part 81

2.4K 231 8
                                    

Theo dan Ken kelihatan sedang membetulkan tiang layar belakang yang sudah patah. Mereka hanya menampalnya menggunakan papan yang sedia ada di dalam kapal. Walaupun tak kemas, tapi sedikit sebanyak mampu menahan tiang layar itu daripada terus patah.

Xavier sedang berdiri di hadapan kapal sambil meneropong ke laut luas. Xara dan Aigle pula sedang menjahit layar mereka yang sudah koyak.

"Mana pulau tu? Tak nampak pun." Soal Xavier lalu menyimpan teropongnya.

"Sabarlah sikit. Nanti sampai lah tu." Balas Xara. Aigle bangkit sambil menggeliat sedikit. Penat juga rasanya setelah berjam duduk menjahit layar itu. Dia mendekati sisi kapal.

"Aku rasa kita dah lepasi 2 pulau. Kau pasti ke pulau yang kita lepas tu bukan Nohl Cay?" Soalnya.

"Ya.. aku pastilah. Kalau tak, jarum kompas tu dah patah balik ke belakang dah." Xara masih khusyuk menjahit. Aigle menongkat dagu pada sisi kapal. Tiba-tiba, muncul satu bayang-bayang dari dalam laut. Sedang berenang di sisi Ibis. Aigle menundukkan kepalanya. Cuba untuk melihat dengan lebih jelas. Dahinya juga sudah berkerut seribu.

"Apa tu? Ikan ke?" Ngomelnya sendirian.

"Apa yang kau tengok tu, Aigle?" Sapa Theo.

"Theo, cuba kau tengok kat bawah tu." Arah gadis tersebut. Theo hanya menurut lalu memandang ke arah bayang-bayang lembaga yang sedang berenang di sisi kapal mereka.

"Wow.. ikan apa tu? Boleh kita tangkap tak? Aku lapar lah. Sejak semalam tak makan apa-apa." Ujar lelaki itu dengan air liur yang sudah meleleh keluar. Rakan-rakannya turut mendekati mereka dan melihat ke sisi kapal. Melihat ke arah ikan yang dimaksudkan Theo dan Aigle.

Tiba-tiba ikan tersebut melompat keluar dari permukaan air. Maka terserlahlah ekornya yang kembang dan bersisik biru. Ikan tersebut berwajah. Mata, hidung dan mulutnya sama seperti manusia. Ia juga mempunyai sepasang tangan. Rambutnya yang kelihatan basah itu panjang mengurai berwarna biru air laut. Terdapat mutiara-mutiara kecil berwarna putih melekat pada rambutnya. Cuma telinganya sahaja agak berlainan dari manusia. Telinganya sedikit capang dan panjang. Mereka yang berada di atas kapal tergamam.

"D-d-duyung?" Soal Xara.

"Duyung!!!!" Jerit Theo.

"C-cantiknya duyung." Ujar Ken.

Manakala Aigle dan Xavier hanya terpegun tanpa kata. Mana tidaknya, makhluk yang hanya menjadi mitos di Azurea kini sedang melompat-lompat di hadapan mereka. Tiba-tiba, duyung itu berhenti melompat lalu berpaut pada sisi kapal Ibis membuatkan mereka sedikit berundur ke belakang kecuali Theo dan Ken.

"Hai!" Si duyung menyapa dengan senyuman yang sangat cantik terukir di bibirnya.

"Hai!!" Theo membalas dengan keterujaan yang tidak mampu dibendung lagi.

"Kalian dalam perjalanan ke Nohl Cay?" Soal si duyung dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya. Dan soalan itu hanya dibalas oleh Xara dengan anggukan.

"Kau ni duyung betul ke?" Soal Theo membuatkan si duyung ketawa.

"Haih~ cantiknya~~" wajah Ken sudah merah hingga ke telinga. Sudah jatuh hati dengan si duyung.

"Mestilah. Nohl Cay tu tempat tinggal aku.. kalian ni lanun bukan? Kenapa hendak ke Nohl Cay?" Soal Si duyung lagi. Kali ini dia memanjat naik ke deck kapal lalu duduk bertenggek di atas sisi Ibis.

"Kitorang nak cari Urre Gold. Cebisan yang ke enam." Balas Xara.

"Urre Gold? Apa benda tu?" Soal si duyung itu lagi.

"Kau tak tahu apa tu Urre Gold? Serius??" Soal Theo. Si duyung menggeleng perlahan.

"Tak pernah dengar pun. Tapi, aku nasihatkan, lebih baik kalian patah balik sajalah." Ujar si duyung.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Soal Xavier.

"Sebab Nohl Cay bukan tempat untuk lanun macam korang. Korang hanya akan menempah maut kalau terus ke sana." Sambung si duyung. Xara dan Aigle sudah berpandangan sesama sendiri.

"Hei!! Mana boleh! Kitorang dah lalui macam-macam untuk sampai ke sini! Jangan harap, kitorang akan patah balik!" Bentak Theo.

"Hmm.. suit yourself. Jangan cakap aku tak bagi amaran." Si duyung mengalihkan pandangannya ke belakang untuk beredar sebelum dia kembali memandang mereka.

"Aku nak pesan. Kalau kalian berkeras juga nak ke sana. Jangan dekati Tasik Eclipse. Itu pun, kalau kalian masih ingin hidup bebas dekat dunia ni." Terus si duyung berambut biru itu terjun ke dalam laut dengan senyuman yang masih melekat di bibirnya. Sehinggalah kelibatnya hilang dari pandangan.

"Tasik Eclipse?" Soal Aigle.

"Jadi, Nohl Cay tu pulau duyung?? Aku tak sabar nak pergi!!" Ujar Theo sambil tersengih panjang lebar.

"Tapi, kenapa dia larang kita pergi sana?" Soal Xavier.

"Itu aku tak kisah. Yang penting pulau tu penuh dengan duyung-duyung yang cantik macam dia and I'll be in heaven!" Ujar Ken.

"Kita dah sampai.." Xara menunding jari ke arah sebuah pulau yang sedang mereka dekati. Jarum kompas di tangannya menunjuk tepat ke arah pulau itu. Dan masing-masing sudah teruja untuk melihat sendiri bagaimana keadaan pulau yang dipenuhi ikan duyung itu.

...................................................................

Xleh nak tahan diri dari double update.. haha.. biarlah.. cepat sikit cite ni habis kan..

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now