part 58

2.4K 251 19
                                    

Mereka berlari pantas masuk ke dalam hutan. Sebaik sampai di tempat yang dituju, kelihatan beberapa orang pemuda Liberie sedang terbaring di atas tanah dalam keadaan berlumuran darah. Di sisi mereka berdirinya para pengikut Izarus dengan senjata mereka yang dipenuhi darah. Yang pasti kebanyakan penduduk telah melarikan diri.

"Tak guna!" Pantas Xavier melompat ke arah salah seekor Dyr itu. Pedang diangkat ke udara lalu dilibas ke arah makhluk itu. Libasan pedangnya ditahan oleh lembing yang dipegang makhluk berwajah ikan keli itu.  Xavier terdorong kebelakang ditolak kasar oleh di ikan keli. Aneh.. kekuatan mereka rasanya lebih tinggi berbanding ketika mereka bertempur di markas lanun-lanun itu. Ketika itulah dia terpandang kedua-dua belah mata milik si ikan keli. Mata hitamnya sudah tidak kelihatan. Semuanya berwarna putih. Sama seperti yang pernah terjadi pada Ken.

"Diorang dikawal.." ujar Xavier. Rakan-rakannya yang lain memandang lawan mereka. Benar, semuanya bermata putih dengan wajah yang tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Pakcik Clayton.. pergi tolong penduduk yang lain.. serahkan mereka pada kitorang." Ujar Ken. Sebaik Clayton, Falcon dan beberapa penduduk yang mengekori mereka tadi menghilang, Xavier, Xara, Ken dan Aigle pantas menyerang. Walaupun serangan mereka berjaya dihalang. Lawan mereka kali ini lebih hebat berbanding sebelum ini. Sehinggakan teknik bermain pedang Xara dan Xavier yang mampu mengalahkan ramai lanun Dyr sebelum inipun tidak dapat menjejaskan mereka.

Xara dan Aigle terpelanting ke belakang sebaik diserang oleh 5 ekor Dyr.

"Apa yang kita nak buat sekarang?" Soal Aigle. Mereka memandang ke arah Xavier dan Ken yang masih berbalas serangan dengan beberapa ekor Dyr yang lain. Mereka juga sudah berapa kali jatuh tetapi tetap bangkit.

"Satu-satunya cara.. adalah dengan Theo mengalahkan Izarus.." ujar Xara seraya bangkit.

"Sementara tu, kita kena halang diorang dari terus memburu penduduk Liberie!" Xara berlari ke arah 5 ekor Dyr tadi yang sedang berjalan ke arah yang dituju oleh penduduk Liberie untuk melarikan diri. Pedang dilibas-libas. Aigle bingkas bangkit lalu mengisi lebih banyak peluru ke dalam senapangnya. Muncung senapang dihalakan ke arah Dyr yang dilawan oleh Xara sebelum picu ditekan kuat.

"Until Theo defeat Izarus!" Jeritnya.

...............................................................

Izarus melompat ke atas permukaan laut. Anehnya, dia langsung tidak tenggelam ke dasar. Sebaik sahaja kakinya menyentuh permukaan air, kapal buruknya tadi mula tenggelam dan karam semula ke dasar laut. Setiap langkah Izarus menghasilkan percikan air yang kuat. Dia berjalan menuju ke arah Theo yang sedang menunggu tenang di gigi air. Sebaik sahaja lelaki serigala itu tiba di hadapan Theo, Theo mendongak ke langit. Disebabkan saiz Izarus yang seperti seekor gergasi itu, membuatkan Theo terpaksa mendongak untuk memandang wajahnya.

Izarus tunduk. Merapatkan wajahnya ke wajah Theo. Dia menghembuskan nafas kasar dan berbau hanyir.

"Siapa nama kau budak mentah?" Soal si ketua puak Dyr.

"Aku akan bagitahu kau bila kau dah kalah melutut depan aku." Ujar lelaki itu. Izarus tersenyum. Senyumannya itu kemudiannya bertukar menjadi sengihan sebelum akhirnya dia ketawa terbahak-bahak. Tiba-tiba Izarus mengangkat buku limanya tinggi, sebelum dia menumbuk Theo kuat. Walaupun bagi seekor gergasi, pergerakan lelaki serigala itu tetap pantas.

