part 64

2.3K 241 16
                                    

"Tak sia-sia keputusan aku untuk berlayar ke Liberie." Ujar satu suara membuatkan mereka berpaling ke luar kurungan. Ken mengetap gigi memandang si pemilik suara.

"Rupanya aku akan bawa balik ikan-ikan besar untuk Lethal Isle. Eh tak.. Lethal Isle terlalu mudah untuk kau.. apa kata kalau aku hantar korang terus ke Irongate?" Kolonel Kunyit tersengih. 2 orang tentera lengkap bersenjata yang sedang berdiri mengawal kurungan besi itu segera beralih saat Kolonel Kunyit mendekati. Kolonel muda itu mencangkung di sisi kurungan. Berhadapan dengan Theo.

"Kau terlalu lembut, Atlas. Dan keputusan kau telah menyebabkan korang terperangkap kat sini." Ken pantas menarik leher baju Kolonel Kunyit melalui celahan jeriji besi. Kepala lelaki itu didekatkan ke jeriji. Para tentera ingin membantu tetapi sempat dihalang oleh Kolonel itu sendiri.

"Apa yang kau dah buat? Apa yang kau cakap dekat Theo!?" Jerit Ken. Theo yang bersila di belakang hanya mendiamkan diri.

"Korang kat sini sebab kapten korang yang lemah tu sanggup korbankan korang untuk penduduk Liberie yang jijik itu.." ujar Kolonel kunyit perlahan. Sempat dia mengukirkan senyuman sinis. Terkejut dengan kata-kata lelaki tersebut, ken melepaskan cengkamannya. Dia memandang ke arah Theo. Lelaki itu hanya menjungkit bahunya. Sekali lagi Ken mencengkam leher baju Kunyit. Kali ini dia menghempaskan kepala Kunyit ke jeriji besi. Sehingga kepala lelaki itu sedikit luka.

"Kau dengar sini, Lengkuas. Pastikan yang aku tak dapat keluar dari sini.. kalau tak, mungkin hari ni hari terakhir kau melihat dunia!" Ugut Ken dengan suara yang dalam. Kunyit ketawa perlahan sebelum menepis cengkaman tangan Ken. Dia bangkit berdiri lalu membetulkan kolar bajunya.

"Aku tak akan lepaskan korang. Kurungan ni diperbuat daripada logam dari perut bumi. Tak mungkin korang dapat memusnahkannya. Lagipun, apa gunanya aku bersusah payah meminta bantuan dari Salamander untuk menangkap korang berdua kalau aku biarkan korang lari.." mata Kunyit memandang ke arah Xara dan Xavier sebelum dia beredar dari situ.

"Salamander? Dia minta tolong dari Salamander?" Soal Aigle.

"Jadi, lembaga kuning tu tentera Salamander?" Soal Xavier pula.

"Tapi, bukan ke Eagle dan Salamander bermusuhan? Macammana dia boleh minta tolong dari Salamander?" Soal Xara pula.

"I don't want to stay here to find the answer." Ujar Ken.

"Theo, kita kena keluar dari sini! Aku tak nak ke Irongate! Tempat tu menyeramkan!" Rungut Aigle.

"Hahaha.. Kau pernah pergi sana ke, Aigle? Lagipun, aku tak bercadang untuk tamatkan pengembaraan kita secepat ni." Ujar Theo sambil tersengih.

....................................................................

Kapal Induk Eagle yang dinaiki oleh Kunyit menyusuri lautan diikuti beberapa buah kapal Eagle yang lain. Kapal-kapal lain saiznya lebih kecil berbanding kapal induk tetapi masih mampu untuk memuatkan kurungan yang telah mengurung Izarus dan para pengikutnya pada setiap satu kapal. Ibis juga telah dikemudi oleh tentera Eagle bersama kapal-kapal lain. Sebenarnya, Ibis yang telah diekori oleh Xara dan Xavier adalah fatamorgana yang telah dicipta oleh kabus di Laut Mistik.

Kolonel Kunyit berdiri di hadapan pengemudi kapal. Matanya masih meneropong ke laut yang luas terbentang di hadapan mereka. Dia berdengus perlahan sebaik sahaja teropongnya menangkap satu bayang-bayang kapal Eagle. Teropong di simpan sebelum dia melepaskan keluhan berat. Dia tahu siapa pemilik kapal itu. Orang terakhir yang dia hendak jumpa.

Beberapa minit kemudian, kapal Eagle yang saiznya lebih kurang sama dengan kapal milik Kolonel Kunyit melabuhkan sauhnya di sisi Kapal Kunyit. Kunyit hanya mendekati sisi kapalnya tanpa banyak bicara.

"Apa kau buat di sini, Kunyit?" Soal seorang lelaki tua berjambang perang. Kot Eagle labuh hingga ke lutut masih tersarung dibadannya. Dia memandang Kunyit yang kelihatan seperti menyampah dengan kehadirannya.

"Aku dapat arahan dari Lieutenant Kaizar untuk memeriksa gegaran yang berlaku berhampiran Liberie." Ujar Kunyit tanpa memandang ke arah Kolonel Aeros.

"Apa maklumat yang kau dapat?" Soal Aeros lagi.

"Gegaran tu disebabkan oleh Izarus." Aeros tersentak.

"Izarus? The Lethal Isle escapee?" Kunyit hanya mengangguk.

"Apa yang menyebabkan dia bertindak macam tu?" Soal Aeros lagi. Kunyit mengeluh perlahan.

"Apa yang kau buat kat sini orang tua?" Soal Kunyit kembali. Cuba untuk mengelak dari soalan lelaki itu.

"Aku sedang menjejak the beast." Kunyit hanya mengangguk perlahan.

"Berikan aku laluan. Aku nak pulang ke Seavierra." Ujar Kunyit.

"Kau tak nak cerita macammana kau dapat tangkap mereka, kunyit?" Soal Aeros lagi. Kunyit berdengus.

"Siapa?"

"Izarus... dan Atlas and his crew?" Kunyit tersentak.

"Macammana kau tahu!?"

"Hahahah.. aku lebih berpengalaman dari kau Kunyit. Tak perlulah kau nak berahsia dengan aku. Bawa aku berjumpa dengan mereka." Kunyit berdengus lagi sebelum dia melangkah ke kabin diikuti Aeros dan chief komander mereka.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now