnya.

"Tak guna kau Ballad.." bisiknya perlahan.

"Apa kau cakap?" Soal Ballad tiba-tiba sekali lagi membuatkan Galang tersentak.

"Aku cakap kau tak guna!!!" Galang mengumpul segala keberanian yang ada sebelum tiba-tiba menjerkah. Ballad mengetap gigi lalu mengangkat tangannya. Leher galang dicekik sebelum badannya perlahan-lahan terapung di udara. Kakinya terkapai-kapai. Kedua-dua belah tangannya cuba memisahkan apa sahaja yang sedang mencekiknya namun usahanya hanya sia-sia. Dia tahu kuasa Ballad. Dia tahu apa yang Ballad mampu lakukan. Dia boleh bunuh sesiapa sahaja tanpa perlu menyentuhnya. Kuasa yang sangat digeruni.

Apa yang sudah terjadi pada Ballad? Macammana dia boleh berubah seperti ini? Dulu, dia langsung tidak pernah menggunakan kuasanya sewenang-wenangnya seperti ini. Lebih-lebih lagi pada rakyatnya sendiri.

"Tuan Ballad!" Jerit si pengawal. Ballad hanya ketawa kuat tanpa menghiraukan jeritan si pengawal.

Dan tiba-tiba sahaja, satu tumbukan padu mengenai muka Ballad sehingga topeng besi perisai yang dipakai di kepalanya itu hancur berkecai. Ballad tercampak ke sisi. Melanggar dinding batu sehingga berlubang. Galang jatuh ke lantai. Sebelum dibantu oleh seorang lelaki yang mempunyai 2 bilah pedang di pinggangnya. Seorang gadis pula mendekati Laura yang masih terbaring di lantai.

Seorang lagi lelaki berdiri di sisi Galang sambil memandang ke arah Ballad yang sudah terbaring di dalam runtuhan dinding. Seorang lagi lelaki dengan buku limanya yang berasap berdiri di atas kerusi yang diduduki Ballad tadi. Lelaki itu kelihatan aneh. Dengan corak berwarna hitam memenuhi sebahagian wajahnya. Dan sebelah matanya berwarna merah saga. Dia mengetap gigi menahan amarah. Badannya kelihatan turun naik.

"Si-siapa kalian?" Soal Galang.

.......................................................................

I am soooo sorry for my 'always' late update. Bukan sengaja. Tapi tak sempat. I'm trying so hard so that I can update once a week. Harap korang boleh faham and sabar dengan saya. Kisah ni lagi panjang ceritanya. And I need your support to continue writing. Keep voting and supporting beast okey?

P/s: ramai yang vote for yes utk masukkan romance lam cite ni. Hehe.. InsyaAllah author will try hard okey?

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now