Theo ditumbuknya ke tanah. Buku limanya yang besar mampu menenggelamkan Theo ke dalam kawah yang terbentuk akibat tumbukan itu. Izarus tersenyum sinis. Tetapi, senyumannya mati apabila buku limanya diangkat oleh Theo menggunakan kedua-dua belah tangannya. Darah menitis dari luka di kepala lelaki itu. Namun, lukanya hanya kelihatan sekejap sahaja sebelum ianya hilang begitu sahaja.

Theo pantas memanjat tangan Izarus lalu melakukan balik kuang dan menghadiahkan satu tendangan ke wajah lelaki Dyr itu. Pergerakannya yang pantas membuatkan Izarus tidak sempat untuk mengelak. Theo mendarat di atas tanah. Bekas darah didahinya dikesat menggunakan belakang tangan.

"Nampaknya, kau bukan hanya budak hingusan ya.." ujar Izarus sambil mengesat darah yang mengalir di tubir bibirnya.

"Kau ada batu penyembuh?" Soal Izarus lagi. Theo tersengih.

"Aku tak perlukannya." Kata-kata Theo membuatkan Izarus tersenyum.

"Kalau bukan batu penyembuh, tak mungkin kau mampu menyembuhkan diri seperti itu. hanya seorang sahaja yang ada kebolehan tu.. dan aku yakin dia bukan budak mentah seperti kau.. bagitahu aku, macammana kau boleh dapatkan kebolehan dia?"

"Siapa yang kau maksudkan?"

"Jawab dulu soalan aku budak!"

"Kau kena kalahkan aku kalau kau nak tahu jawapannya!"

Izarus tersengih.

"Kau memang mencari nahas budak mentah!" Izarus meluru laju ke arah Theo. Theo bersiap siaga. Bertubi-tubi tumbukan dan tendangan yang dilepaskan oleh Izarus. Semuanya dielak oleh Theo dengan pantas. Theo melompat tinggi sebelum turut melepaskan tumbukan. Tetapi tumbukannya berlaga dengan buku lima milik Izarus yang saiznya 4 kali ganda lebih besar. Retak tulangnya menerima pukulan itu. Tapi ianya kembali bersambung dan tetap mampu menerima bebanan kuat disebabkan oleh tumbukan Izarus.

Tetapi, sekuat manapun dia cuba menahan, tumbukan milik Izarus lebih kuat dari yang pernah dia terima dari lawannya yang lain. Tumbukan itu mengenai wajahnya lalu menyebabkan Theo terpelanting jauh ke atas bukit pemisah. Dia melekat pada batu-batuan di sisi bukit pemisah. Batu-batuan itu retak disebabkan oleh rempuhan badan Theo. Kaki dan tangannya terangkat. Mulutnya ternganga luas. Darah mengalir tanpa henti.

Izarus melompat ke arah Theo lalu bergantung pada batu-batuan di sisi Theo. Dia tersengih. Jari jemarinya yang berkuku tajam dan kekuningan itu kemudiannya mencengkam leher baju Theo lalu memisahkan Theo dari batuan. Theo mengetap giginya sambil menjeling ke arah Izarus. Belum sempat dia melawan, Izarus terlebih dahulu mencampakkannya ke bawah. Hentaman itu menghasilkan kawah yang agak besar pada tanah merah. Theo memuntahkan darah. Dia kelihatan termengah-mengah. Dadanya turun naik dengan laju. Mulutnya terbuka dan matanya tetap memandang ke arah Izarus yang sedang melompat turun.

"Hahahah! Aku Izarus!! Dewa Laut Azurea!!! Siapa lagi boleh halang aku!! Hahahahah!!" Izarus ketawa kuat. Bergema satu Liberie.

"Kau akan mati hari ni, budak!" Izarus mengangkat buku limanya tinggi dan dihalakan ke arah Theo yang masih terbaring di dalam kawah. Theo tersengih.

"Jangan harap."

..................................................................

Canavar cakap thanks sebab ada yang suka dia walaupun dia jarang keluar. Hahah. Marah author sebab author jarang tulis pasal dia. Kur kur.

P/s: sebenarnya kadang2 author lupa kewujudan dia... 😅😅😅😅

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now