part 70

2.4K 207 0
                                    

Xavier berjalan keluar dari hutan kecil berhampiran rumah milik Horn bersama seorang lelaki berpakaian lusuh. Di tangannya digenggam sebatang busur. Wajahnya lebam. Mungkin telah dibelasah oleh Xavier. Dia menarik lelaki itu ke arah satu-satunya rumah yang ada di situ. Rakan-rakannya berpaling saat mereka mendekati.

"Tu.. tu baju Mel kan?" Soal Xavier sebaik ternampak cebisan kain berwarna ungu di tangan Xara. Pantas cebisan itu dirampasnya. Theo mencampakkan anak panah itu ke tanah lalu dia menerkam ke arah lelaki dengan busur di tangannya. Leher baju lelaki itu dicengkam dalam keadaan marah. Lelaki itu hanya memandang tajam ke arah Theo sambil tersenyum sinis.

"Apa lelaki tua tu dah buat pada Mel!?" Soal Theo keras. Matanya merah menahan marah. Seakan-akan dia ingin menelan lelaki itu hidup-hidup. Lelaki itu ketawa perlahan.

"Serah diri, beast. Atau kawan kau akan jadi lauk raksasa laut." Theo mengetap gigi lalu wajah lelaki itu ditumbuknya kuat. Sehingga dia terpelanting melanggar sepohon pokok di belakangnya. Darah merecik keluar dari tubir bibir. Xara cuba menahan lelaki itu. Bimbang jika dia tiba-tiba hilang kawalan seperti sebelumnya. Tapi, tangan Xara ditepisnya. Theo melangkah laju ke arah lelaki itu lalu sekali lagi leher bajunya dicengkam.

"Tell me something, bastard. Was he the one responsible for the attack on my village?" Soal Theo lagi. Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya dia hanya tersengih sambil menahan sakit. Theo bernafas laju. Amarahnya sudah tidak dapat ditanggung lagi. Lelaki itu dicampakkannya ke tanah. Lalu wajahnya ditumbuk bertubi-tubi sehingga lelaki itu terkulai lemah berlumuran darah. Horn pantas memisahkan Theo dari lelaki itu. Wajah Theo ditumbuknya kuat.

"Kawal diri kau, Theo!!" Jerkah Horn membuatkan Theo tersentak. Nafasnya yang kencang tadi berubah rentak. Menjadi semakin perlahan. Melihat Theo yang sudah bertenang itu, Horn memaut lengan lelaki yang sudah teruk dibelasah Theo untuk berdiri.

"Lead the way." Tubuh lelaki itu ditolak kasar. Tanpa membantah lagi, lelaki itu hanya berjalan lemah ke hadapan. Horn, Xavier, Ken dan Xara membontoti lelaki itu dari belakang. Theo masih cuba menenangkan dirinya. Dia tidak mahu Canavar terlepas lagi. Dia menarik nafas panjang sebelum bangkit lalu berjalan perlahan ke arah yang sama dilalui oleh rakan-rakannya.

.......................................................................

"Lepaskan akulah!" Jerit gadis berambut coklat paras bahu yang diikat dan dikurung di dalam sebuah sangkar besi di hujung bilik itu. Seorang lelaki dengan gaya rambut diikat ekor kuda dan bertatu di wajahnya menjeling ke arah gadis itu sebelum merengus perlahan.

"Shut up." Ujarnya sebelum menyalakan sebatang curut lalu diletakkan di mulutnya.

"Kapten.." ujar seorang lelaki berbaju hitam berjalan masuk ke dalam bilik itu lalu tunduk di hadapan Kapten Hans.

"Zen. Mana Bog?" Soal Hans sambil menghembuskan asap dari mulutnya.

"Dia belum balik lagi, Kapten." Ujar Zenius.

"Hahh..." Hans melepaskan keluhan bersama asap yang berkepul-kepul.

"We need that beast to find Urre Gold. We alone wouldn't make it in the other continents." Hans mendongak ke siling yang merupakan deck kapalnya. 

"Jangan harap Theo akan sertai kau, lanun tak guna!" Marah Mel. Dia memandang tajam ke arah Hans. Hans berpaling ke arah gadis itu.

"Dia akan sertai aku selagi aku ada kau." Ujar Hans dengan nada mendatar. Mel terdiam. Dia kenal Theo. Tak mustahil lelaki itu akan mengorbankan dirinya sendiri untuk keselamatan sahabatnya. Theo...

"Kapten! Bog dah kembali!" Jerit seorang lanun bergigi jarang di muka pintu bilik.

"Tapi, dia tak keseorangan." Sambung lelaki itu lagi membuatkan Hans berdiri dari kerusinya. Dia tersengih menampakkan giginya yang kekuningan.

..................................................................

"Mana anak aku?!" Soal Horn kepada lanun-lanun di atas kapal besar yang tersadai di perlabuhan Zenu berhampiran pekan Alvina. Lanun-lanun itu hanya tersengih tanpa gentar. Dari sebuah kabin di atas deck kapal tersebut keluarnya seorang lelaki bertatu di wajahnya bersama seorang lelaki berbaju hitam dan seorang lelaki bergigi jarang. Kapten Hans memandang ke arah Horn dan 4 orang remaja di belakangnya.

"Beast..." Hans tersengih sebaik yang dicari telahpun dijumpai. Habis ranap Kampung Suria dia kerjakan untuk mencari lelaki itu, baru hari ini dia menemukan.

"Hans. Apa kau dah buat pada kampung aku?" Soal Theo perlahan tapi masih boleh didengari Hans.

"Oh, you've seen it? Great. I'm pretty sure you don't want the same thing happen to your precious little girlfriend right?" Hans berjalan menuruni tangga kayu. Theo menggenggam buku limanya. Ingin sekali dia menyerang lelaki itu tetapi dia dihalang oleh tangan kasar milik Horn. Horn memandang Hans tajam.

"Lepaskan anak aku, Hans." Ujar Horn. Hans berhenti betul-betul di hadapan Horn.

"Aku tak perlukan perempuan tu.. aku perlukan budak hingusan di belakang kau ni." Ujar Hans.

"Lepasi aku dulu.."

"With pleasure." Hans berundur ke belakang manakala para pengikutnya maju ke hadapan. Kini mereka dikepung. Belakang badan mereka bertemu. Xara dan Xavier mengeluarkan pedang mereka.

"Bunuh mereka dan bawa Beast pada aku." Ujar Hans.

"Aye Captain."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Место, где живут истории. Откройте их для себя