part 76

2.3K 218 6
                                    

Kapal merah mula berlayar meninggalkan Liberie. Para penduduk bandar bersama-sama Coda, Milea, Peter, Clayton dan Falcon melambai-lambai ke arah kapal itu. Kapal milik para lanun yang telah banyak mengubah hidup mereka. Kalau dulu mereka sering hidup dalam ketakutan, tapi sekarang, mereka sudah mampu untuk menerima sesiapa sahaja untuk berkunjung ke Liberie. Untuk jatuh cinta dengan Liberie. Cuma satu sahaja yang menjadi kerisauan mereka. Bagaimana lanun-lanun itu ingin melepasi pintu masuk Euloth tanpa ditangkap oleh Salamander.

Semakin lama semakin mereka menjauhi Liberie. Aigle masih lagi melambai ke arah para penduduk sehinggalah pulau itu tidak kelihatan lagi dari pandangan. Mereka bergerak ke mana kompas lagenda mengarah.

"Macammana kita nak lepasi Salamander?" Soal Aigle sambil merehatkan pipinya di atas sisi kapal.

"Entahlah. Aku pun tak tahu. Lautan sempadan tu pun aku tak pasti sama ada kita boleh lepasi atau tak." Ujar Xara. Dia ingat lagi bagaimana laut-laut yang mengelilingi pintu masuk Euloth. Seperti di Terror Line dan Laut Mistik. Mereka sendiri tidak tahu apa yang bakal mereka jumpa di sepanjang laut-laut itu.

Xara menghidangkan 5 gelas kaca berisi jus epal yang diberikan oleh Fierra sebagai bekalan mereka. Gelas-gelas itu diagih-agihkan kepada rakan-rakannya.

"Aku yakin, kita tetap akan sampai ke Euloth. Tak kiralah macammana sekali pun." Ujar Ken sambil meneguk jus epalnya.

"Aku rasa kita perlukan crewmate barulah." Ujar Theo tiba-tiba. Sememangnya sudah lari dari topik yang mereka sedang bincangkan.

"Crewmate? Kau dah kenapa tiba-tiba saja?" Soal Ken.

"Kita perlukan tukang masak. Macammana kita nak survive kalau asyik makan buah je." Balas Theo dengan wajah yang serius. Ken mengangguk perlahan.

"Betul juga apa yang kau cakap tu. Ok!! Kita cari tukang masak!!" Ken mengangkat gelasnya begitu juga Theo. Xara dan Aigle ketawa perlahan dan Xavier hanya meneguk jusnya tanpa suara.

.................................................................

Air tenang saja hari ini. Langsung tiada gelombang. Angin yang bertiup juga lebih perlahan dari biasa. Xara yang perasan akan perubahan itu mula memandang ke sekeliling.

"Apa yang kau cari, Xara?" Soal Xavier sambil memerhatikan adik kembarnya.

"Kau tak rasa pelik ke, Xav?" Soal Xara. Xavier memandang sekeliling.

"Apa yang peliknya? Cuaca tenang je aku tengok."

"Too calm. It's weird." Xara merapati sisi kapal. Rakan-rakannya yang lain mula bangkit lalu memerhati sekeliling kapal. Tiba-tiba kapal mereka berhenti membuatkan mereka tersentak.

"Kenapa kita berhenti?" Soal Aigle.

"Angin tak ada." Balas Ken pula. Theo memanjat naik ke tiang utama layar. Dia memandang sekeliling. Hanya laut luas sahaja yang terbentang di hadapan matanya. Tiada angin. Tiada awan. Tiada burung. Hanya laut dan langit yang biru.

"Something's coming." Ujar lelaki itu membuatkan rakan-rakannya bersiapa siaga. Keadaan sunyi sepi. Theo melompat turun ke deck.

Tiba-tiba kapal mereka bergoncang kuat. Seakan-akan gempa bumi. Habis barang-barang yang berada di atas deck jatuh bergelimpangan. Gelas kaca di dalam kabin juga pecah terhempas ke lantai kayu. Masing-masing mula berpaut pada mana-mana bahagian kapal yang terdekat.

"Kenapa ni!! Apa yang berlaku?!?" Jerit Aigle sambil memeluk erat tiang kayu.

"Kita kena serang?" Soal Ken.

"Siapa yang serang kita?? Tak ada sesiapa pun dekat sini!" Soal Xara pula.

"Jangan cakap yang kita dah sampai ke pintu masuk euloth?" Soal Theo.

"Bukan.. aku rasa.. kita dah masuk terror line." Xavier bersuara.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Soal Aigle. Tiba-tiba terdapat satu bayang-bayang yang sangat besar muncul dari bawah kapal mereka. Banyang-bayang tersebut telah menukar air laut yang berwarna biru itu menjadi gelap dan hitam. Bayang itu saiznya lebih 5 kali ganda besarnya dari kapal kecil mereka.

"Apa tuuu!?!?!?!" Jerit Aigle cemas.

"Sea monster?" Soal Ken pula. Semakin lama bayang itu semakin membesar sehinggalah ianya timbul di atas permukaan air. Besar. Mungkin sebesar gunung.

Kedua-dua belah matanya berwarna merah tersembul keluar. Di atas kepalanya terdapat dua sesungut besar. Badannya penuh sisik berwarna hijau kemerahan. Giginya bertaring dan terkeluar dari mulut. Ianya seekor ikan. Seekor ikan yang sangat besar. Tersangat besar seakan-akan ia mampu menelan sebuah pulau ke dalam perutnya.

Ia memandang tajam ke arah Ibis. Aigle, Ken, Xara, Theo dan Xavier, masing-masing sudah ternganga mulut. Belum pernah mereka lihat ikan sebesar itu.

"Oh shit." Gumam Ken.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα