part 49

2.3K 230 5
                                    

"Aaaahhhh! Besarnyaa!!!" Jerit Aigle sebelum menghalakan senapangnya ke hadapan dalam keadaan menggigil. Inilah kali pertama dia berdepan dengan raksasa yang berkali ganda lebih besar dari mereka. Theo dan Ken kelihatan teruja. Xavier hanya tersenyum. Manakala Xara, Coda dan Peter sudah berpeluh-peluh. Mana tidaknya, mereka sedang dikelilingi oleh pelbagai jenis raksasa laut yang sedang merenung mereka seperti makanan.

Tiba-tiba mereka menyerang menggunakan kepala mereka. Merempuh ke deck kapal Red Pigeon membuatkan Theo dan rakan-rakannya terpelanting. Mereka berterusan menyerang.

"Theo! Diorang akan musnahkan kapal kita!" Jerit Xara. Pantas Theo melompat lalu menghadiahkan satu tendangan padu pada leher raksasa laut berupa naga. Xavier dan Xara mula mengelar raksasa yang berupa beruang dan harimau. Aigle pula menembak ke arah beberapa ekor raksasa yang saiznya lebih kecil. Coda dan Peter juga membantu dengan menyerang seekor raksasa berupa ikan keli besar. Ken juga sudah berjaya menumbangkan beberapa ekor raksasa bersama Aigle.

Theo pantas memanjat di atas kepala raksasa naga itu lalu misainya ditarik kebelakang. Raksasa itu mula menggelupur cuba untuk melepaskan diri sebelum ia terus terjun ke dalam laut. Theo yang masih di belakang badannya terpaksa menahan nafas. Naga tersebut terus cuba untuk menceraikan Theo dari badannya tetapi, entah mengapa lelaki itu enggan berbuat demikian. Dan mereka pun terus tenggelam ke dasar laut.

"Theo!" Jerit Aigle. Sudah beberapa minit sejak mereka menewaskan kesemua raksasa-raksasa laut yang menyerang mereka. Dan Theo masih juga belum naik ke permukaan.

"Mana dia pergi?" Soal Ken.

"Hei. Theo pandai berenang tak?" Soal Peter.

"Jangan mengarut. Theo tak akan lemas!" Jerit Xara.

"Biar aku cari dia.." Coda mula membuka bajunya sebelum dihalang oleh Xavier.

"Theo tak akan mati hanya disebabkan tu. Jangan risau. Kita teruskan saja." Ujarnya.

"Kau nak tinggalkan Theo, Xav?" Soal Aigle.

"Have faith in Theo. Lagipun, kalau kita terus stay kat sini, mungkin lagi banyak raksasa laut akan datang serang kita." Tegas Xavier membuatkan Aigle menelan air liurnya. Bukan takutkan Xavier, tapi takutkan raksasa laut yang sedang menunggu masa yang sesuai untuk menyerang. Mereka yang lain terpaksa bersetuju dengan kata-kata Xavier. Theo kuat. Laut sendiri pun tak mampu nak tenggelamkan dia.

Red Pigeon bergerak perlahan masuk ke dalam alur sungai terus ke dalam hutan bakau. Keadaan sekeliling sunyi. Hanya dipenuhi dengan bunyi hutan. Di sebalik pokok-pokok bakau yang gelap kelihatan beberapa pasang mata sedang tajam merenung ke arah mereka. Aigle menggeliat seriau.

"Apa tu?" Soalnya.

"Shh.. jangan tegur." Ujar Coda sebelum tersenyum melihat reaksi Aigle yang sedang bersembunyi di belakang Ken.

"Hei sayang. Kau kata dah tak nak jadi pengecut lagi." Ujar Ken sambil tersengih.

"Diamlah. Aku tengah belajar, okay?" Belakang lelaki itu dipukul kuat membuatkan Ken ketawa perlahan.

"Shhh.. korang dengar tak tu?" Soal Xavier sambil jari telunjuk kirinya melekat pada bibir. Tangan kanannya sudah memegang ulu pedang. Masing-masing terdiam. Cuba mendengar bunyi yang dikatakan oleh Xavier. Sunyi sahaja sebelum tiba-tiba beberapa makhluk bertopeng dan berkerudung hitam muncul dan melompat ke arah deck kapal. Mereka mula mengeluarkan senjata masing-masing.

"Siapa korang?" Soal Ken. Makhluk-makhluk bertopeng itu tidak menyahut malah mula menyerang mereka. Mereka cuba melawan tetapi secara tiba-tiba sahaja mereka manjadi lemah. Sebelum mereka sempat berbuat apa-apa, mereka sudah terbaring di atas deck dalam keadaan tidak sedarkan diri. Salah satu makhluk bertopeng itu berdiri di sisi Ken sebelum tersenyum di sebalik topengnya.

....................................................................

"Aaahh!!! Uhuk uhuk!" Theo terbatuk-batuk. Air masin mengalir keluar dari birai bibirnya. Dia bangkit perlahan lalu keadaan sekeliling diperhati. Dia sedang berada di dalam sebuah gua. Di sisinya terdapat sebuah unggun api. Pakaiannya juga sudah berubah.

"Kau dah sedar?" Soal seorang lelaki tua lalu meletakkan segelas air dan sepinggan daging panggan di hadapan Theo. Theo tersengih pantas meneguk air dan menelan daging panggang tersebut.

"Ada lagi pak cik?" Soalnya membuatkan lelaki tua itu ketawa perlahan.

"Maaflah. Itu saja yang ada." Ujar lelaki tua itu.

"Kau dari mana? Macammana kau boleh tenggelam dalam Terror Line tu?" Soalnya lagi. Theo menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Oh ya! Dia tenggelam bersama raksasa naga yang cuba untuk menyerang kapalnya.

"Pak cik yang selamatkan saya? Hahah! Terima kasih pak cik."

"Kau beruntung aku ada kawan dalam laut tu. Kalau tak. Dah lama terburai perut kau kat dasar laut tu." Theo hanya tersengih.

"Pak cik ni siapa?" Soal Theo.

"Aku Falcon. Penjaga selatan Liberie. Atau boleh dikatakan bekas penjaga. Kau pula. Apa kau buat dekat tempat yang paling ditakuti penduduk Liberie ni?"

"Oh. Jadi saya dah sampai ke selatan Liberie? Baguslah. Eh, pak cik ada nampak kawan-kawan saya?" Baru dia teringat. Langsung tiada kelibat rakan-rakannya di dalam gua itu.

"Eh budak ni. Aku tanya dia tak jawab. Dia boleh tanya aku balik. Tak ada. Aku jumpa kau sorang saja."

"Heheh. Maaf pak cik. Nama saya Theo. Saya lanun."

"Apa kau buat kat sini?"

"Saya nak belasah Dewa Laut."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now