part 77

2.2K 229 9
                                    

Air berkocak dengan kuat membuatkan kapal mereka terhuyun-hayan. Theo, Ken dan Xavier mula bersiap sedia untuk menyerang. Tetapi, ikan itu terlebih dahulu membuka mulut besarnya. Air laut yang masuk ke dalam mulut raksasanya telah menarik Ibis untuk turut sama ke dalam perut ikan. Sebaik kapal merah kecil itu berlayar ke dalam perut ikan raksasa, ikan tersebut menutup mulutnya lalu berenang ke dalam laut.

Bahagian dalam mulut ikan itu gelap. Sangat gelap sehinggakan keadaan sekeliling pun mereka tak nampak.

"Kita dah masuk dalam perut ikan ni ke?" Soal Aigle. "Aaa aku tak nak mati lagi!"

"Aku rasa kita tak masuk dalam perut lagi." Xara menyalakan lampu minyak tanah. Kapal mereka sedang terapung-apung di dalam laut berlangit merah. Gigi-gigi kuning bertaring tersusun di sekeliling mereka. Dan jauh di hujung terdapat satu lubang dengan anak tekak berwarna merah tergantung di atas lubang tersebut.

"Kita masih kat dalam mulut dia." Ujar Ken.

"Kenapa dia tak telan kita?" Soal Xavier.

"This is so cool!" Jerit Theo teruja.

......................................................................

Dia sebuah pulau kecil, terdapat sebuah rumah kayu berwarna hijau dan sebatang pokok kelapa tumbuh di sebelah rumah kayu itu. Di tebing pulau kecil itu terdapat sebuah kapal nelayan kecil berwarna coklat diikat kemas pada jeti kayu kecil. Pulau itu betul-betul kecil dan hanya memuatkan sebuah rumah dan sebatang pokok kelapa sahaja.

Seorang lelaki tua keluar dari rumah berwarna hijau tersebut bersama sebatang joran dan sebuah kotak plastik berwarna hitam. Dia mengambil tempat di atas jeti kayu. Umpan dari kotak plastik hitam diambil lalu disangkutkan ke mata kail pada hujung tali joran sebelum dia terus melemparkan tali joran tersebut ke dalam laut. Dia bersiul kecil sambil menunggu umpan dimakan ikan.

Memancing di laut yang penuh dengan raksasa laut sememangnya menguntungkan. Tidak sampai seminit dia menunggu, umpannya sudah dimakan oleh seekor ikan yang berwarna biru bertompok-tompok merah. Ikan sebesar lengan itu dimasukkan ke dalam baldi berhampiran. Dia mengulangi aktiviti yang sama sehinggalah baldinya dipenuhi ikan-ikan pelbagai jenis. Dia merenung ikan-ikan di dalam baldi.

"Cukuplah untuk makan malam." Ujarnya. Tiba-tiba air yang tenang di dalam laut mula berkocak kuat. Dia berpusing ke belakang. Pandangannya tenang sahaja. Dia berdiri lalu bercekak pinggang. Seakan-akan sudah tahu apa yang bakal muncul dari kocakan air itu. Tiba-tiba muncul seekor ikan besar bersisik hijau kemerahan. Dia tersenyum melihat ikan yang besarnya sebesar gunung itu. Ikan itu berenang ke arah pulau kecil di mana lelaki tua itu sedang berdiri. Sebaik sahaja dia merapati pulau itu, air mula melimpah naik ke atas darat.

"Hai Jane. Kau dah makan?" Soal lelaki tua itu sambil menggosok perlahan sisik ikan gergasi. Ikan gergasi menggerak-gerakkan ekornya seperti seekor kucing. Ia menderam manja sebelum ia berenang sedikit ke belakang. Perlahan-lahan ia mengangakan mulutnya yang dipenuhi gigi taring yang panjang. Sebuah kapal berwarna merah keluar dari mulutnya bersama-sama air laut. Kapal itu berlabuh di sebelah pulau kecil milik si lelaki tua. Lelaki tua itu menepuk dahinya perlahan.

"Jane.. berapa kali aku bagitahu engkau. Jangan makan kapal lanun lagi. Kau ni memang tak nak dengar kan?" Jane tersengih sebelum berenang ke dalam laut lalu menghilang di laut dalam. Lelaki tua itu memerhatikan kapal lanun berwarna merah di sisi pulaunya. Kelihatan 5 orang remaja sedang berdiri di dalam kapal itu dalam keadaan terpinga-pinga.

"Hei! Ada orang lah!" Jerit Aigle sambil menunding jari ke arah lelaki tua tersebut. Rakan-rakannya yang lain mula menjengahkan kepala mereka ke bawah. Lelaki tua itu tersenyum.

....................................................................

"Oh, jadi ikan tu haiwan peliharaan pak cik lah?" Soal Ken. Mereka telah dijemput oleh lelaki tua itu ke dalam rumahnya.

"Ya.. pak cik selamatkan dia dulu. Sejak tu, dia selalu datang jumpa pak cik. Selalu juga dia datang bawa kapal lanun macam kalian ni. Maaflah. Dia masih kecil lagi." Ujar pak cik tua itu membuatkan Aigle dan Theo tersedak.

"Besar macam tu pun kecil lagi?" Soal Theo. Pak cik tua itu ketawa perlahan.

"Kau belum jumpa ikan Greenscales yang sudah dewasa. Besarnya 2 kali ganda dari Jane." Jelas pak cik tua membuatkan Theo, Aigle dan Ken terlopong sambil mengangguk-anggukkan kepala.

"Wow.. aku teringin nak jumpa.." gumam Theo perlahan.

"Jadi, apa kalian buat di Blue Line?" Soal Si pak cik tua.

"Jadi tempat ni namanya Blue Line? Sama macam Terror Line dan Laut Mistik?" Soal Xavier. Lelaki tua itu mengangguk perlahan.

"Kitorang nak ke Euloth." Ujar Xara pula.

"Macam tu ya. Jadi, kalian pun samalah macam lanun-lanun lain yang dahagakan pengembaraan. Semua pintu masuk Euloth sudah dikawal ketat oleh Salamander. Macammana kalian nak masuk ke sana?" Soal Pak cik itu.

"Itu yang masih menjadi masalah, pak cik. Kitorang tak tahu jalan masuk lain." Ujar Xara.

"Hmm.." lelaki tua itu menggosok perlahan dagunya. "Baiklah. Pak cik boleh tolong."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now