part 19

2.8K 271 1
                                    

"Jaguar Jack.. captain of The Jaguar Pirates. Bounty of 100k coins. One of the pirates that serve the noble families." Ujar salah seorang anggota Eagle kepada seorang lelaki berkot merah labuh hingga ke lutut. Di belakang kotnya tertulis dengan satu tulisan berwarna hitam, 'Eagle'. Dia hanya memandang ke arah mayat Jaguar yang sudah dibaluti plastik hitam dan diangkat oleh anggota Eagle yang lain ke dalam sebuah kapal besar yang mempunyai kepala helang dihadapannya.

Dia beralih pula ke arah seorang gadis dan seorang lelaki yang cedera teruk sedang digari oleh anggota Eagle.

"Lena Luise. First comander of Jaguar pirate. Bounty of 60k coins. And Gildarts xavis, 2nd son of Edward Xavis. Second comander of Jaguar pirate. Bounty of 70k coins." Ujar anggota Eagle itu lagi.

"And they all were beaten by Theo Atlas and his crew?" Soal lelaki berjambang hitam itu.

"Yes, Colonel." Ujar si kadet berseragam lengkap tentera berwarna merah darah.

"Put some bounty on them. I don't care how, but they're still pirates. We need to catch them. All of them." Ujar Kolonel Aeros.

"Baik Kolonel!" Si kadet itu berlalu dari situ. Chieff Zaffar datang mendekat.

"Should you really catch them Aeros?" Soal Zaffar sambil tangannya disilangkan ke belakang.

"Mereka yang bantu kami bila kau tak mampu nak lakukannya. Bila kau takut untuk melawan golongan bangsawan." Sambungnya lagi.

"Sebab itu aku akan biarkan mereka dulu, Zaffar. Walaupun aku tahu ke mana mereka pergi. Tapi, sebaik sahaja mereka keluar dari Wilayah Azuris, mereka akan aku buru. Sampai ke lubang cacing. Itu tugas aku, Zaffar." Zaffar hanya menggeleng perlahan sebelum dia melangkah ke arah kuil Labis. Zaffar terkedu melihat kuil yang sudah hancur berkecai langsung tiada bentuk kuil lagi. Dia menggenggam penumbuk dengan wajah yang geram.

"Atlas!!"

"Haacuu!!" Theo menggosok-gosok hidungnya yang tiba-tiba sahaja gatal. Dia memandang ke arah laut yang terbentang luas di hadapannya.

"Kau kenapa? Nak demam ke?" Soal Ken sambil menyerahkan segelas arak putih kepada Theo. Theo ketawa perlahan.

"Aku? Demam? Come onlah Ken. Kau macam tak kenal je aku." Arak putih diteguknya perlahan-lahan. Ahh.. sedapnya.

"Iyelah.. hei.. kau pernah pergi Azuris?" Soal Ken sambil meneguk araknya.

"Tak.. aku belum ada peluang ke sana. Sebab tulah aku excited ni. Aku ingat nak beli kapal baru.. iyelah. Takkan kita nak keluar dari Azurea dengan kapal ni. Kata lanun. Tapi guna kapal nelayan." Ken ketawa perlahan.

"Sedar pun kau! Aku ingatkan kau dah tak sedar yang kita tengah berlayar dengan kapal nelayan. Tapi, mana kita nak cari duit beli kapal baru?" Theo tersengih sebelum meneguk araknya sehingga habis. Dia bergerak ke dalam kabin membuatkan Xavier dan xara turut memerhatikan tingkah lakunya.

Theo mengeluarkan sebuah guni yang agak besar dari dalam kabin. Guni yang sama seperti guni-guni bekalan buah-buahan yang diberikan oleh penduduk puak Jaya sebelum mereka berlayar sebentar tadi. Ken, xavier dan Xara hanya memerhati saat Theo membuka tali yang mengikat guni tersebut lalu isinya dipunggah keluar. Ken, Xavier dan Xara terpengung.

"Inikan buah sutera labis? Tapi.. macammana..." soal Xara sambil memandang Theo yang sedang tersengih.

"Aku curi malam tadi. Masa semua orang tengah tidur." Ujar Theo sambil ketawa terbahak-bahak. Membuatkan rakan-rakannya yang lain turut ketawa.

"Kau ni memang dasar pencurilah, Theo." Ujar Xavier. Theo tersengih.

"With this, we'll get our new ship!!"

"Yeah!!!" Kata-kata Theo diiringi dengan sorakan dari rakan-rakannya.

..................................................................

Di setiap bandar di Benua Azurea telah ditampal dengan wanted poster dalam bilangan yang banyak. Wanted poster terbaru itu memaparkan lakaran 4 orang sahabat dengan bounty masing-masing yang agak tinggi. Sam dan Christ, berpandangan sesama sendiri saat 4 wanted poster itu ditampal di dinding-dinding kedai mereka. Mereka tersengih.

"You've done it, Theo.." ujar Christ.

"Apalah yang kau dah buat sampai dapat bounty macam ni." Ujar Sam pula. Kedua-duanya ketawa terbahak-bahak.

Wanted
Theo Atlas
100k coins
Dead or alive

Wanted
Ken Sres Avian
70k coins
Dead or alive

Wanted
Xavier Xiaffiar
80k coins
Dead or alive

Wanted
Xara Xiaffiar
70k coins
Dead or alive

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now