part 145

2K 231 20
                                    

Xavier dan Keith mula menyerang Byron secara serentak. Dan kedua-duanya dihalang menggunakan kedua-dua belah lengan lelaki itu. Aneh, lengannya keras sekeras besi. Dan serangan itu langsung tidak mencederakannya. Xavier dan Keith sama-sama berundur. Sebelum kembali menyerang bertubi-tubi. Berpuluh-puluh serangan dan beratus-ratus serangan. Langsung tidak terkesan.

Byron menggerakkan beratus-ratus batang anak panah menggunakan hayunan tangannya dan melontarkan semuanya ke arah Keith dan Xavier.

Kepantasannya sememangnya sukar untuk diatasi. Sebelum sempat anak-anak panah itu menjunam ke arah 2 sahabat tersebut, satu letupan tiba-tiba berlaku dihadapan mereka sekaligus menghentikan anak-anak panah itu.

"Xav!" Panggil seorang lelaki yang berdiri di sisi Xavier bersama seorang gadis yang digendong di atas bahunya.

"Ken! Aigle!" Ken menurunkan Aigle.

"Fuh, nasib baik sempat." Ujar Aigle sambil tersenyum memandang sebiji lagi bom berbentuk bulat yang direkanya beberapa hari yang lepas.

"Theo!" Jerit gadis itu tiba-tiba sebaik terpandang Theo yang sedang terbaring di tanah tidak bergerak.

"Kenapa dengan Theo? Kenapa dia... dia tak sembuh?" Soal Ken.

"Kitorang pun tak tahu.." ujar Xara yang berjalan terhuyun-hayan sebelum berhenti di sisi Aigle.

"Sebab tu.. kita kena belasah orang tua ni cukup-cukup." Sambung Ash yang turut sama berdiri di sisi Xara.

Xavier, Ken, Aigle, Xara, Ash dan Keith sedang berdiri sebaris sambil menghadap Kolonel Byron. Setia dengan senjata masing-masing.

"Kalian memang tak tahu putus asa eh?" Ujar Byron sebelum tersenyum sinis.

.................................................................

Keadaan sekeliling gelap. Cukup gelap. Dia memandang ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa pun di situ. Pelik. Terdapat gegelung cahaya pudar di atas lantai tempat dia berpijak. Dan lantai itu kelihatan seperti besi.

"Tempat apa ni?" Gumamnya sendirian.

"Ada sesiapa tak!?" Dia menjerit pula.

"Kau cari siapa budak?" Soal satu suara garau membuatkan dia tersentak. Suara garau yang kedengaran sedikit lemah itu datang dari arah belakangnya. Jadi, perlahan-lahan dia berpusing. Sebelum, permandangan di hadapannya itu membuatkan dia rebah terduduk di atas lantai. Kedua-dua belah anak matanya terbutang luas.

"Hah hah.. kau selalu sombong bila bercakap dengan aku.. kenapa sekarang kau menggigil tengok aku, Atlas?"

Theo sekali lagi tersentak.

"Canavar?" Soalnya. Seekor naga bersisik merah dengan dua kepaknya yang koyak kelihatan terbaring lemah di atas lantai besi di hadapannya. Naga itu besar. Sangat besar. Kedua-dua belah anak matanya berwarna merah saga dengan coraknya seperti mata seekor ular. Di seluruh kepala dan tubuhnya dipenuhi ukiran corak aneh berwarna hitam melingkar. Sama seperti corak yang ada di bawah mata Theo.

"Canavar! Kau seekor naga?!" Theo bangkit dari duduknya. Wajahnya kelihatan teruja.

"Aku tak percaya! Kau naga!! Hebat!! Aku tak pernah tahu yang naga ni wujud!" Canavar mengangkat wajahnya. Mata merahnya merenung Theo.

"Banyak lagi yang kau tak tahu tentang dunia ni, Atlas. Tak sangka aku perlu tunjukkan diri aku pada kau secepat ni. Aku fikir kita akan sampai dulu ke Benua Urb." Ujar Canavar.

"Hahahahha! Hebatlah! Aku tak sangka ada naga hidup dalam badan aku!" Theo ketawa kuat.

"Annoying brat. Dengan sini Atlas. Ada perkara yang lebih penting sekarang ni." Canavar bangkit dari tempatnya. Dalam keadaan lemah dan payah.

"Apa jadi pada kau, Can?" Soal Theo sambil merenung ke bahagian perut Canavar. Terdapat satu luka di situ. Luka yang sangat besar.

"Kau sedang nazak, Atlas. Kalau kau tak lakukan sesuatu sekarang, kita berdua akan mati." Dan kata-kata Canavar membuatkan Theo terdiam.

.....................................................

Xara, Ash dan Aigle sudah terbaring tidak sedarkan diri di atas tanah. Luka memenuhi tubuh mereka. Kelihatan beberapa anak panah tertusuk di beberapa bahagian badan mereka.

Manakala Ken, Xavier dan Keith masih lagi bertungkus lumus bertarung dengan seorang lawan yang mereka sendiri tidak tahu tahap kekuatan yang dia ada. Belum pernah lagi mereka bertarung dengan lawan sekuat ini.

Akhirnya, Ken dan Xavier rebah ke tanah. Badan mereka ditusuk dengan beberapa anak panah berwarna merah. Anak panah yang sama yang telah menjatuhkan Theo. Anak panah beracun. Keith melutut di atas tanah dengan bantuan dari goloknya. Dia juga sudah kehabisan tenaga. Juga kehabisan serangan.

"Tak guna!" Rungutnya. Matanya melilau ke arah 5 sekawan yang sudah tidak sedarkan diri. Byron pula sedang merenungnya dengan satu pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

"Aku tak sangka ada lanun yang bersemangat kuat macam mereka. Jangan risau, bila aku bawa mereka ke Salamander HQ, aku akan pastikan mereka akan mendapat tempat yang istimewa di Irongate. Tapi, untuk kau Demien.. hanya ada satu tempat yang kau layak..." Byron tersenyum.

"Neraka." Serentak dengan itu, beratus-ratus anak panah berwarna merah muncul di sekeliling Byron.

"A.. Atlas.. Atlas!!! Sampai bila kau nak tidur kat situ!? Kawan-kawan kau dalam bahaya, Atlas!!!" Jerit Keith tiba-tiba membuatkan Byron tersengih.

"Jangan kacau orang yang dah mati." Ratusan anak panah tersebut mula meluncur laju ke arah Keith.

"Aku tahu kau belum mati Atlas!! Wake up!!!!!" Dan seinci sahaja lagi sebelum.....

"Hahh hahhh... maaf... aku lambat..."

...................................................................

Sorrylah korang.. hahahahahahaah... semalam ai demam. Xsempat nak update. So, author update mlm ni ye.. khas utk korang. Hope u guys enjoy 😊😘

Beast And A Voyage ~Chapter 1~حيث تعيش القصص. اكتشف الآن