part 16

3K 265 6
                                    

Xara berjalan perlahan merentasi beberapa orang lanun yang memandangnya aneh. Tangan kanannya memegang ulu pedang putih yang tersisip di pinggangnya.

"Stay silent..." bisiknya perlahan. Sebaik sampai di tengah-tengah para lanun, ulu pedang dirapatkan ke sarung. Satu aura putih keluar dari ulu pedang yang dirapatkan membentuk satu bulatan berbilah tajam mengenai para lanun yang masih berdiri di situ. Semuanya tercampak ke belakang bersama percikan darah akibat kelaran demi kelaran yang entah datangnya dari mana.

"What a beautiful sword you have there dear. Don't play with sharp things, you'll hurt yourself." Ujar seorang lelaki memegang kapak yang agak besar. Pakaiannya berlainan dari lanun-lanun lain. Rambutnya panjang diikat tongcang. Dia tersengih menampakkan sebatang gigi emas.

"And who are you?" Soal Xara. Dia dapat rasakan, lelaki ini bukan calang-calang orang.

"Sorry darling.. they called me Gildarts.. I'm the second commander of Jaguar's pirate. Nice to meet you silent sword." Gildarts menundukkan badannya seperti seorang gentleman.

"Second commander?" Soal Xara.

"Then you must be a very strong man."

"Well.. if you wanna know.." Gildarts meletakkan kapak besarnya diatas bahu sebelum mengukirkan senyuman yang menyeramkan. Xara membuka langkahnya. Bersedia untuk diserang. Tiba-tiba, Gildarts hilang dari pandangan. Xara mula menumpukan perhatian ke sekelilingnya. Tiada apa-apa. Dia tiada di sini. Dia langsung tidak dapat mengesan pergerakan Gildarts. Langsung tak ada.

Tiba-tiba mata kapak berwarna hitam muncul diudara dan dihayunkan ke arahnya. Xara pantas melompat membuatkan mata kapak itu membelah bumi. Wajah Xara jelas menggambarkan betapa terkejutnya dia. Manakala, Gildarts hanya merenungnya tajam sambil tersengih. Kapak dihayunkan ke arah Xara membuatkan Xara berputar-putar mengelak dari serangan. Semakin lama serangan Gildarts semakin laju dan akhirnya mengenai badan Xara. Darah terpancut di merata tempat. Gadis itu tercampak ke belakang. Tangannya menekup luka di bahagian pinggangnya. Dia memandang Gildarts tajam.

Sekarang dia tiada pilihan lain. Pedang putihnya perlu dipisahkan dari sarung. Sepanjang dia menjadi seorang pemain pedang, pedang putihnya itu belum pernah dipisahkan dari sarungnya. Semua serangannya hanya aura yang dikeluarkan oleh pedang pemberian mendiang ayahnya. Sebab itu dia digelar sebagai the silent sword.

Xara berdiri dari duduk. Darah yang mengalir mengotori baju putihnya itu dibiarkan sahaja. Sakitnya masih terasa. Tetapi ianya membuatkan dia lebih teruja. Dunia luar memang menarik. Lebih ramai lawan yang lebih kuat. Dan dia berdepan dengan salah seorang darinya hari ini. Pedang dikeluarkan dari sarung. Satu aura berwarna putih mula menyelubungi mata pedangnya. Aura yang sangat kuat dan menakjubkan. Gildarts tersengih.

"Dah mula nak serius? Great.. I've been waiting for that." Kapak dihalakan ke arah Xara. Satu aura berwarna hitam muncul di sekeliling mata kapaknya.

Xara meluncur laju ke arah Gildarts.

...................................................................

Lahar dan beberapa pahlawan puak Jaya telah menewaskan separuh dari lanun-lanun Jaguar dengan pertolongan dari Ken. Tiada seorang pun yang terlepas. Satu-persatu mula gugur ke tanah. Kebanyakan Pahlawan Jaya menggunakan busur dan anak panah sebagai senjata. Dan ramai juga yang menggunakan pedang. Dan pada anak panah dan mata pedang mereka mengalir racun yang mampu menghentikan jantung pihak lawan serta-merta.

Ken seperti biasa menggunakan fizikalnya untuk berlawan. Tangan dan kakinya adalah senjata terulung baginya. Sudah ramai yang tumbang dibelasah olehnya.

Theo dan Jaguar berlawan tenaga. Tumbukan dibalas tumbukan. Tendangan dibalas tendangan. Dan disetiap serangan mereka yang bertembung, keluar satu aura berbentuk bulat berwarna biru bercampur hijau. Theo kelihatan serius manakala Jaguar hanya membalas serangan bersama senyuman sinis di bibirnya. Serangan dari Theo dirasakan agak lemah. Pipi Theo ditumbuk kuat sehingga lelaki itu sekali lagi terpelanting ke belakang.

"Aku dah cakap, Atlas. Dia kuat. Lebih kuat daripada semua yang pernah engkau lawan.."

Theo berdecit. Kau diam! Jangan masuk campur urusan aku!

"Bebaskan aku, Atlas.. bebaskan aku... kau perlukan kuasa aku.."

"Aku cakap diamlah sial!" Jerit Theo tiba-tiba.

"Aku akan kalahkan dia sendiri! Aku tak perlukan kau! Get back into your cage!" Gumamnya.

"Interesting.." gumam Jaguar yang perasan akan tingkah laku Theo yang sedang bercakap seorang diri. Orang lain mungkin sudah menganggapnya gila, tetapi bagi Jaguar, ada sebab kenapa lelaki itu digelar The Beast. Dan dia ingin tahu sebab sebenarnya.. Jaguar menghalakan tangan kanannya ke sisi. Satu aura berwarna hijau terbentuk ditelapak tangannya sebelum aura itu membentuk beberapa bilah pisau yang beterbangan diudara. Tangan dihalakan ke arah Theo lalu bilah-bilah pisau itu meluru laju ke arah lelaki itu. Bilah-bilah itu tidak berhenti muncul dari tapak tangan Jaguar. Beribu-ribu bilah dan semuanya terbang ke arah Theo. Pada mulanya, dia berjaya mengelak namun, akhirnya bilah-bilah itu memakan tubuhnya sedikit demi sedikit. Darah terpancut di merata tempat.

"Kau tak boleh lakukannya sendiri! Bebaskan aku!!"

"Aarrghhhhh!" Theo menjerit kuat. Saat bilah-bilah itu mengelar setiap inci bahagian badannya. Walaupun, kelaran-kelaran itu mula menyembuh, namun serangan tanpa henti dari Jaguar membuatkan badannya masih dipenuhi luka.

"Ayuhh! Kau tahu apa kau perlu buat! Bebaskan aku!!"

Seluruh bajunya koyak rabak. Di tengah-tengah perutnya terdapat satu parut besar berbentuk bulat. Dan parut itu mula mengeluarkan cahaya biru yang berasap. Theo masih lagi menjerit. Kesakitan dari kelaran itu sudah tidak dirasai lagi. Kesakitan yang dirasai kini datangnya dari parut di perutnya. Jaguar sudah berhenti menyerang. Dia tersengih teruja. Ya.. dia bakal saksikan, Atlas.. The Uncut Beast...

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now