part 32

2.6K 251 0
                                    

Zambisea
1 hari sebelum perjumpaan antara Kolonel Vox dengan Lord Eishin

Lelaki berkot merah labuh itu tergamam melihat permandangan di hadapannya. Markasnya sudah hancur. Kadet-kadetnya juga bergelimpangan di atas tanah. Masih tidak sedarkan diri. Seorang gadis berbaju seragam lengkap Eagle dengan rambut panjangnya dibiarkan lepas melangkah perlahan ke arah lelaki itu sambil mengangkat tabik hormat.

"Semua kadet hanya pengsan, Tuan. Tak ada yang terbunuh." Ujar gadis itu.

"And Commander?" Soal Kolonel Vox.

"Kami jumpa dia cedera teruk di bawah runtuhan tu." Kolonel Vox memandang ke arah beberapa orang kadetnya yang sedang mengeluarkan Commander Asfargh yang masih belum sedar itu dari runtuhan.

"Chief commander. Find out who did this." Arah Kolonel Vox. Chief Commander Ginger hanya mengangguk lalu beredar bersama beberapa orang kanannya.

.....................................................................

Azuris Enclave

"Korang pergi mana semalam? Sedar-sedar dah hilang." Soal Xara ketika mereka berkumpul di ruang makan untuk bersarapan. Lord Eishin dan Clarissa turut berada di situ.

"Hahh. Tulah. Aku balik je bilik dah kosong. Aku bangun tido tadi, korang dah terbungkam atas katil. Apa cerita?" Soal Ken pula sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Kitorang pergi Zambisea." Ujar Theo.

"Zambisea? Buat apa?" Dan Theo mulalah bercerita dari A sampai Z mengenai apa yang berlaku di Zambisea semalam. Xavier hanya mengangguk dan kadang-kadang juga dia menyampuk. Sebaik sampai di bahagian bagaimana mereka menyerang markas Eagle, mata Lord Eishin dan Clarissa terbutang luas.

"Hahahah! Kau ni memang gila lah Theo! Kenapa tak ajak aku sekali? Nak jugak aku robohkan markas tu." Soal Ken dengan tawanya yang masih berterusan. Xara hanya ketawa kecil.

"Saya masih tak faham, macammana korang masih boleh ketawa selepas dah amukkan Kolonel Vox." Ujar Clarissa.

"Kita dah cari pasal dengan diorang. Dah tak ada sebab untuk berundur lagi." Ujar Ken. Clarissa dan Lord Eishin berpandangan sesama sendiri.

.....................................................................

Zambisea

Disebabkan markas mereka sudah musnah, Kolonel Vox dan pengikut-pengikutnya terpaksa tidur di rumah tumpangan di kampung itu. Dan sudah semestinyalah secara percuma. Tiada yang berani untuk mengambil bayaran dari mereka. Pintu bilik tumpangan itu diketuk perlahan dari luar.

"Masuk." Ujar Kolonel Vox sambil berdiri menghadap ke jendela. Tangan disilangkan ke belakang. Kot Eaglenya telah di buang dan di letakkan di atas katil di sisi cemetinya. Dia hanya memakai sehelai singlet hitam dengan seluar dari seragam Eagle. Jelas kelihatan ketulan-ketulan otot pada lengannya.

Chief Commander Ginger melangkah masuk bersama 2 orang kadet yang sedang memaut lengan seorang lelaki. Lelaki itu kelihatan sudah teruk dibelasah. Darah membuak-buak keluar dari mulutnya.

"Tuan." Ginger mengangkat tabik hormat. Kolonel Vox mengalihkan pandangannya ke belakang.

"Dia ada maklumat tentang siapa yang bertanggungjawab dalam kemusnahan markas kita." Ujar Ginger. Kolonel Vox menjeling tajam ke arah lelaki yang masih tertunduk ke lantai itu. Badannya turun naik. Lelah dibelasah teruk oleh tentera Eagle yang dahulunya pernah bersumpah untuk melindungi dan menjaga keselamatan seluruh penduduk Azurea.

Kolonel Vox melutut di hadapan lelaki itu. Selaras dengan lelaki itu yang hanya berdiri menggunakan lututnya. Kudratnya sudah tiada untuk menampung dirinya menggunakan kaki. Wajah lelaki itu diangkat.

"Who is it?" Soal Kolonel Vox. Lelaki itu kelihatan termengah-mengah. Dia hanya mendiamkan diri. Kolonel Vox yang sudah tidak dapat menahan amarahnya itu terus menumbuk kuat wajah lelaki itu. Sekali lagi tersembur darah dari mulut lelaki itu. Lelaki itu terbatuk-batuk. Dia tersengih.

"Who. Is . It?!" Kolonel Vox menyoal satu persatu.

"He will kill you, bastard! Baik kau berambus dari sini sebelum bercerai nyawa dari badan." Ujar lelaki itu tersekat-sekat. Kata-kata lelaki itu semakin menyakitkan hati Kolonel Vox. Sekali lagi wajah lelaki itu ditumbuknya. Kuat. Sehingga patah giginya. Dia meludahkan gigi yang bercampur darah itu ke lantai.

"Bagitahu aku! Siapa?!!"

"His name is Atlas. The uncut beast."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now